wuee 🐅
4 stories
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 462,444
  • WpVote
    Votes 18,977
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 284,397
  • WpVote
    Votes 10,231
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 236,808
  • WpVote
    Votes 18,710
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA
TOUCHLIGHT [𝐂] by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 11,543
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 45
Touchlight not Torchlight. Sejak kehilangan penglihatan, dunia Tasneem terasa semakin sempit. Setiap langkah perlu berhati-hati, setiap keputusan penuh keraguan. Dia tak pernah sangka hidupnya akan berubah sekelip mata. "Saya minta maaf... saya asyik menyusahkan awak." "Tak pernah sekali pun aku anggap kau beban, Tasneem." Bagi Ukail, membantu Tasneem bukan satu tanggungjawab. Ia sesuatu yang dia lakukan dengan rela hati, tanpa mengeluh, tanpa meminta balasan. Dia yang sentiasa ada ketika Tasneem hampir jatuh. Dia yang mengingatkan setiap langkah. Dan dia juga yang perlahan-lahan mengajar Tasneem untuk percaya semula pada dirinya sendiri. "Pelan-pelan Tasneem.... ikut suara aku. Aku ada dekat sini." Namun bagi Tasneem, kehadiran Ukail kadang-kadang terasa seperti hutang yang tak mampu dibayar. Semakin dia bergantung, semakin dia takut satu hari nanti... lelaki itu akan pergi. "Saya cuma takut... satu hari nanti awak penat dengan saya." Kisah dua insan yang dipertemukan dalam keadaan yang tak sempurna. Seorang yang sentiasa memberi tanpa mengira apa yang dia simpan sendiri. Dan seorang lagi yang belajar bangkit, walaupun hatinya penuh luka. Kadang-kadang, orang yang paling kita harapkan... juga orang yang paling kita tak sanggup kehilangan. "Kalau kau jumpa cahaya nanti, jangan cari aku di situ. Aku ada dalam cara kau melihat dunia." 🌠🌠🌠 To my consistent voters... i see you & i appreciate you so much 🫶🏻 [DON'T COPY OR PLAGIARIZE MY WORK 😠]