Habida's Leisure Time...
3 stories
Hati by penulissepi2021
penulissepi2021
  • WpView
    Reads 351,359
  • WpVote
    Votes 1,367
  • WpPart
    Parts 11
Kisah Adam yang mempunyai sisi lain disamping menyintai seorang gadis bernama Aina.
Temu by athiwrites
athiwrites
  • WpView
    Reads 6,875
  • WpVote
    Votes 599
  • WpPart
    Parts 52
Cerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang melukakan itu merupakan satu pengajaran yang terbesar dalam hidupnya. Lalu, Faradhiya mengambil keputusan untuk mengutamakan diri sendiri. Tidak peduli jika dunianya semakin mengecil dan dia terasing. Asalkan dia tidak disakiti lagi. "Saya sudah rasa cukup dengan cara saya sekarang. Sunyi itu sakitnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan pengkhianatan."- Nur Faradhiya. Sehingga hadirnya seorang Ghaz Ukasyah. Lelaki itu sabar memunggah satu demi satu batu tebal dari tembok tinggi yang dibina oleh Nur Faradhiya. Dia tahu apa yang dia mahu. Nur Faradhiya. Dia hanya perlu sabar dan kuat untuk memasuki ruang dalam yang selama ini terkunci, dan memahami rasa yang selama ini tertanam dalam akibat pengkhianatan lelaki lain. "Saya akan terus disini. Sabar dan terus sabar menanti penerimaan Faradhiya. You are too exquisite to be left alone."
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
miszhann
  • WpView
    Reads 935
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 20
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!