Amni123's Reading List
6 stories
QALBU RAMADHAN - C by Leykaa_
Leykaa_
  • WpView
    Reads 25,914
  • WpVote
    Votes 1,534
  • WpPart
    Parts 44
'Cinta kita terbina atas cinta-Nya' Ramadhan Hauzan, lulusan terbaik Mesir yang tampan dan dikejar para gadis. Dia tidak yakin pada istilah pernikahan di usia muda, namun dia juga yang menyatakan hasrat untuk berumah tangga. Semuanya kerana seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dengan segala kekurangan yang terzahir pada pandangan mata. Gadis itu, Qalbu Nur. Baginya masih jauh perjalanannya sebagai seorang gadis yang mendambakan kejayaan di dunia. Namun perancangan Allah itu indah dikala Dia menghadirkan seorang jejaka dalam hidup gadis itu sebagai bahasa rindu-Nya. "Sudikah awak menjadi serikandi mahligai syurga buat saya, Qalbu?" - Ramadhan Hauzan. "Boleh... tapi dengan satu syarat. Saya nak kita kahwin sebelum bulan Ramadhan." - Qalbu Nur. Ikatan tanpa paksaan, penuh dengan kerelaan dua hati yang menyatu. Namun tetap saja niat suci itu diuji tatkala hubungan mereka diungkap tidak sepadan, pasangan yang tidak sempurna. Saat wanita pemilik hatinya dihina dan direndahkan maruahnya, di situ Ramadhan berdiri teguh mempertahankan sekeping hati agar tidak terus dilukai. "Saya dah gagal kejar cita-cita saya... Saya dah gagal banggakan mama dengan abah... Saya tak nak gagal sebagai seorang isteri juga..." -Qalbu Nur "Qalbu, pandang abang. Awak tak pernah gagal, sayang. Tak pernah walau sekali. Sayang isteri terbaik abang selamanya selagi dengan izin Allah," -Ramadhan Hauzan Setiap yang bercinta itu punya hati. Dan bila hati telah tawar dari rasa, bagaikan pena kehausan tinta. "Ya Allah... berdosakah diri ini andai aku ingin dilepaskan dari dirinya. Biarkan aku terbang bebas selayaknya yang pernah aku dambakan." - Qalbu Nur Sejauh mana erti setia mampu teguh buat si cahaya hati? Perkahwinan tanpa cinta, benarkah ia mampu bahagia hingga hujung usia? Atau mungkin berganti hati, ternoktah kisah di dunia?
BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C by Leykaa_
Leykaa_
  • WpView
    Reads 25,436
  • WpVote
    Votes 1,451
  • WpPart
    Parts 61
' Antara Hak dan Takdir ' Puan Nayla, gelaran yang gah buat seorang wanita yang memiliki kehebatan dalam kerjayanya namun sering gagal dalam percintaan. Kehadiran Noah Aryaan dalam hidup Nayla sebagai anak tunggal kesayangannya menjadikan hidupnya tidak lagi kesepian. Noah yang hidup dijaga dan dimanjakan oleh ibunya. "Mama akan jaga Noah dengan nyawa mama sendiri. Mama janji, sayang." -Hasya Nayla Tanpa terduga seorang wanita bernama Serra hadir untuk menuntut haknya yang hakiki. Hak sebagai seorang ibu yang menginginkan anaknya kembali. Sungguh tidak mudah untuk Nayla melepaskan bintang hatinya kepada yang lain. Namun apakan daya, Serra yang mengandungkan anak itu selama 9 bulan lamanya, pasti ingin dia merasai secebis kehangatan kasih yang selayaknya. "Tolonglah, pulangkan dia kembali... Saya sanggup buat apa sahaja yang awak nak," - Serra Natasha "Lepaslah... ibu tipu Noah! Noah tak nak ikut ibu!" -Noah Aryaan Seiring waktu, ada hal yang tak terduga terjadi. Janji yang diikat, tetapi dimungkiri. Bahagia yang dirasa, hancur sekelip mata. Konflik demi konflik yang terjadi seakan takdir tidak pernah menyebelahi. Sehingga dia yang sepatutnya lembut jiwanya, berubah menjadi seseorang yang bagaikan tidak pernah dikenali lagi. "Sikit calar badan anak-anak aku, aku akan pastikan kau terima akibatnya!" -Hasya Nayla "Noah nak bahagia macam dulu lagi..." -Noah Aryaan Saat bahagia sudah hilang, jiwa yang hidup bagaikan telah mati, dunia bagaikan sunyi sepi, dan hidup bagaikan tiada ertinya lagi. Mungkin 'hak' lebih berkuasa daripada 'takdir' dan mungkin juga duka yang akan menemani selamanya. Adakah bintang yang bersinar indah itu hanya sekadar pinjaman tuhan sementara atau anugerah hujung nyawa? START: 20/6/2024 END: 19/3/2026
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀  𝐇𝐀𝐓𝐈?  | OG  by Lynnxsy
Lynnxsy
  • WpView
    Reads 5,296
  • WpVote
    Votes 271
  • WpPart
    Parts 13
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈? Zaryth Elriff × Qasturi Elara Pertemuan mereka sejak di bangku sekolah, merungkaikan kisah permulaan mereka. Zaryth Elriff perlahan jatuh hati pada seorang rakan sekelasnya dari tingkatan 4. Hatinya mula cair dengan sikap seorang Qasturi Elara yang dikenali lemah lembut tapi tegas. Sikapnya itu menarik perhatiannya. Namun apakah daya, Zaryth hanya menanggung cinta bertepuk sebelah tangan sahaja. "Qasturi, kau boleh tolong ajarkan aku soalan yang ni?" - Zaryth Elriff "Senang kacang je ni. Meh aku tolong," - Qasturi Elara Atas permintaan Qasturi pada Zaryth, dia hanya mampu menerima dan menghormati keputusannya. "Kau.. tahu kan tahun ni kita spm?" - Qasturi Elara Qasturi lebih mengutamakan pembelajarannya berbanding bercinta. Baginya hal itu cukup membuang masa. Namun, kejadian 10 tahun lepas kini terungkit kembali apabila sang ayahnya mula muncul semula selepas hampir sedekad tidak bertemu. "Aku nak kau kahwin dengan dia, aku tak terima apa-apa bantahan. Faham?!" - Razeen Yahya Walau sedikit belai kasihan langsung tidak diberikan pada anak sulungnya itu. Tangisan dan keluhan sang anak dibiarkan seperti angin. Qasturi sedar, dia perlu bangkit dari hidupnya sendiri. Demi janji pada arwah bondanya, yabg perlu lunaskan dahulu. Baginya keluarga yang ada dengannya sekarang lebih penting. Masa depannya lebih diutamakan. Namun apakah Qasturi akan serta merta menerima lamaran lelaki itu? atau dia bakal membuka hatinya kepada Zaryth yang cintanya dibawa sehingga ke alam dewasa? atau cinta Zaryth bakal kekal bertepuk sebelah tangan? start : 8 nov 2025 end :
Rare Husband © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 1,924,031
  • WpVote
    Votes 57,655
  • WpPart
    Parts 74
Aulia Malaikha seorang gadis yang ceria. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 20-an. Siapa sangka seorang senior yang sirius telah mencuri hatinya. Aulia Malaikha cuba untuk mendapatkan perhatian dari seorang lelaki Bernama Nadiem Zhafran. "Jaga kawan kau ni baik-baik, jangan jadi macam monyet dekat sini" - NADIEM ZHAFRAN "Stop jadi perempuan murah Aulia!" - NADIEM ZHAFRAN Semua kata-kata dari mulut lelaki itu hanyalah hinaan yang menyakitkan hati. Aulia cuba untuk berpaling dan melupakan perasaannya terhadap Nadiem tetapi disebabkan urusan kerja mereka bertemu semula. "Aulia Malaikha, seduce me like you do before" - NADIEM ZHAFRAN 📌 *WARNING* 📌 • Cerita ni agak cliché and cringe • Sweet • Abaikan typo • Kalau cerita ni tersama dengan mana-mana cerita lain, itu hanya kebetulan • No plagiat • Jangan lupa vote ⭐ and comment ✍️ LOVE U GUYS❤️ Published : *SEPTEMBER 2022*
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 439,693
  • WpVote
    Votes 22,842
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
OUR SPM STORY by Elina_Asyra
Elina_Asyra
  • WpView
    Reads 43
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 1
Di sebuah sekolah, Muhammad Qaylish Aaryan dikenali sebagai Ketua Pengawas yang tegas, berdisiplin dan dihormati oleh semua pelajar. Namun di sebalik ketegasannya, dia juga seorang atlet memanah yang sering mewakili negara ke pertandingan antarabangsa. Disebabkan latihan dan pertandingan yang kerap, Qaylish sering menghilangkan diri dari sekolah untuk beberapa hari. Satu-satunya orang yang benar-benar memahami dirinya ialah Nur Qeelisy Adriana, Penolong Ketua Pengawas yang sentiasa berada di sisinya. Mereka berkawan baik sejak lama. Walaupun Qaylish kelihatan dingin dengan orang lain, dia selalu bersikap lembut dan selesa apabila bersama Qeelisy. Tanpa mereka sedari, persahabatan itu perlahan-lahan berubah menjadi perasaan yang lebih dalam. Namun hubungan mereka mula diuji apabila muncul Adleena Batrisya, kawan lama Qaylish yang tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Adleena sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Qaylish, termasuk cuba merampasnya daripada Qeelisy. Segalanya berubah selepas peperiksaan SPM. Pada hari keputusan diumumkan, Qaylish langsung tidak muncul untuk mengambil keputusannya. Tanpa sebarang penjelasan, dia hilang begitu sahaja daripada kehidupan Qeelisy. Hati gadis itu hancur kerana lelaki yang paling dia percayai pergi tanpa berkata apa-apa. Beberapa tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Perasaan yang dulu terpendam akhirnya terluah. Namun persoalannya, adakah cinta mereka masih sama seperti dahulu... atau sudah terlambat untuk memulakan segalanya kembali? 💔❤️