Harien110
Hilang ingatan cukup membuat pelbagai persoalan muncul di fikiran Efsar. Tambahan pula, tanda tanya mengenai keluarga angkat yang pernah menjaganya dulu. Sampailah dia hadir dalam sebuah keluarga dan bersekolah di sebuah sekolah terkenal, semua ingatan kembali datang satu per satu bila dia bertemu dengan seorang perempuan.
Wafaa Amanda, seorang perempuan berhati dingin dan tiada emosi. Jauh beza nak dibandingkan dengan perempuan lain yang bersikap ceria, keberadaannya juga menjadi misteri. Dengan perangai yang suka memendam dan menyendiri, dia tidak suka berkomunikasi dengan pelajar lain. Tetapi, hadir Efsar dalam hidupnya, mengubah dirinya secara perlahan.
I don't think there is anyone in this world who can change me to better for everyone.
-WAFAA AMANDA-
I see you've started to change since I came here, is that a good sign for us?
-EFSAR-
Mereka mula menjadi rapat sehingga lah satu hari, semua rahsia yang selama ini disorokkan darinya terbongkar.
Why doesn't everyone ever tell me the truth? Why do you need to keep it a secret from me?
-EFSAR-
Apa yang gadis itu buat sehingga Efsar mengingati segalanya secara perlahan? Dapatkah Efsar mengetahui segala cerita tentang gadis itu sebelum ini? Rahsia apa yang mereka sorokkan dari Efsar?
Semuanya akan terjawab apabila tiada lagi rahsia dapat disimpan disebalik kesunyian yang mereka cipta.