nyxraai's Reading List
7 stories
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 458,315
  • WpVote
    Votes 5,547
  • WpPart
    Parts 7
BACAAN MATANG ! (Available hanya 5 bab awal) GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,232,526
  • WpVote
    Votes 427,332
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 420,060
  • WpVote
    Votes 29,064
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
[ C ] | WHERE MOON MEETS DAWN [TERBIT] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 228,108
  • WpVote
    Votes 1,994
  • WpPart
    Parts 12
[READY STOCK DI SHOPEE FAJAR PAKEER DAN BOLEH DAPATKAN FREE GIFT BERBENTUK PIN BADGE] SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan. Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas. "If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan. Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka. "Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya. Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri. "Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara? Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak? Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap? Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam. "Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali," START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
Setulus Jänji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 411,082
  • WpVote
    Votes 16,465
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 297,205
  • WpVote
    Votes 10,593
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,557,836
  • WpVote
    Votes 30,317
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?