❤️❤️❤️
21 stories
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 78,428
  • WpVote
    Votes 7,917
  • WpPart
    Parts 66
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,124,300
  • WpVote
    Votes 39,697
  • WpPart
    Parts 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya Umara "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- khair Nafiz "Tak,tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya Umara MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,473,636
  • WpVote
    Votes 48,448
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
Lelakiku (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 771,681
  • WpVote
    Votes 26,156
  • WpPart
    Parts 44
(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tuju telah menumpang di rumah Adam. Desakan orang kampung dan juga abang Adam telah mencipta satu ikatan sah antara Adam dan Hawa walaupun tanpa cinta di hati. Semakin lama Hawa mengenali Adam dia mula jatuh cinta. Kekerapan Adam meninggalkannya sendirian membuatkan hati Hawa tidak keruan, Di manakah lelaki itu pergi? ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 343,196
  • WpVote
    Votes 13,166
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Si Bisu Pujaan Hati [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 1,259,886
  • WpVote
    Votes 82,037
  • WpPart
    Parts 58
2023. "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." - TALIYA FARIHA Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu. Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu. "Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." - TALIYA FARIHA "Tiada maaf bagimu." - EZRUL ISTAFA Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali. Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri. "You don't know how to give up, do you?" - EZRUL ISTAFA "Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." - TALIYA FARIHA Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romcom - 10/10/23, 22/10/23 #1 in komedi - 11/12/23 #1 in romantik - 14/12/23, 19/12/23, 22/12/23, 14/3/24, 23/3/24, 31/3/24 #1 in romance - 22/12/23, 1/1/24 #1 in humor - 23/3/24, 2/4/24, 26/7/25 Start: 10/09/2023 End: 25/12/2023
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 3,133,599
  • WpVote
    Votes 192,394
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel
Rindu Bernoktah Cinta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 59,005
  • WpVote
    Votes 2,898
  • WpPart
    Parts 41
Cinta? Perkataan itu tidak pernah singgah langsung dibenak fikiran Muhd Arif Fakri setelah dirinya menerima takdir bahawa hidup berpasangan bukanlah keutamaanya. Namun hanya satu permata yang mampu menggoncangkan jiwanya. Dia, yang hadir dengan senyuman dan mata yang jujur, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang telah bertahun dibina. Dia benci rasa itu. Benci bagaimana jiwanya mula goyah. Kerana jika dia jatuh, dia tahu takkan ada ruang untuk dia bangkit semula. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia takut. "Awak orang baru dekat syarikat ni ke? Bahagian apa?" - Yahaira Khadijah "Haah, orang baru. Bahagian cleaner." Muhd Arif Fakri. Start Writing : March 2025 Publish : 1 May 2025 Complete : 10 Jun 2025
Sehening Hujan Malam [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 68,938
  • WpVote
    Votes 3,286
  • WpPart
    Parts 48
Hatinya pernah penuh dengan harapan tapi semuanya musnah dalam sekelip mata. Kehilangan itu, meragut segalanya. Sejak hari itu, dia belajar hidup tanpa rasa, tanpa cinta. Dia tidak mencari sesiapa. Tidak menanti sesiapa. Tapi mampukah dia menerima takdir yang mungkin hanya akan mengulang cerita luka? Dia tahu, langkah ke depan mungkin akan membuka kembali pintu-pintu kenangan yang telah lama dikunci. Namun hati yang pernah mati itu kini mendesak untuk mencuba, walau dengan risiko dirinya akan hancur sekali lagi. "Kau suka aku ke Ralyn?" - Ian Iskandar. "Kau buta ke?" - Amaya Aralyn. Start Date : 1 July 2025 End Date : 5 August 2025
MERAH: The Rescuer Hero by zojosei
zojosei
  • WpView
    Reads 5,625
  • WpVote
    Votes 525
  • WpPart
    Parts 58
Bagi Muhammad Affiq, tarikh 6 Jun bukan lagi hari kelahirannya yang patut diraikan. Ia adalah hari di mana dunianya hancur dijilat 'Si Merah' yang tidak kenal belas kasihan. Hanya dalam sekelip mata, rumah yang menjadi syurga bertukar menjadi neraka. Affiq terpaksa menyaksikan impian adiknya, Addib, berkecai bersama janji yang tidak sempat ditunaikan. Jeritan terakhir "Along! Panas!" menjadi parut yang lebih pedih daripada lecuran di badannya, merobek jiwa setiap kali mata dipejamkan. Kini, dengan sisa keberanian yang ada, Affiq membuat keputusan nekad. Dia tidak mahu lagi menjadi mangsa. Dia mahu menjadi perisai. "Addib... Along janji. Takkan ada lagi 'Addib' lain yang akan rasa panas api tu. Along janji." Melangkah ke Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) Kuala Kubu Bharu, Affiq membawa misi besar: Melawan api demi menyelamatkan nyawa, sambil memikul amanah menjaga ayahnya dan adiknya, Annati, yang kini hidup dalam bayang-bayang trauma dan parut kekal. Adakah dendam terhadap api mampu ditukarkan menjadi pengorbanan yang suci? Ataupun trauma masa lalu akan terus menghantui setiap langkahnya di tengah maraknya api? Sertai perjalanan Muhammad Affiq dalam naskhah aksi-drama yang menyentuh hati... tentang kehilangan, kasih sayang keluarga, dan erti sebenar menjadi seorang wira.