nrfrhnzhr
HANISAH YASMIN kehilangan segalanya dalam sekelip mata.Satu kemalangan tragis meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya dan meninggalkan dirinya lumpuh separuh badan.Dalam sepi dan kesakitan yang tidak bertepi,Hanisah membesar dengan jiwa yang hampir hancur -- di antara doa yang tidak putus dan harapan yang semakin pudar untuk sembuh dan hidup seperti insan yang lain.
Namun takdir pertemukannya dengan Haider Hilal di kolej,seorang lelaki yang membawa sinar ke dalam hidupnya.Haider,walaupun kelihatan ceria dan kuat,dia menyimpam rahsia besar -- dia disahkan menghidap barah otak pada usia remaja.Walaupun penyakit itu semakin menghakis tenaganya,Haider tetap berjuang untuk hidup dan untuk mencintai Hanisah dengan sepenuh hati.
Antara mereka tumbuh kasih sayang yang luar biasa -- cinta yang tidak lahir dari simpati,tetapi daripada kesedaran bahawa keduanya saling memerlukan.Hanisah yang dulunya yang tidak percaya pada keajaiban mula belajar berdiri semula,bukan hanya secara fizikal,tetapi juga dari segi semangat dan hati.Haider pula menemui makna kehidupan dalam senyuman Hanisah yang perlahan-lahan pulih dari luka lamanya.
Namun takdir tidak pernah berhenti menguji.Apabila penyakit Haider sampai ke tahap akhir,Hanisah sudah bersedia -- bukan untuk merelakan,tetapi untuk menghargai setiap detik terakhir bersamanya.Pemergian Haider meninggalkan sunyi yang dalam,namun juga satu anugerah:seorang anak kecil yang menjadi penyambung cinta mereka.