ZFahmi
Sinopsis:
Setiap malam, Stella Hana memeluk patung beruang lusuh yang menjadi satu-satunya sahabat yang tahu rahsianya bahawa di balik senyumannya yang garang, ada rasa sakit yang perlahan-lahan membunuhnya.
Tumor di otaknya menjadikan emosinya tidak stabil; kadang dia ketawa, kadang dia menangis tanpa sebab.
Keluarganya tahu, tapi memilih untuk menutup rahsia itu agar Stella dapat hidup seperti remaja biasa seolah tiada apa yang berlaku.
Namun semuanya berubah ketika AMI, pelajar baru yang polos dan hangat, muncul di kelasnya.
Senyuman AMI yang sederhana mula mencairkan hati Stella. Walau dia tak tahu mengapa, setiap kali AMI tersenyum, kesakitan di kepalanya terasa reda.
Tapi bagaimana jika cinta itu hanya dapat dirasakan untuk seketika, sebelum masa Stella sendiri berhenti?