💖✨
14 stories
Abang Bos [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 41,142
  • WpVote
    Votes 2,613
  • WpPart
    Parts 48
SPIN-OFF KARYA MR. A.H! (Siapa yang belum baca, digalakkan baca dulu) Kekerapan update: 1-2 bab seminggu. Sinopsis: "Papa cabar kamu, go outside and see the world. Pergi rasai sendiri bagaimana betul-betul hidup menjadi orang susah." -Dato'Imran- Tidak mampu menerima kritikan ayahnya sebagai seorang yang kurang empati, Fawwaz Qayyum menyahut cabaran Dato'Imran untuk berkelana ke kampung. Siapa sangka, di sana Fawwaz akan jatuh cinta pandang pertama kepada si Optimus Prime, Cik Raihan Imanina. Namun, untuk memiliki gadis kampung itu, Fawwaz perlu melepasi saringan bukan satu, tapi lima bodyguard Raihan! Ini cerita tentang si putera bandar yang tangannya cuma biasa menaip komputer, memetik gitar, memegang stereng Porsche, Tapi diheret untuk belajar membelah kelapa, bermain batu seremban dan mengayuh basikal besi. Ini cerita tentang putera bandar yang kerek, hidup tak ambil kisah masalah orang lain, Yang kemudiannya belajar erti memahami, dan erti hidup untuk memberi. Tropes: -Hero falls in love first -Kampung vibe -Character growth -Family bond
WILDAN  by novday
novday
  • WpView
    Reads 220,845
  • WpVote
    Votes 13,392
  • WpPart
    Parts 77
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫, 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞?" "𝐈𝐧 𝐬𝐡𝐚𝐚 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇. 𝐈𝐟 𝐇𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥𝐬." You were no one but only a stranger whom I never knew before. Yet out of the blue you appeared and protected me, as if I am the most cherished person for you. 𝐌𝐲 𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐦𝐲 𝐬𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫. . Sinopsis penuh di chapter pertama. . Mula: 31/12/2020 Tamat: 9/6/2021 Amaran: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. © Hak Cipta Terpelihara oleh novday
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,090
  • WpVote
    Votes 521
  • WpPart
    Parts 64
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025
MENANTI KAMU 2 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 7,315
  • WpVote
    Votes 731
  • WpPart
    Parts 62
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa mengetahui apa hubungan lelaki tersebut dengan si gadis. "Aku takkan maafkan kau." Gaduh. Benci. Namun, hati masing-masing masih mencintai antara satu sama lain. "Awak yang tak faham saya!" Dengan satu ayat, segalanya berubah. Ketika itu juga, pelbagai masalah membebani bahu Syahidah. Masalah persahabatan, masalah keluarga lagi. Bermacam-macam perkara sehingga akhirnya, dia jumpa satu jalan yang dapat menghilangkan segala beban. "Abang sayang sangat dekat Idah sampai bila-bila." Terimalah, MENANTI KAMU 2. START: 26 DISEMBER 2023 END: 12 MAC 2024
FAWWAZ HAMZAH: SINAR YANG KEMBALI by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 3,561
  • WpVote
    Votes 700
  • WpPart
    Parts 53
𝟏.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ❝ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, hamba menamakan anak ini Fawwaz Hamzah Amrullah. ❞ Kelahiran ini memberi makna yang cukup besar buat dunia Islam yang telah lama malap. Cukup untuk memberi tanda bahawa dunia yang malap telah disinari dengan cahaya yang sudah lama hilang. Fawwaz Hamzah Amrullah Ibn Nazeer Ahmad. Anakanda kepada Khalifah Nazeer, pemerintah Kerajaan Nazariyah. Pemuda yang berbakat dan berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan Allah SWT. Diberi tanggungjawab memikul tugas khalifah menggantikan ayahandanya di usia yang muda, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama. Dengan dibantu oleh adinda yang dikasihi. Ahmad Izzuddin Al-Hadi, menjadikan Fawwaz Hamzah sebagai sang idola sekaligus kakanda yang paling disayangi. Bersama mereka memajukan Dinasti Nazariyah dalam usaha meluaskan tanah jajahan Islam itu dengan lebih jauh. ❝ Wahai Ibnu Nazeer, sudikah engkau bersama dengan kakanda memikul tanggungjawab ini? ❞ - Fawwaz Hamzah ❝ Demi Allah, walaupun nyawa berpisah daripada badan, aku akan tetap bersama dengan kakanda sehingga ke akhirnya. ❞ - Ahmad Izzudin ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Cover By: @tsweetestrain Started: 12/11/2024 Ended: 3/1/2025 ©PutraRize_ ©2024
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,331
  • WpVote
    Votes 1,304
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025
SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 3,504
  • WpVote
    Votes 356
  • WpPart
    Parts 46
﷽ - SYUHADAH 13th book Mencari makna hidup dalam keadaan dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian sememangnya tidak mudah. Jelas sekali hidupnya tidak pernah merasai nikmat yang indah seperti insan lain. Kasih sayang? Sejak kecil, hanya kakaknya yang sentiasa menanam rasa itu. Hendak mengharapkan ibu dan ayah, mereka cuma tahu melayani ketagihan terhadap bahan terlarang setiap hari. Sahabat? Ia bahkan tidak pernah wujud dalam hidupnya walau sekali. Kemiskinan dan prestasi pembelajarannya yang sering merosot membuatkan tiada seorang pun ingin mendekati dan memahami nasibnya. Malah, mereka lebih gemar menambah rasa rendah dirinya dengan mengejek dan menghina keadaannya yang tidak seberapa. "Lepas ini Affan usaha lagi. Kakak nak tengok Affan berjaya." Cara untuk berfikir positif juga dia tidak tahu. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, hanya ayat yang sama akan keluar dari mulut. "Affan bodoh." Sehingga si kakak juga kadangkala menyerah kalah untuk memberi nasihat kepadanya lagi. Pada saat-saat dia memerlukan, diri itu diuji lagi dengan kenyataan yang lebih memilukan. Kehilangan insan yang menjadi sumber kekuatannya mengundang kehadiran rasa putus harapan dalam hidup. Dia buntu. Dia lelah. Kerana dia juga manusia yang ingin merasai nikmat gembira. "Kau berambus dari rumah aku!" "Suami tak guna!" Terimalah, SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI. AMARAN! Terdapat penggunaan bahasa yang kesat dan unsur-unsur penyalahgunaan dadah. Harap maklum. START: 22 JUN 2025 END: 16 DISEMBER 2025
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,124
  • WpVote
    Votes 1,645
  • WpPart
    Parts 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
AL-HADI: PENERUS CAHAYA ISLAM by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 1,692
  • WpVote
    Votes 213
  • WpPart
    Parts 31
𝟐.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ❝ Aku bukan seorang pemimpin. Aku hanyalah seorang hamba Allah yang cuba menjadi baik. ❞ -Ahmad Izzuddin Al-Hadi Pemergian khalifah yang baik seperti Fawwaz meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat Izzuddin. Kehilangan kakanda yang tercinta membuatkan dia hampir hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun dia sedar, hidup perlulah diteruskan dan Kerajaan Islam Nazariyah memerlukan penerus. Maka Izzuddin menjawat jawatan sebagai khalifah yang baharu dalam dinasti itu. Dibantu oleh para sahabat, Izzuddin menyelesaikan masalah-masalah yang ada dan menaikkan semula nama kerajaan Islam itu. ❝ Suatu hari nanti, Islam akan bangkit.. ❞ -Ahmad Izzuddin Al-Hadi ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Cover By: @tsweetestrain Started: 24/2/2025 Ended: 29/3/2025 ©PutraRize_ ©2025