My Fav List!2
120 stories
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 35,988
  • WpVote
    Votes 3,021
  • WpPart
    Parts 37
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 203,858
  • WpVote
    Votes 11,212
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
HEART TRACK [SLOW UPDATE] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 256
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 3
.✦ ݁˖ 1st sportromance edition .✦ ݁˖ Semua orang tunggu dia berjaya dulu... baru nak percaya. Tapi tidak untuk gadis bernama Elara Sofea. Zafran Harraz. Nama yang tidak pernah disebut sebagai harapan. Nama yang sering dipersoalkan... layakkah dia berdiri di situ? Namun di sebalik semua keraguan, ada satu suara yang tidak pernah berhenti menyokong. Dalam stadium yang hampir kosong, dalam sorakan yang tidak pernah wujud untuknya,gadis itu tetap ada. Satu suara. Satu kepercayaan. Satu hati. "Kau ingat senang aku nak berdiri dekat sini... tanpa siapa-siapa di belakang aku? Masa aku jatuh,tak ada siapa hulur tangan. Masa aku cuba bangkit,semua orang sibuk cakap aku tak layak." -ZAFRAN HARRAZ "Tapi saya percaya awak boleh,Zaf." -ELARA SOFEA Dan tanpa dia sedar... perempuan yang berdiri jauh itu, adalah satu-satunya sebab kenapa dia masih terus berlari dan membuktikan bahawa bakatnya itu bukan lagi bahan jenaka. "Kalau awak menang dan wartawan tanya siapa inspirasi awak,awak akan jawab apa.Zaf?" -ELARA SOFEA "Seorang gadis... yang percaya pada saya masa tak ada siapa percaya." -ZAFRAN HARRAZ Adakah impian seorang pelari sukan itu menjadi realiti? Membawa pulang pingat emas demi negara,atau membawa bakal menantu buat ibu yang menanti? TROPE 🏃🦢🩷 . Athlete + silent supporter . Fluffy romance . Stranger - bestfriend - lover . Soft heroine & Serious Hero [START 10 APRIL 2026]
Cinta Si Perempuan Gila (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 183,644
  • WpVote
    Votes 8,795
  • WpPart
    Parts 60
Perkahwinan Helena dan Umar yang terjalin selama 20 tahun hancur lebur sebaik saja Umar bertemu semula dengan kekasih lamanya iaitu Zara di sebuah majlis reunion universiti. Zara menggoda dan merampas Umar hingga menyebabkan Helena diceraikan. Enam bulan hidup Helena jadi terumbang ambing. Menangis, mengamuk, berkurung, murung bagai si gila sementara Zara bersenang lenang dengan Umar sebagai suami baharu. "Bukan salah aku sorang aje. Kalau kau pandai sangat jaga laki, laki kau takkan cari aku."- ZARA. "Abang minta maaf. Abang pilih Zara." - UMAR Dek kerana dendam yang membara, Helena tekad buat kerja gila. Dia berjanji bahawa Zara dan Umar akan dapat balasan yang setimpal atas pengkhianatan mereka. Oleh itu, dia sanggup menggoda Tan Sri Emran, ayah kepada Zara, yang juga seorang duda kaya kematian isteri. Walaupun jurang usia Tan Sri Emran dengan Helana amat ketara, mereka berkahwin juga. "Meet my new beloved wife and your beloved stepmother, Puan Sri Helena." - TAN SRI EMRAN "Kau rampas suami aku... aku rampas bapak kau. Fair and square, right?" - HELENA Sebab itu mereka sering berkata, jangan main gila dengan perempuan gila. CINTA SI PEREMPUAN GILA
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 4,839
  • WpVote
    Votes 375
  • WpPart
    Parts 4
[3rd romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula.
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 376,666
  • WpVote
    Votes 15,216
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
Cinta Tanpa Syarat by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 57,334
  • WpVote
    Votes 2,755
  • WpPart
    Parts 33
Cinta ini bukan tentang kesempurnaan, tapi tentang menerima kekurangan dan tetap memilih untuk bersama. - "Kahwin dengan I and I beri you masa tiga hari untuk fikirkan. Ni kad I, kalau you setuju call or terus je jumpa I." - Qaseh Raihana. Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. "Ee... dahlah terdesak nak kahwin dengan aku lepastu suka hati dia je komen taste aku." - Habib Muqri. Tempoh yang diberikan hanya seminggu sebelum Raihana disatukan dengan Daniel, lelaki pilihan Dato' Iskandar. "Awak sebenarnya tak cintakan isteri awak, Muqri." - Rania Adelia. Mampukah Muqri galas tanggungjawab rumah tangga yang tiada zahirnya rasa cinta mahupun rasa sayang itu? "Rai... you cintakan suami you?" - Daniel Akhtar. Tewaskah Raihana dalam hubungan rumah tangga mereka itu?
Aydeen's Untold Heart  by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 118,666
  • WpVote
    Votes 13,002
  • WpPart
    Parts 34
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END:
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 280,235
  • WpVote
    Votes 11,582
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.