Syuhadah
18 stories
LANGIT YANG MENUNGGU FAJAR [SU] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 309
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 9
﷽ - SYUHADAH 16th book Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan ibu dan ayah di sisi bukanlah suatu yang bersifat kekal hingga ke hujung hayat. Pada suatu masa, ia akan menjadi momen yang paling didambakan oleh seorang anak. Muhammad Ayyub, diuji dengan sesuatu yang tidak pernah diminta sejak lahir, tetapi ujian itulah yang membuatkan dia faham bagaimana ayahnya boleh menjadi kuat di saat tubuh sedang rapuh dimamah keperitan. "Lama tau Ayyub tunggu ayah bangun." Tidak cukup dengan kasih sang ayah, dia juga tidak pernah terlepas daripada disirami sinar cinta sang ibu. Susuk itulah yang menjadi tonggak dia kekal teguh sehingga dewasa walaupun hidupnya sendirian. "Okey Ayyub janji, tahun ini saja Ayyub masuk pertandingan itu. Tahun depan dengan seterusnya Ayyub tak masuk, boleh tak ibu?" Tetapi, bahagia yang dikecapinya itu tidak berkekalan lama. Saat dia melangkah sahaja ke alam universiti, segalanya berubah dengan drastik. "Ujian itu untuk menguatkan kita, kan ibu?" Hatinya yang sedia retak itu bertambah hancur apabila ditekan dengan rasa sedih yang melampau. Berjauhan dengan insan yang paling dicintai membuatkan dirinya rasa gagal untuk membalas jasa tak ternilai insan itu. "Lap air mata itu. Cuba senyum, barulah segak!" Satu per satu memori diputar kembali di dalam kotak mindanya yang semakin lama semakin kosong. Lalu apabila tibanya detik ketika jiwanya tumpas, hanya satu perkara yang dirinya harapkan. Iaitu kembali mencapai bahagia yang dulu memuncak tinggi di dalam hidupnya. Terimalah, LANGIT YANG MENUNGGU FAJAR. Start: 15 MAC 2025 End: ---
AKU HANYA PINJAMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,146
  • WpVote
    Votes 816
  • WpPart
    Parts 44
﷽ Cover by: @reiir- - SYUHADAH 10th BOOK Mengisahkan Mujahid, seorang bekas tentera yang dulunya berpangkat leftenan kolonel kini berkhidmat sebagai pembunuh upahan. Identitinya tidak diketahui sesiapa waima orang yang mengupahnya. Dia benar-benar misteri. Setiap kali menerima panggilan, namanya akan bertukar. Bahkan, bayangannya juga tidak kelihatan. "Kau tak perlu tanya aku di mana. Sebab aku... boleh muncul bila-bila masa." Kisah silamnya membuatkan dia memilih jalan itu, namun... meski tenggelam di dalam lembah kegelapan, cahaya pasti muncul jua di penghujungnya. "Tak perlu bersembunyi lagi, anak muda. Kemarilah. Saya tahu kamu di situ." "Saya cuma pendosa yang hina." Senyumannya juga tiada yang tahu bagaimana ia melengkung. "Abang ini selalu balik lambat." "Abang kerja ini... untuk adik juga." Dia tahu bahawa diri itu mendapat hasil yang haram setiap kali kerjanya dilaksanakan. Dan ia tidak pernah diberi kepada keluarga, kerana dia tidak mahu insan yang dia sayangi turut sama menikmati hasil yang jijik. "Saya tahu nyawa saya hanyalah sebagai pinjaman dari Allah untuk menjadi pelindung tuan. Dan ia saya lakukan supaya dapat tebus dosa-dosa lampau saya." Terimalah, AKU HANYA PINJAMAN. AMARAN! - Cerita ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan pembunuhan. - Juga terdapat banyak penggunaan kata-kata kesat. - Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Segala isu-isu sensitif melibatkan politik dan agama hanyalah rekaan semata-mata. START: 22 FEBRUARI 2025 END: 10 APRIL 2025
NEXUS [SU] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 1,663
  • WpVote
    Votes 258
  • WpPart
    Parts 38
﷽ - SYUHADAH 15th story Rakyat Malaysia menjangka bahawa kerajaan adalah pemegang kuasa pentadbiran negara. Tidak kiralah dari pemimpin politik, pakar ekonomi mahupun penggiat sosial, semuanya mengaku merekalah pemacu utama negara. Hakikatnya, mereka adalah boneka kawalan tangan-tangan ghaib yang tidak pernah diketahui orang awam. NEXUS. Sebuah organisasi rahsia yang menjadi otak di sebalik kestabilan dan juga kekacauan negara. Ia diterajui oleh seorang yang pernah terkenal di mata rakyat, tetapi akhirnya memilih untuk menghilang setelah rasa dikhianati. NEXUS merancang segalanya. Daripada kejatuhan seorang menteri, sehinggalah penciptaan teknologi senjata paling hebat dalam peradaban dunia. "Aku tahu sejarah takkan puji aku. Tapi sejarah akan bagi pengajaran supaya the other generation takkan ulang kesilapan sama." Di tengah-tengah keganasan organisasi tersebut, ada lagi individu yang menjadi tulang belakangnya. Dia diselubungi dengan reputasi yang amat kejam pada pandangan manusia atas kegiatan pembunuhan bersiri dan sabotaj terhadap sistem negara yang dilakukannya. "Maybe you're one of my target. But not yet." Dunia mengenalinya sebagai pembunuh yang dikehendaki. Pihak polis pula tidak henti-henti memikirkan cara untuk menumpaskannya. Malahan, wartawan juga tidak terkecuali menyebarkan berita tentang jenayahnya. "Operasi The Black Mask ini tak mendatangkan hasil, Omar! Kau faham tak?" Tetapi dia tidak pernah sekalipun meninggalkan bukti kecuali sehelai kertas yang mengandungi ucapan salam dan terima kasih buat pegawai polis yang akan menyiasat kejadian. "No trace will leave behind me." Disebabkan itulah, dalam sebuah permainan kuasa yang tidak mengenal belas kasihan, satu kesilapan kecil pun mampu mengorbankan seluruh rancangan. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kan?" Terimalah, NEXUS. START: 11 DECEMBER 2025 END:
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,369
  • WpVote
    Votes 521
  • WpPart
    Parts 64
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025
LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 6,338
  • WpVote
    Votes 758
  • WpPart
    Parts 61
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi kutub khanah dunia itu. Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan. Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan. Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa. Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta. "Sekarang pilih, hidup atau mati?" "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 23 JUN 2024 END: 25 JANUARI 2025
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,407
  • WpVote
    Votes 1,652
  • WpPart
    Parts 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
MENANTI KAMU [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,528
  • WpVote
    Votes 948
  • WpPart
    Parts 56
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada kedua mereka. Sering dimarahi. Sering dibenci. Sering diberi penekanan tetapi tiada setitik pun penghargaan yang didapati. Nasib baiklah ada abang yang memahami. Kerana abangnya itu juga pernah merasai apa yang dia alami. Anak sulung. Pastinya lebih teruk layanan terhadap abangnya itu dahulu. Namun, sang abang menyimpan rahsia yang sangat besar daripadanya. Bukan sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak mahu perasaan adiknya itu terganggu. Dia tidak mahu merosakkan sedikit kegembiraan yang dirasai adiknya itu. SYAH tahu, suatu masa nanti, rahsianya akan terbongkar. Jadi, dia berusaha sehabis baik untuk melindungi dan menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku. "Saya dah lama tunggu awak, SYAHIDAH." Ketika itu, muncul pula seorang lelaki yang sanggup menunggu cintanya dibalas oleh SYAHIDAH. Lelaki itulah yang selalu ada bersamanya sejak di bangku sekolah lagi. Fikirnya, lelaki itu hanya ingin mempermainkan perasaannya semata-mata. Rupanya tidak. Dia ikhlas menerima segala kekurangan yang ada pada diri seorang SYAHIDAH. Terimalah, MENANTI KAMU. • GENRE: SLICE OF LIFE. START: 21 JULAI 2023 END: 20 NOVEMBER 2023
MENANTI KAMU 2 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 7,430
  • WpVote
    Votes 734
  • WpPart
    Parts 62
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa mengetahui apa hubungan lelaki tersebut dengan si gadis. "Aku takkan maafkan kau." Gaduh. Benci. Namun, hati masing-masing masih mencintai antara satu sama lain. "Awak yang tak faham saya!" Dengan satu ayat, segalanya berubah. Ketika itu juga, pelbagai masalah membebani bahu Syahidah. Masalah persahabatan, masalah keluarga lagi. Bermacam-macam perkara sehingga akhirnya, dia jumpa satu jalan yang dapat menghilangkan segala beban. "Abang sayang sangat dekat Idah sampai bila-bila." Terimalah, MENANTI KAMU 2. START: 26 DISEMBER 2023 END: 12 MAC 2024