cherishhh's Senarai Bacaan
21 stories
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 634,152
  • WpVote
    Votes 20,852
  • WpPart
    Parts 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
Bukan Sekadar Cinta  by aneessya_
aneessya_
  • WpView
    Reads 32,112
  • WpVote
    Votes 1,091
  • WpPart
    Parts 34
Hani Adreana, seorang perempuan yang terperangkap dalam belitan takdir yang merobek hatinya. Dikhianati oleh tunang yang sangat dicintai sepenuh hati. Kerana terluka, perpisahan diminta. Setelah putus tunang dengan Reza Ahadiat, dia memilih untuk menjauh dari keluarga Reza. Takdir mempertemukan Hani kembali dengan Raid Akashah, abang kepada Reza. " It's been a long time since we met. How are you?" - RAID AKASHAH. " I'm fine." - HANI ADREANA. Pertemuan demi pertemuan telah merapatkan dua insan. Tugas Hani sebagai arkitek yang perlu berurusan dengan Raid kerana satu projek, menambahkan lagi kemesraan antara mereka berdua. Hajat orang tua Raid yang tidak berkesampaian sebelum ini cuba digapai kembali. " Kenapa saya? Bukan ke awak dah ada pilihan hati? Atau pun sebab aunty?"- HANI ADREANA " Pilihan hati saya adalah pilihan hati mummy juga."- RAID AKASHAH. Kehadiran Reza pula yang sering menganggu Hani membuatkan Hani tergugat. " Awak hanya milik saya seorang , Hani. Saya tak kan biarkan sesiapa pun dapat awak kecuali saya!"- REZA AHADIAT. Antara Raid dan Reza, yang manakah lebih layak memiliki Hani? Orang kata cinta pertama itu keramat, adakah ianya akan membuatkan Hani memilih Reza kembali atau pun Raid yang akan menjadi cinta terakhirnya? Status: Still ongoing. How many chapter: Mungkin hanya 30++ bab nii
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,263,041
  • WpVote
    Votes 170,203
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
MY ENCIK TENGKU by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 3,575,047
  • WpVote
    Votes 90,708
  • WpPart
    Parts 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)
Bidadari Syurgaku  by syxhhq
syxhhq
  • WpView
    Reads 6,243
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 31
Bacalah jangan malu malu Nanti tak tahu😉 Dari author mu yang cantik lagi jelita lahh tibe wait wait wait.. ⚠️Note untuk semua readers nama account dah ditukar so jangan pelik kenapa dekat cover book lain kat tu lain Xandrahunnie - flowersangelss Tu je enjoy!
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 1,633,914
  • WpVote
    Votes 65,588
  • WpPart
    Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
Takdirku Bukan Kita  by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 19,775
  • WpVote
    Votes 938
  • WpPart
    Parts 9
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 847
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 4
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading 💞
Ryu Kazuya [COMPLETED] by Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 19,311
  • WpVote
    Votes 893
  • WpPart
    Parts 73
sudah bertahun-tahun berlalu sejak Ryu Kazuya meninggalkan kehidupannya yang kelam sebagai seorang anggota Yakuza, Ryu berusaha untuk memulakan hidup barunya di tengah kota Tokyo yang penuh dengan cabaran. Walaupun dia mendapat kerja dan sentiasa kelihatan ceria di hadapan orang ramai, bayangan silamnya sentiasa menghantuinya. Ryu duduk di sudut cafe, memesan secawan kopi, mengingat kembali pertemuan pertama mereka. Namun, ketika matanya menangkap sosok seorang wanita di sudut kafe yang sama. Wanita itu. "Anata wa, a no hi watashi ni hanashikakete kita on'nanokodesu yo ne?"-Ryu Kazuya "Do I know you sir?"-Eloise Lydia Ryu merasa seolah-olah dunia itu mengabaikannya, seolah-olah Eloise sudah melupakan dia dan segala yang pernah berlaku di antara mereka. Namun, dia tidak dapat menahan perasaan yang tiba-tiba muncul-perasaan yang mengingatkan dia bahawa takdir masih belum selesai menulis kisah mereka. "Sorry i cannot speak japanese, aduh mamat ni tak pandai penatkah?" -Eloise Lydia "Why not try to learn japanese, sebab saya pun boleh cakap bahasa melayu"-Ryu Kazuya Mungkin pertemuan ini hanya kebetulan, atau adakah ia satu peluang kedua yang takdir telah tentukan? Tetapi, semakin Ryu mendekati, semakin Eloise mengasingkan dirinya. "Please Akachan...Kimi wa boku ni totte subete da, boku o oite ikanai de"-Ryu kazuya "Aku sayangkan kau..Ryu, aishiteru"-Eloise Lydia Apakah yang akan menjadi pengakhiran cerita mereka berdua, adakah Ryu akan masih tenggelam dengan masa silamnya atau mula membuka matanya untuk meninggalkan segalanya?
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 165,467
  • WpVote
    Votes 8,813
  • WpPart
    Parts 56
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :