My Favorite ❤
74 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 477,697
  • WpVote
    Votes 18,082
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 114,805
  • WpVote
    Votes 5,427
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❤️)
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 48,354
  • WpVote
    Votes 2,937
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 489,122
  • WpVote
    Votes 32,538
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
TWILY PUASA & RAYA by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 35,027
  • WpVote
    Votes 1,442
  • WpPart
    Parts 10
Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hannah di dalam kehidupan Ayden, Hawa dan Haffy ❤️ Selamat membaca dan salam Ramadhan.
The Way I Loved You [Completed] 🌹 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 1,058,399
  • WpVote
    Votes 33,890
  • WpPart
    Parts 58
Hawa Humeera tidak menyangka hubungan di antara dirinya dan bekas tunangnya terputus di tengah jalan kerana satu kesalahan yang mungkin dirinya takkan maafkan. Berjumpa pula dengan Ayden Hadrik ketika proses healingnya sedikit sebanyak memujuk hatinya yang terluka. Bertemu kembali apabila mereka bertemu kembali sebagai pekerja dan majikan. "You Again?." - Hawa Humeera "Kuat jodoh kita rupanya" - Ayden Hadrik Hubungan antara pekerja dengan majikan berubah menjadi semakin rapat apabila anak lelaki Ayden, Haffy Hayyat mula berkenan dengan Hawa dan sering memanggilnya dengan panggilan "Mummy". "Haffy, that's not your Mummy." - Ayden "But, I want her to be my Mummy."- Haffy What's next?
Secretly Yours, Aiden-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 370,253
  • WpVote
    Votes 8,552
  • WpPart
    Parts 49
Alisha tidak pernah menyangka lelaki yang hanya mampu dipandang dari jauh akhirnya menjadi suaminya sendiri. Perkahwinan rahsia itu menemukan dia dengan Aiden .Lelaki pendiam yang terlalu sukar dibaca. Sedangkan Alisha pula sentiasa merasakan dirinya tidak pernah setaraf dengan Aiden. Namun satu perkara yang Alisha tidak tahu Aiden sudah lama jatuh cinta padanya.
SEBELUM KITA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,486,084
  • WpVote
    Votes 62,512
  • WpPart
    Parts 101
SIXTH 🍂 ZILL & NURA 🍂 Kisah mengenai dua perkahwinan yang terkandas di tengah jalan dan daripada kedua kisah tersebut punya insan yang terluka. " I'm sorry..I tak boleh teruskan semua ni dengan you."- Nadia "Kau boleh pergi dan ikut kemahuan hati kau sekarang,aku tak kan tuntut apa-apa." - Zill -------------------------------------------- "Awak cakap awak nak berusaha untuk saya, untuk kita.Tapi kenapa macam ni?"- Nura "Jangan tanya kenapa macam ni,saya tak nak awak terluka.Awak tahu sebab yang jelas."- Adlin TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START : 17 JANUARY 2025 END : 11 JUN 2025 EDITED : 7-23 MEI 2026
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 4,062,373
  • WpVote
    Votes 109,194
  • WpPart
    Parts 50
"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saat bertentang mata dengan Si Dia, tidak keruan dibuatnya. Berkali-kali dia cuba mengelak daripada gadis tersebut,namun gadis tersebut ada dimana-mana. Dalam mimpinya. Dalam tidurnya. Malah dalam kerjanya. Belum sempat dia menyemai benih cinta,gadis tersebut pergi meninggalkannya. Dia sedar dia kalah dalam permainan cinta gadis tersebut. Gadis tersebut hanya mempermainkannya. Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak pernah ada yang terlepas daripada genggamannya. Dia The Seducer. Memerangkap sang jejaka dalam permainan cintanya. Siapa yang tidak kenal dengan Aurora Salsabila. Seorang model yang sangat terkenal. Hidupnya liar. Tidak punya keluarga. Hanya punya kawan ,bukan yang setia. Saat sang lelaki membuka kata-kata,dia menggoda. Tidak ada yang tidak tergoda,kecuali Si Dia.Saat sang jejaka mengotakan kata cinta,dia pergi meninggalkannya. Dia juga telah kalah dalam permainan cintanya sendiri. Sangkanya lelaki tersebut tidak ambil peduli. Namun,kembalinya jejaka tersebut menuntut dirinya sebagai galang-ganti. -Jangan copy paste story Sis. Sis tahu ada yang copy dalam platform lain. I am watching!-