MY FAV OUTHOR 1
5 stories
My Role Model [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 1,372,044
  • WpVote
    Votes 17,984
  • WpPart
    Parts 20
Pertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh Nur Ayana "Aku pandang kau? Huh, tinggi juga level syok sendiri kau ni. Kau tu siapa untuk aku pandang? You're not my cup of tea." - Nick Ervan Namun, permintaan daripada pemilik butik terkenal untuk menyatukan mereka dalam satu projek keluaran produk fesyen terbaru membuatkan mereka tidak mampu menolak dan telah diminta untuk mendapatkan chemistry bagi menjayakan projek tersebut. "Kita tak perlu susah-susah nak dapatkan chemistry. Buat jer macam biasa, tapi... awak perlu pastikan awak dapat beri the best shot semasa shoot nanti. Saya tak suka nak re-shoot banyak kali." - Qaseh Nur Ayana Tengok muka masing-masing pun dah naik menyampah, inikan pula diminta untuk mendapatkan chemistry. Belum sempat chemistry itu datang, mereka sudah bertengkar bagai anjing dan kucing. "Kau tu yang patut remind diri kau. Kalau nak jadi partner aku, kau kena study cara high fashion poses. Aku tak nak nanti gambar nampak buruk bila kau berdiri sebelah aku. Buang masa aku aje kena re-shoot sebab kau." - Nick Ervan Apakah kesudahan hasil penggambaran tersebut? Adakah berjaya model muslimah tempatan featuring model lelaki antarabangsa disatukan dalam satu penggambaran tanpa rela? Atau, penggambaran tersebut gagal di tengah jalan?
CYPHER [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 17,827
  • WpVote
    Votes 1,654
  • WpPart
    Parts 18
QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 15,296
  • WpVote
    Votes 1,204
  • WpPart
    Parts 7
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,461,853
  • WpVote
    Votes 17,187
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
The King's Romance [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 872,451
  • WpVote
    Votes 26,373
  • WpPart
    Parts 37
Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat diraja yang tidak suka menyantuni rakyat dan lebih selesa hidup dalam dunia sendiri. Adriel juga dikenali dengan sikap dingin dan sombong yang menyebabkan dia sukar didampingi. Sesiapa yang cuba untuk mendekatinya, pasti makian yang akan diberi. Dia rimas dengan perhatian yang melampau terutamanya dari para gadis! Alara Sophia pula merupakan seorang selebriti terkenal yang berjaya menerpa nama bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Kecantikan dan bakat yang dimiliki Alara membuatkan dia dikelilingi dengan peminat fanatik. Pantang bertemu Alara, pasti semua akan menjerit gembira melihat Alara di depan mata! Tapi, tidak bagi Adriel. Insiden pertama yang berlaku antara dia dan Alara telah membuat hatinya bergelodak marah apabila Alara berani menghalau dirinya. Belum pernah ada rakyat yang bersikap kurang ajar seperti Alara. Wanita ini benar-benar mencabar kedudukannya. Takdir tiba-tiba berubah apabila Adriel dan Alara akhirnya berkahwin. Perkahwinan yang tanpa kerelaan itu membuatkan Adriel dan Alara tersepit dan terpaksa berpura-pura seperti perkahwinan mereka adalah paling bahagia. Semua mencemburui Alara kerana berjaya menjadi isteri kepada Adriel. Hakikatnya, cukuplah Alara yang tahu segalanya. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Jika terdapat persamaan, hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED