10/2025
46 stories
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 60,495
  • WpVote
    Votes 2,342
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 912,774
  • WpVote
    Votes 35,432
  • WpPart
    Parts 78
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Aaron Shaz | 𝚃𝙷𝙴 𝙷𝙾𝚃 𝙳𝚄𝙳𝙰 | by ama_noyy
ama_noyy
  • WpView
    Reads 11,732
  • WpVote
    Votes 624
  • WpPart
    Parts 25
"Abang janji yang abang akan balik sini?" - Hazel Arisya "Ya, abang janji yang abang akan balik sini cari Hazel, okay?" - Aaron Shaz Setelah meninggalkan gadis yang berusia 8 tahun itu selama 15 tahun tanpa sebarang khabar. Hazel Arisya ingin berputus asa untuk tidak menuggu kepulangannya. Sehinggalah pada satu malam... "Kau siapa datang rumah parents aku pukul 11 malam ni?!" - Hazel Arisya "Im your future husband. I miss you so bad, Hazel Arisya." - Aaron Muncul jejaka yang setelah sekian lama menghilang tanpa sebarang khabar itu di hadapan Hazel semula. Namun Hazel tidak mengenalinya pada mula, dia hanya menganggap bahawa jejaka dihadapannya itu ada seorang lelaki asing baginya, Mampukah Hazel untuk mengenalinya jejaka dihapannya itu semula?
How I Married Your Father (Completed)  by byFasyah
byFasyah
  • WpView
    Reads 907,779
  • WpVote
    Votes 24,902
  • WpPart
    Parts 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap dengan jeratnya sendiri tatkala ia benar benar jatuh cinta kepada Zakery. Disangka kan duda tua, rupa-rupanya duda bukan sebarang duda, duda hot di pasaran 🥵 Mampu kah Ayra bertahan dari godaan demi godaan? Adakah dia tetap meneruskan misi balas dendam? "Once You're mine, you will be mine forever,Ayra" - Zakery Adam
ACCIDENTALLY YOURS [OG] by flowerbean
flowerbean
  • WpView
    Reads 2,830
  • WpVote
    Votes 154
  • WpPart
    Parts 10
Asyiq Za'in x Hanna Erynna [From AU story] Slow update sebab AU storynya yang laju dekat tiktok hehe
Suami Ku Ketua Pengawas by aariyys
aariyys
  • WpView
    Reads 897,903
  • WpVote
    Votes 45,047
  • WpPart
    Parts 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu bapa mereka, kan? Apabila sudah mendirikan rumah tangga, bertikam lidah pula antara dua insan ini. Ada aje yang mahu digaduhkan, sampailah satu rasa asing yang hadir dalam diri mereka. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗳𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.❞ - Tengku Irfan Hakim. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗮.❞ - Nik Sumayah Yaqana. ❛❛𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿?❞ - IrMayah Rumah tangga mereka, menjadi huru-hara apabila banyak rintangan yang datang. Bermula dengan seorang gadis, guru, dan rakan. ❛❛𝗔𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.❞ ❛❛𝗞𝗮𝘂 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗵?❞ ❛❛𝗧𝗮𝗸.❞ Semakin banyak rintangan yang mereka hadapi, makin kukuh masjid mahlighai mereka. ❛❛𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗮𝗸𝘂!❞ ❛❛𝗦𝘂𝗺𝗮𝘆𝗮𝗵, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂.❞ Mampukah Irfan dan Maya mempertahankan rumah tangga mereka sampai akhir hayat mereka?
Jika Kau Yang Memiliki || Editing by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 133,579
  • WpVote
    Votes 6,548
  • WpPart
    Parts 60
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 3 Mac 2025 End:-23 Disember 2025
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,840,895
  • WpVote
    Votes 283,731
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,520,630
  • WpVote
    Votes 223,250
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
[C] MY RIGHT PATH 🦋 by onlyyanaa26_
onlyyanaa26_
  • WpView
    Reads 75,419
  • WpVote
    Votes 2,544
  • WpPart
    Parts 48
KARYA PERTAMA AURORA BELLA | HAQ MATEEN Amnesia retrograd, satu bentuk amnesia yang dicirikan oleh ketidakmampuan untuk mengingati peristiwa yang berlaku sebelum satu titik masa tertentu, biasanya sebelum berlakunya kecederaan atau kejadian traumatik. AURORA BELLA, akibat satu kemalangan ngeri yang berlaku dalam sejarah hidupnya itu, telah membuang segala ingatan dan memori yang telah dicipta termasuk bersama sahabat ketika dia kecil. Untuk mengingati semula segala memori yang pernah terlakar itu menjadi satu cabaran buatnya, tetapi setelah munculnya seorang jejaka, perlahan-lahan memori tersebut tiba. Persoalannya, adakah Bella dengan mudah mengingati kembali kesemuanya termasuk memori bersama jejaka itu ? HAQ MATEEN , seorang yang dingin dan sentiasa mempamerkan riak tenangnya itu, terselit kisah dan ujian yang perlu dia hadapi, mempunyai sejarah yang membuatkan dia dan keluarganya perlu menanggung malu, menjadikan dia serik untuk bercinta. Tetapi semuanya mula berubah setelah dia menjumpai gadis yang pernah menjadi sahabat kecilnya muncul kembali, tetapi gadis itu seperti tidak dapat mengingatinya, tapi itu tidak menghalang Mateen mewujudkan perasaan sayang dan cinta kepadanya setelah kejadian dimana di serik untuk mencintai. Persoalannya, adakah Mateen dapat membantu untuk mengembalikan memori sahabat kecilnya dan adakah kali ini akan berkekalan selamanya ? p/s : saya masih newbie untuk penulisan , so dont judge me 🥹 .Happy Reading ! start : 25 June 2024 end : 17 January 2025