new
159 stories
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 248,185
  • WpVote
    Votes 13,504
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Syaqil's Faithful Heart by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 24,198
  • WpVote
    Votes 4,177
  • WpPart
    Parts 18
NEXT GENERATION (HEART SERIES 2) Syaqil Akhtar x Tengku Adleena Sofea START: 22/7/2026 END:
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 95,587
  • WpVote
    Votes 4,689
  • WpPart
    Parts 58
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❀️)
MASIH BERHARAP (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 59,524
  • WpVote
    Votes 2,361
  • WpPart
    Parts 52
"Sebelum sayang menutup mata, sayang nak tengok abang mengahwini Ayla." - Jannah Satu permintaan terakhir itu menyebabkan Ayla Ireena bergelar isteri tanpa cinta kepada Redza Amir. Ayla tak mengharapkan cinta selain perlindungan kerana dia hanyalah perempuan sebatang kara setelah pemergian kakak sepupunya, Jannah. Redza pula yakin bahawa tiada sesiapa dapat gantikan arwah Jannah di hatinya. Pelbagai cara Redza lakukan agar Ayla tidak sudi bertahan sebagai isterinya lagi. "Setiap hari, abang nak Ayla masak sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Abang nak Ayla iron baju kemeja ke ladang dan jangan lupa bersihkan halaman. Abang tak nak ada satu pun daun kering atau sampah. Selepas isyak, Ayla kena temankan abang buat kerja di bilik bacaan. Selagi abang tak habis kerja, Ayla tak boleh ke bilik tidur. Sanggup?" - Redza Amir Namun, hati Redza digoncang hebat apabila menyedari Ayla mencintainya dalam diam sejak masih berusia 16 tahun lagi. "Ayla cintakan abang sejak dahulu. Ayla jatuh cinta pada pandang pertama sejak kali pertama abang muncul di mata Ayla. Ayla terus memendam perasaan terhadap abang sampailah Ayla keluar dari rumah anak yatim." - Ayla Ireena Penantian yang panjang membuatkan Ayla lelah. Tidak sanggup berharap lagi, Ayla membawa diri tanpa menyedari bahawa bunga cinta di hati Redza sudah mekar buatnya. "Aku rasa Allah nak aku nampak yang aku tak sepatutnya mengharapkan cinta Abang Redza lagi. Aku terlalu cintakan dia dia sampai aku terlupa yang cinta itu tak mudah terganti. Kak Jannah baru meninggal, aku dah goda suami dia. " - Ayla Ireena Dapatkah Redza membawa Ayla semula ke pangkuannya? Adakah sanggup Ayla menyingkirkan cinta yang telah lama menguasai hati dan melepaskan Redza buat selamanya?
(COMPLETE) RUNWAY KE HATI by asrinzcreation
asrinzcreation
  • WpView
    Reads 285
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 20
Maya, seorang gadis nerd yang anti-sosial dan langsung tidak pandai berdandan, selesa bekerja di sebalik tabir studio permodelan antarabangsa demi mengelak daripada menjadi perhatian. Namun, dunianya yang tenang berubah huru-hara dalam sekelip mata apabila dia dipaksa menjadi pengurus sementara untuk Adrian-seorang supermodel antarabangsa berdarah kacukan yang memiliki rupa paras persis hero drama Turki dan perangai yang suka menyakat. Pertemuan pertama yang mendebarkan di bilik persalinan mencetuskan hubungan 'kucing dan tikus' antara mereka. Adrian yang tertarik dengan kepolosan Maya mula sengaja mencari pasal semata-mata untuk melihat gadis itu tersipu malu, manakala Maya pula sedaya upaya cuba mempertahankan benteng hatinya daripada terus cair dengan pesona Adrian. Di sebalik kilauan lampu glamour dan dunia fesyen yang penuh pancaroba, mampukah si gadis nerd ini menguruskan kerjaya-dan hati-sang model idaman ramai tanpa hilang arah?
Chances by Choices |  Short Story [Completed] πŸ¦‹ by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 33,043
  • WpVote
    Votes 1,964
  • WpPart
    Parts 22
From Pov [Chances] to Short Story ✨ Lima bulan. Itu tempoh yang cukup untuk Eda Athirah membawa diri dan menjauhkan diri dari segalanya. Namun, satu percutian yang dirancang oleh mamanya telah mengubah segalanya. Percutian lima hari empat malam di atas kapal persiaran mewah sepatutnya menjadi ruang untuk dia mencari ketenangan-sehinggalah pintu biliknya terbuka... dan lelaki yang selama ini cuba dia lupakan muncul di hadapannya. 'Sorry sayang. Abang lambat.' Zayn Habib kembali. Dan kali ini, dia takkan biarkan Eda melarikan diri lagi.
Perempuan Simpanan Engku by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 50,572
  • WpVote
    Votes 360
  • WpPart
    Parts 41
Cerita Matang πŸ”ž Dahulu dia Dahlia, gadis suci yang dikhianati dan dibuang ke lembah hina oleh keluarga lelaki yang dicintainya. Kini, dia kembali sebagai Rose-mawar berduri yang membawa racun paling berbisa. Dengan tubuh sebagai senjata dan dendam sebagai nakhoda, Rose menyusup masuk ke dalam pelukan Hayden Luthfi untuk merampas kembali takhta yang sepatutnya menjadi miliknya. Saat rahsia darah yang tumpah mula terbongkar, Hayden terpaksa memilih: Melindungi keluarga yang berhati syaitan, atau tunduk pada godaan maut wanita yang telah dia hancurkan. Di antara ghairah dan air mata, sebuah empayar bakal runtuh, dan seorang permaisuri akan bertakhta di atas sisa-sisa kehancuran. "Mati itu terlalu mudah... Aku mahu kau saksikan neraka di dunia yang kau cipta untuk aku."
Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp] by the_anqisshy
the_anqisshy
  • WpView
    Reads 39,741
  • WpVote
    Votes 981
  • WpPart
    Parts 49
Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.
ILYAS AZRIEL : His Precious Sunshine [OG] by lilia_flowers
lilia_flowers
  • WpView
    Reads 1,122
  • WpVote
    Votes 72
  • WpPart
    Parts 24
Ilyas Azriel Γ— mawar Nuraina [HIATUS FOR THIS STORY ONLY!!]
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 18,883
  • WpVote
    Votes 1,554
  • WpPart
    Parts 37
Rayyan Malik πŸ–€ Ariana Zafira ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :