My Writing
2 stories
My Blue [WLW Malay] ✔️ by MeoJay_27
MeoJay_27
  • WpView
    Reads 11,685
  • WpVote
    Votes 338
  • WpPart
    Parts 38
(Malay-English WLW Story) Genre: Romance, Misteri Rating: 21+ (Mengandungi kandungan matang dan tema LGBTQ+) Bila luka lama masih berdarah, bolehkah cinta menyembuhkannya? Kim - tinggi, bertenaga, dan degil. Seorang pelajar universiti swasta yang bermain bola tampar dengan sepenuh hati. Lia - pendiam, penuh rahsia, dan jauh lebih matang. Seorang pemain profesional yang menyimpan terlalu banyak yang tak dikatakan. Pertemuan mereka bukan sekadar kebetulan. Dalam diam, Lia telah lama menyimpan perasaan- namun ketakutan dan masa silam yang gelap menghalangnya daripada mengaku. Kim pula, dengan sikap tidak putus asanya, perlahan-lahan mengetuk hati Lia yang telah lama tertutup. Di gelanggang, mereka beraksi sebagai lawan yang hebat. Di luar gelanggang, mereka adalah dua jiwa yang saling mencari- di antara luka, kenangan, dan pertanyaan tentang erti cinta sebenar. Dari rasa ingin tahu, tumbuh kepercayaan. Dari pertemanan yang janggal, lahir perasaan yang tidak terduga. Namun, bayang-bayang silam yang masih kuat mencengkam mula menggugat segalanya. Rahsia yang disimpan terlalu lama akhirnya terbongkar satu demi satu- dan setiap kebenaran itu menguji kepercayaan, kesetiaan, dan kekuatan hati mereka. My Blue adalah kisah dua wanita yang menemui sesuatu yang tidak dijangka dalam diri masing-masing- cahaya di dalam kegelapan, cinta yang tidak pernah disangka-sangka. Dalam dunia yang penuh ketidakpastian, kadang-kadang orang yang tidak dijangka itulah sebab terkuat untuk berharap dan sembuh. *Amaran Kandungan (Trigger warning)* Cerita ini mengandungi unsur WLW/lesbian. Jika anda tidak selesa atau mempunyai pandangan homofobik, sila beredar dan elakkan daripada meninggalkan komen negatif. Kisah ini juga mengandungi penggunaan barang terlarang, gangguan seksual dan bahasa kasar. Jika anda seorang mangsa atau mudah terkesan dengan kandungan sebegini, sila pertimbangkan sebelum membaca.
Cerita Sekali Jalan (One-Shot Melayu) by MeoJay_27
MeoJay_27
  • WpView
    Reads 61
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
"Cerita ringkas, tapi meninggalkan luka atau senyum dalam hati" Sekumpulan cerita yang berdiri sendiri - singkat, sekali jalan, tapi meninggalkan kesan. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang buat hati sesak. Setiap kisah berakhir cepat, tapi mungkin melekat lama dalam ingatan kau Main character (MC) boleh jadi lelaki/perempuan (natural gender), ikut imaginasi masing-masing. Melainkan saya bagitahu yang MC ialah perempuan.