Lyhanelle
- Reads 921
- Votes 490
- Parts 10
[My First Story!♡] - SLOW UPDATE
"It's easier to watch from afar than risk the world knowing how much I care."
-Hilyana Farzana
Hilyana Farzana sentiasa percaya hidupnya akan tenang...
Buku, dunia fiksyen, dan hari-hari yang dilaluinya tanpa banyak suara.
Tapi ketenangan itu mula terganggu.
Satu pandangan yang terlalu lama singgah.
Satu nama yang kerap muncul tanpa diminta.
Dan satu perasaan yang tumbuh diam-diam, walaupun dia cuba menafikannya.
Aakif Zaydan.
Tenang, berprinsip, dan penuh fokus.
Seseorang yang hadir tanpa janji... namun cukup untuk membuatkan hati Hilyana berhenti seketika.
Tetapi adakah dia benar-benar untuk Hilyana, atau hanya bayangan yang menimbulkan rasa ragu?
Salah faham mula muncul.
Pandangan menjadi berat.
Luka hadir tanpa niat meninggalkan kesan, bukan sahaja pada mata... tetapi juga pada hati.
Di saat Hilyana cuba memahami perasaannya sendiri, datang pula kehadiran lain yang mengubah suasana.
Bukan sebagai pengganti,
tetapi cukup untuk mencetuskan persoalan yang lebih rumit daripada sekadar 'suka'.
Kerana bagaimana jika rasa itu tidak pernah sehala?
Bagaimana jika diam disalah tafsir sebagai menjauh?
Dan bagaimana jika sesuatu yang tidak pernah diluahkan... sebenarnya telah lama disedari orang lain?
Apabila jarak mula terbentuk,
satu soalan kekal tanpa jawapan
adakah perasaan itu masih boleh diselamatkan...
atau ia sudah pun terlambat
sejak awal?
Start: 10/1/2026
End: ???