piupiuu's Reading List
8 stories
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 47,943
  • WpVote
    Votes 5,274
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
Her Awzar Zayyen by missdiym
missdiym
  • WpView
    Reads 47,600
  • WpVote
    Votes 878
  • WpPart
    Parts 14
Editing in progress Di dalam setiap keluarga, pasti tiada yang sempurna. Ada keluarga yang penuh luka, ada keluarga yang penuh bahagia. Dan bagi Helya Azzahra, dia ingin mencari kebahagiaan di dalam keluarga itu. Namun, hingga sekarang, dia tidak temui. Azwar Zayyen, salah seorang anggota Kor Polis Tentera Diraja. Sentiasa berkhidmat dan korbankan masa untuk rakyat. Berkahwin? Bukan dalam senarai dia. Kerana setiap saat dalam kehidupan, fokusnya hanya kepada ibu bapanya.
THE SKY LABYRINTH by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 1,103
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 11
"SIAPA LELAKI TU?" Kemunculan si jejaka yang secara tiba-tiba itu meninggalkan seribu persoalan yang tidak terjawab. Bagaimana fail yang 'hilang' boleh kembali kepada Wafa? "Ada orang suruh bagi pada kau." - KASTURI "Macam mana dia boleh tahu dekat mana aku bekerja?" - WAFA Ia tidak berakhir di situ. Setelah Encik Mahmood berhenti berkhidmat dan Julia yang dikhabarkan hilang tanpa jejak, kini mempertemukan Wafa kepada Tuan Hazril, CEO baru syarikat itu. "Memandangkan saya dah tak ada PA, jadi saya lantik awak untuk jadi PA saya." - HAZRIL Sejak saat itu, hidup Wafa drastik berubah. Setiap pergerakannya bagai sentiasa diperhatikan, sama ada di pejabat, atau dimana-mana saja dia berada. "Dah lama aku perhatikan kau, Wafa. Kau saja yang tak sedar. Malah, aku akan sentiasa ada dengan kau. Tapi tulah, kenapa kau lari dari aku tadi?" Gila! "Mungkin dia obses pada kau?" - KASTURI "Jangan nak merepeklah!" - WAFA Perasaannya mula bercampur baur, manusia di sekelilingnya terasa aneh, membuatkan mindanya laju saja memikirkan perkara yang bukan-bukan. "Abang mana pernah busy. Kerja pun ikut orang je." - PURNAMA "Tak salah pun aku ambil berat sebagai seorang jiran," - FAJAR "Tak sangka kita boleh terserempak dekat sini," - WAZEER Ketakutan yang cuba menyelusup masuk ke dalam liang-liang romanya sedaya upaya dijauhkan. Bertanggapan bahawa itu hanya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan. Husnuzon! "Aku suka tengok bibir kau tersenyum. Lagi-lagi bila kau senyum pada aku. Tapi jangan buat macam tu dekat lelaki lain pula. Aku cemburu," Disaat dia memilih untuk kekal berfikiran positif, tidak habis-habis hasutan demi hasutan menjengah ke mindanya. Seolah-olah Sky terasa sangat dekat dengannya tanpa dia ketahui identiti sebenar lelaki itu. Atau... Sky menggunakan identiti lain apabila berada disekelilingnya? "Aku dan Labirin tak akan pernah berpisah. Melainkan..." "....konsepnya ditukar." HANYA REKAAN. Tidak berkait dgn DUNIA NYATA. Started : 18/3/25
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
Mimiwaniey
  • WpView
    Reads 7,683
  • WpVote
    Votes 534
  • WpPart
    Parts 13
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
ZAUJAH HAMZAH [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 431,748
  • WpVote
    Votes 34,735
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
𝐇𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐈𝐐:HIS BEAUTIFUL DEAR | Editing | [C] by Yunniex_
Yunniex_
  • WpView
    Reads 108,419
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 1
[book 1 in foursome series] ⊹𝐇𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐈𝐐 𝐱 𝐍𝐀𝐘𝐋𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀⊹ Nayla Humaira, gadis yang berusia 21 tahun yang sentiasa ceria dan tersenyum.Memiliki lesung pipit yang melengkapi sifatnya yang periang Harith Al-Fariq, jejaka yang berusia 26 tahun.Mempunyai mata amber dan rambut coklat yang lebat, mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan penampilannya.Tetapi, bukan Nayla Humaira Jangan ganggu saya lagi boleh tak? -Nayla Humaira Kenapa kalau saya ganggu pun? -Harith Al-Fariq Saya tak suka -Nayla Humaira Tapi saya suka -Harith Al-Fariq Semakin dilarang semakin dibuat. Hampir setiap hari dia mesti bertembung dengan lelaki itu. Apa yang dia nak sebenarnya? So you like white rose? - Harith Al-Fariq Saya suka rose je bukan awak! - Nayla Humaira Disebabkan ujian yang ditimpa diri Nayla Humaira,hidupnya mula berubah. Saya taknak buka hati saya lagi buat masa sekarang,sebab hati saya masih belum pulih sepenuhnya. - Nayla Humaira Kalau macamtu, izinkan saya untuk rawat balik hati awak, Humaira. - Harith Al-Fariq Saya tak boleh, Harith. Saya tak kuat. - Nayla Humaira Just cry my dear, let it all out and don't hold back.Setiap kali awak nak menangis, cari lah saya dan lepaskan semua perasaan awak - Harth Al-Fariq Mampukah Harith mengubah kembali kehidupan Nayla Humaira seperti dahulu, walaupun Nayla telah kehilangan sesuatu yang amat berharga didalam hidupnya? Nayla's guardian~ Main song: Jatuh cinta lagi (Nadhif Basalamah) DISCLAIMER!!! ⚠Ini adalah story pertama saya jadi penulisan macam budak kecik ⚠Jalan cerita tersangatlah cringe ⚠Ayat berterabur dan tidak matang ⚠Typo itu wajib ATTENTION❗️ cerita ni akan di unpublish selepas complete untuk di edit start:24 December 2024 end:20 September 2025
Hadiah Takdir by Aashhuuu_
Aashhuuu_
  • WpView
    Reads 16,814
  • WpVote
    Votes 813
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Aesya Maleeka bukan sekadar tentang cinta remaja yang tidak kesampaian. Dia seorang gadis yang belajar berdiri sendiri meskipun hatinya pernah dipatahkan berkali-kali. Disakiti tidak menjadikan dia lemah. Sebaliknya, dia semakin berani menentang rasa, meski luka itu tetap membekas. "Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kan suri hati aku. Nothing to worries, okay?" - Ahmad Mustaqim Tapi janji manis itu akhirnya dibiar tergantung, seakan-akan hilang maknanya. Kehadiran Dina Najla, gadis masa lalu yang tiba-tiba kembali dalam hidup Ahmad Mustaqim, telah membuka lembaran perit untuk Aesya Maleeka. Bukan sekadar kehilangan, tetapi pengkhianatan yang diam-diam melahirkan parut. "Perlu ke kau seksa diri kau macam ni?" - Syed Al-Hafiz Di sebalik tawa yang dipamerkan, ada hati yang diam-diam menanggung beban. Namun, Aesya tahu dia tidak boleh terus tunduk pada derita. Dia memilih untuk tetap melangkah, meski bayangan silam sering cuba menariknya kembali. "I don't wanna be a burden." - Aesya Maleeka "Then let me carry it with you. Izinkan saya ada di sisi awak... bukan hanya hari ini, tapi sampai akhir nafas saya." - Tengku Afraz Rida Mampukah Aesya benar-benar membuka hati untuk Afraz, lelaki yang hadir membawa ketenangan dan janji baru? Atau parut lama akan terus membayangi setiap langkahnya?
CASANOVA LOVE by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 39,675
  • WpVote
    Votes 4,426
  • WpPart
    Parts 20
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: