Novel To Be Read
200 stories
Langkah Pendosa by MsHadyna
MsHadyna
  • WpView
    Reads 55,880
  • WpVote
    Votes 4,953
  • WpPart
    Parts 37
[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam menimpa Adalee berjaya menyedarkan dia kembali ke pangkal jalan. Akhirat kembali dikejar. "Syurga itu mahal. Hanya orang yang sabar mampu kecapinya." -AAHIL RAFIQI "Aku bukan orang yang sabar. Jadi neraka ke tempat aku?" -RAUDHAH MA'WA Perjalanannya tidak mudah. Beribu badai ujian Adalee perlu lalui demi ganjaran yang tertinggi di sisi Tuhan yang Maha Esa. Ini kisah seorang pendosa yang mahu mengejar destinasi terakhirnya. Raudhah Ma'wa x Aahil Rafiqi x Julian Li
HILMAN by hashaulia27
hashaulia27
  • WpView
    Reads 830
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 7
"Hilman!" "Yes, mom?" "Korang buat apa? Apa hubungan korang sebetulnya ni? Tak macam PA dengan bos pun. Tu tangan tu... tak reti nak turunkan ke?" - mama "Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba mama marah. Kenapa?" - hilman "Tak ada angin tak ada ribut? Man nak tunggu Allah terbalikkan rumah kita ni dalam tanah, baru Man nak sedar ke?!" - mama "Man ni, dah tak kenal halal haram ke? Dah tak tahu beza jantina lelaki perempuan?!" - mama "Man masih waras lagi, mama. Jangan nak dengar sangat gossip orang." - hilman "Buktikan." - mama "How?" - hilman "Kahwin." - mama "If Man kahwin, baru mama percaya yang Man ni normal? Macam tu?" - hilman Laju Datin Khalida angguk.
SECRET ARIETIS  by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 53,874
  • WpVote
    Votes 4,256
  • WpPart
    Parts 69
masquerade series book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura [ a little death | the neighbourhood ] (story yg banyak kekurangan) ❝It's all an act.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia ingin bangkit semula, tawaran diberikan kepadanya. Dia seolah-olah ratu di dalam permainan catur yang harus melindungi raja, walaupun berpaksikan tipu helah manusia kejam. ❝Selepas semua yang dah jadi, awak masih nak hidup dengan saya?❞ Dhea Elaura [I write this on my lowest] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in
Her Fighter: Tengku Haridz Arasyah by nmawarr
nmawarr
  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
Raina Adheaa mempunyai sebuah keluarga yang sangat malang. Hidupnya penuh dengan lika-liku ujian. Sementara keluarga lain bahagia dikala dia menahan rindu terhadap ayahnya yang sudah tiada. Sejak kepergian Ahzar Rashidi ,hidupnya makin huru hara. Ibunya kelihatan tenang mula menyalahkan takdir ini berpunca daripadanya sampailah Dheaa bertemu dengan jejaka asing di kampungnya. "Apa kau kata? Kau kata aku langgar babi? Kau panggil aku pakcik?Takde taste, hmm. " Tengku Haridz Arasyah "Ya aku panggil pakcik. Pak cik pekak ke? Kalau pekak, meh aku tolong letak lintah dalam telinga pak cik yang berkarat tu! "Raina Adheaa Ketika ibunya memilih untuk bergelar isteri kepada lelaki yang ingin cuba merogolnya dahulu, ibunya juga mahu menjadikan dia isteri kepada anak buah suaminya kini. " Ibu tak patut jadi macam ni, mana ibu yang Dheaa kenal dulu!" Raina Adheaa "Kau berambus! Aku taknak tengok muka kau lagi! Kau berambus!" Rabitah Marina " Kau kahwin dengan aku Dheaa, please. Biar aku letakkan cinta aku ni, dekat hati kau yang dah kosong tu" Tengku Haridz Arasyah "Aku takut Ridz. "Raina Adheaa Mampukah Dheaa mengubah takdirnya dikala umurnya baru menginjak 16 tahun ? Mampukah Haridz menjadi suami terhadap Dheaa? Wujudkah orang ketiga di dalam masjid yang baru sahaja mereka bina? " Will you be my épouse, oh mon élève? " Tengku Haridz Arasyah
HIS FAVOURITE MELODY [C] by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 324,156
  • WpVote
    Votes 13,127
  • WpPart
    Parts 61
Ryzz Fayyan ft. Adelina Qasra [ separuh aku | noah ] ╭⁠☞ cringe babygirl ╭⁠☞ stand alone ╭⁠☞ rage bait saja kalau baca story ni ╭⁠☞ UNEDITED VERSION (ini first story, abaikan typos and tatabahasa yg ada) ❝Aku tak hamak la nak sorry sorry dengan perempuan.❞ Geram, itu yang dirasakan Adelina tatkala bertemu pertama kali dengan mamat mulut laser seperti lelaki di hadapannya ini. Dan setiap pertemuan mereka selepas itu tidak lepas dari kerja asyik berperang mulut. Namun dikata orang jangan terlalu membenci, tup tup mereka rupanya mempunyai hubungan lain yang agak dekat, buatkan Adelina rasa mahu pindah ke planet lain. ❝Muka macam mak lampir.❞- Ryzz Fayyan ❝Muka macam selipar pasar malam, selipar 2 ringgit aku lagi segak dari kau.❞ - Adelina Qasra Seorang bermulut laser, seorang lagi pantang dikutuk. Memang meletup dunia jika seandainya mereka ditakdirkan bersama. Bangunan rumah pun boleh retak. Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Si gadis keras kepala menjadi tanggungjawab Si jejaka yang pernah menjadi masa silam seseorang. Seseorang. Perkahwinan terasa bagaikan satu penipuan. Dan itulah yang membuka peluang seseorang untuk menghancurkan segalanya. ❝You know what I love the most about you? Your face are just like her.❞ ❝Hei, pandang aku. Jangan pandang bawah. Look at me okay?❞ [SUPER CRINGE, SAD ROMANCE] This is my first story, and there's a lot of improvement needed. Please be mindful of what you say. Thank you. ⚠️no plagiarism ⚠️heavy conflict, take ur own risk ⚠️100% my original idea ⚠️grammar error ⚠️super duper cringe All right reserved by @eyvllavhesa STARTED: 20/03/23 END: 22/08/23
Cinta Si Introvert (COMPLETE) by amyDorry
amyDorry
  • WpView
    Reads 20,620
  • WpVote
    Votes 1,159
  • WpPart
    Parts 26
Kehidupan seorang gadis yang bernama Zara Edrina berubah 180 darjah setelah dia dipertemukan dengan Afiq Zafriel. Dia yang berpewatakan introvert perlu berhadapan dengan Afiq Zafriel yang berpewatakan extrovert. Covid 19 yang melanda negara telah menjadi punca mereka disatukan diatas ikatan pernikahan. Start: 22 sept 2022 Complete: 4 Aug 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA
Garis Masa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 122,301
  • WpVote
    Votes 8,997
  • WpPart
    Parts 35
SINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja ; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya. Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya Umi sahaja perempun dalam hidupnya. Sehingga dia, si rambut ungu Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan. "Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul islam tu indah bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - Violet Lim Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara, Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah, sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan? Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril Aqil
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 14,045
  • WpVote
    Votes 1,774
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 438,397
  • WpVote
    Votes 26,326
  • WpPart
    Parts 51
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
Dia Untuk Aku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 11,128
  • WpVote
    Votes 157
  • WpPart
    Parts 15
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees "Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq "Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees "Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - Taufiq Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq "Saya bukan perempuan baik..." - Johanees Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.