realopp's Reading List
1 story
Jutaan Purnama by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 93
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 10
Kebencian membawa Lara ke sebuah bandar metapolitan yang terletak di Benua Eropah, London. Baginya dirinya sudah terlepas dari sebuah cengakaman yang memerangkapnya ke dalam suatu dunia yang gelap dan penuh misteri. Kini dia bebas, bagaikan rama-rama yang baru keluar dari kepompongnya. Namun, sebebas apapun dirinya. Hatinya masih dibelenggu oleh satu ayat yang bila-bila masa sahaja memerangkapnya semula. Pengecutkah jika dia cuba lari dan terus lari dari masalah itu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pepatah itu amat sesuai dengan Lara. Sejauh mana dia lari, dirinya tetap ditemui. Hanya kerana keinginannya yang mengabaikan firasat hati. "It seems like you don't want me to keep my promise..." - Zidane Zephyr Zidane Zephyr, pemain bola sepak tersohor tanah air yang berjaya mengharumkan nama negara hingga ke persada dunia. Namun bagi Lara, lelaki itu hanyalah seorang yang degil, dan kaki paksa. "I will win your heart within this week, before I leave for Malaysia." - Zidane Zephyr Bertemu dengan lelaki itu membuatkan Lara benci dengan diri sendiri yang sukar menyangkal atau membantah kata-kata lelaki itu. Lidahnya kejung, bagai dibekukan di dalam peti ais. Dalam pada hatinya yang sudah mula terpaut pada Zidane, berita yang pilu dan mengasak jiwa diterima oleh Lara. Waktu itu, baru dia mengerti mengapa dalam suatu perhubungan kita tidak boleh membelakangkan keluarga. Hanya bertemankan purnama dalam setiap gundah di hati dan fikirannya. Detik itu, Zidane bagaikan jutaan purnama baginya. Mustahil, tapi itulah sebuah harapan. Lara juga turut sedar bahawa jiwanya mula terlakar nama lelaki itu, suaminya. Saat itu, mampukah tutur bicaranya menembus sehingga ke gegendang telinga Zidane? Kuatkah Zidane berperang dengan sakitnya? Sungguh, harapannya ibarat jutaan purnama terhadap Zidane. Lara juga berharap moga cintanya bukanlah sekadar buatan waktu dan takkan terlerai walaupun dipisah oleh takdir.