(⁠ ⁠˘⁠ ⁠³⁠˘⁠)⁠♥ inspiration
8 stories
MAWAR: HIKAYAT TUAH ISKANDAR by etherealelara
etherealelara
  • WpView
    Reads 2,295
  • WpVote
    Votes 159
  • WpPart
    Parts 6
Tatkala cermin pusaka terbuka oleh rahsia yang telah lama terpendam, Mawar Inara, gadis dari zaman alaf, terjerumus ke sebuah alam silam, bumi Melayu yang masih utuh adatnya dan bernyawa dengan bisikan ghaib. Di situ, dia ditemukan oleh Tuah Iskandar, seorang pahlawan berdarah bangsawan dari alam Melayu, dingin laksana bayu gunung dan bicara berlapis adat. "Wahai perempuan asing, engkau bukan dari dunia ini. Tempatmu bukan di sini. Pulanglah ke dunia asalmu, sebelum rahsia ini mengundang malapetaka." - Tuah Iskandar ​"Awak ni tak nampak ke saya terpingga-pingga kat sini? Saya pun tak nak tinggal di sinilah. Ish, cepat tolong saya cari jalan pulang!" -Mawar Inara ​Hari berganti malam, langit bersilih warna. Dan tanpa disedari, tumbuh bait-bait rasa cinta antara mereka. ​Namun, rahsia mula terbongkar. Cermin pusaka yang membawanya ke alam silam Melayu bukan hanya alat penghubung, tetapi pusaka sakti yang diwarisi turun-temurun oleh keturunan Tuah Iskandar. ​"Hanya keturunan asli yang benar-benar mengalir darah bangsawan dapat menguasai dan menjaga cermin itu. Siapa pun yang bukan keturunan asli jika cuba menguasainya, akan membawa malapetaka kepada dunia silam dan dunia luar." ​​Tuah terpaksa memilih antara taat setia kepada wasiat nenek moyangnya atau melindungi sang kekasih? Pilihan itu bukan sekadar menentukan nasib mereka berdua, tetapi juga masa depan antara dua dunia.
My Dear Wife by _sharpie
_sharpie
  • WpView
    Reads 381
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 10
Kisah Romantis Surfina Aqeela dan Iqram Muizzuddin. Silly. Sugar rush, and diabetes alert.
Book 1: Annabella Valiant [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 1,081,196
  • WpVote
    Votes 69,213
  • WpPart
    Parts 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu terngiang-ngiang ditelinganya. Rahsia yang tersimpan kemas oleh ayahnya. Sylvania... Bermula kisah Annabella yang mencari identiti diri setelah mengetahui dia bukan manusia biasa.
Philia Rosé: The Prophecy of the Crown of Thorns by SERIESbyWEBTOON
SERIESbyWEBTOON
  • WpView
    Reads 2,773
  • WpVote
    Votes 250
  • WpPart
    Parts 163
The fate of the Kingdom of Elaion rests in the hands of a lazy priestess when she's sent on a mission to stop a runaway prince's rebellion. But can anyone even trust her to get out of bed, let alone save the kingdom? Philia may seem like no more than a sassy little girl who loves naps more than anything else-but she's actually a young woman with the ability to read minds. Her goal is to use her powers, charms, and sharp wits to win the heart of Leo Elaion, the fugitive prince who murdered his brothers and escaped to the barren wilderness of Akantha. With her kindly escort Diati in tow, Philia must persuade the bloodthirsty prince to give up his war and save the kingdom from certain doom. Can she bring about a change of heart in the prophesied "beast who swallowed thorns" and convince him to abandon his cruel aspirations? All Rights Reserved Written by Kim Young Ji.
FaYzuma:Master of All Dragon (Malay Subtitle) by FaYzuma
FaYzuma
  • WpView
    Reads 33
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 6
FaYzuma: Master of All Dragon Di sebuah dunia yang diratah bayang kegelapan dan darah sumpahan, sebuah pohon purba bernama Deshret memilih untuk mengorbankan jiwanya demi menyelamatkan seorang bayi yang ditakdirkan membawa perubahan-FaYzuma. Dalam titisan embun terakhir dan bara nyawa yang padam, Deshret menanamkan harapan ke dalam Sacri, tunas yang akan menjadi warisan terakhirnya. Kini, Llione-seorang pendekar wanita yang membawa luka berdarah dan sumpah dendam-mengembara bersama bayi tersebut, diburu musuh yang tak mengenal belas. Namun FaYzuma bukan bayi biasa. Di sebalik tangisan dan mata bundarnya, tersembunyi takdir seorang penguasa naga yang mampu menyatukan atau menghancurkan dunia. Sumpahan. Pengorbanan. Harapan. Sebuah kisah epik bermula di sini-di mana akar kegelapan bertembung dengan cahaya yang belum bersinar.
Loka Nyza by DesbarTargar
DesbarTargar
  • WpView
    Reads 297
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 2
Ikuti pengembaraan pancaroba seorang gadis bernama Nyza (disebut "Ni" "Za") yang mampu memahami bahasa haiwan. Pengembaraan bermula apabila Nyza dijemput oleh Siv - Sang Rajawali dan Kar - si burung kecil Hudhud untuk berkelana keluar dari Nusa Uvara demi menyelamatkan kerajaan Orbara dari kekejaman Raja Nom.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,250,122
  • WpVote
    Votes 96,182
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,249,800
  • WpVote
    Votes 70,241
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.