moon2912's Reading List
2 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 37,442
  • WpVote
    Votes 2,639
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,841,198
  • WpVote
    Votes 99,048
  • WpPart
    Parts 54
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.