EyaHanns
- Reads 65,648
- Votes 2,900
- Parts 36
SINOPSIS
Irene Melina, seorang arkitek tersohor dan pelakon berbakat besar. Dingin. Tegas. Penuh ego. Tiada siapa yang benar-benar tahu isi hatinya termasuk suaminya sendiri, Kapten Zayn Arshad.
Zayn Arshad, seorang juruterbang komersial yang tenang dan penyabar. Walaupun wajah Irene semakin sukar dibaca, walaupun rumah tangga mereka menjadi senyap, dia tetap memilih untuk bertahan. Dia percaya bahawa cinta mereka masih ada. Hanya tersorok di sebalik luka yang tak pernah terungkap.
Namun, apa yang berlaku antara mereka dulu... terlalu berat untuk dilupakan. Dan bila dua hati saling diam dan berpaling, jarak makin melebar. Rasa sayang makin kabur. Hingga akhirnya... hanya langit menjadi saksi bisu.
"You become someone I don't recognize anymore." - Zayn Arshad.
Dalam diam, mereka masih saling menyayangi. Tapi cinta itu tak pernah cukup kalau tak dihargai.
Hinggalah satu saat, Irene mula menyedari... bahawa waktu tak pernah menunggu sesiapa. Dan sesalan itu sentiasa datang bila semuanya sudah terlambat.
Lalu, mampukah sebuah cinta yang terluka bertaut semula?
"Kadang-kadang, Tuhan ambil seseorang dari hidup kita bukan untuk menghukum. Tapi untuk mengajar kita satu perkara paling besar iaitu menghargai... sebelum terlambat dan semuanya hilang." - Irene Melina.
The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... takkan datang lagi.