zaffirah's Senarai Bacaan
23 stories
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 2,227,059
  • WpVote
    Votes 32,418
  • WpPart
    Parts 10
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED] by ishankendric
ishankendric
  • WpView
    Reads 471,467
  • WpVote
    Votes 33,956
  • WpPart
    Parts 56
Storm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau dah buat aku jatuh cinta, ada hati nak line clear"- Theo Collins "Padan muka kau, aku tak suruh pun kau jatuh cinta dengan aku"- Aulia Rose Aulia Rose, seorang gadis yang cantik, comel dan berperwatakan kasar. Mempunyai sejarah silam yang membuatkan dia membenci lelaki. "Aku nak kau tahu something"- Theo Collins "Apa?"- Aulia Rose "Sekali aku jatuh cinta pada kau, hati aku akan tetap cintakan kau"- Theo Collins [#1 action] [#1 manis]
Penggoda Tuan Harraz by naddynatasha
naddynatasha
  • WpView
    Reads 2,192,143
  • WpVote
    Votes 92,649
  • WpPart
    Parts 52
4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 176,823
  • WpVote
    Votes 15,621
  • WpPart
    Parts 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh keluarga nya sendiri kecuali ibu & abangnya. Hadi gembira sangat yang ibu & abangnya masih sayangkan dia. Tapi hidupnya mulai berubah sedikit demi sedikit. walaupun perit dia tetap perlu mengharungi cabaran itu. Kehidupan nya juga tidak semudah yang dia sangkakan, terutamanya pada waktu persekolahan nya. Ramai yang memandang rendah pada nya sehingga dia kerap dibuli. pelbagai perkara & peristiwa yang perit harus dia tempuhi. Daripada kehilangan segalanya kepada mempunyai sesuatu yang berharga. mampukah Hadi mengharungi cabaran itu? apakah yang sebenarnya terjadi sehingga buatkan keluarga nya membenci diri Hadi? ikuti kisah Hadi Haikal, budak bersayap hitam.
Bukan Aku Tak Cinta by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 609,407
  • WpVote
    Votes 17,436
  • WpPart
    Parts 63
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
MERAH DI SEBALIK KABUS[C] by qrrrrrrttt
qrrrrrrttt
  • WpView
    Reads 280
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 22
Enam pelajar universiti Azel, Evan, Amsyar, Khayla, Ameera, dan Lyra dihantar ke sebuah perkampungan terpencil bernama Kampung Seri Angin, yang dikatakan belum pernah dicatat dalam peta moden. Mereka ditugaskan menjalankan kajian kes antropologi mengenai budaya dan kepercayaan masyarakat luar bandar, dan dibimbing oleh seorang gadis kampung bernama Maria, anak kepada ketua kampung. Maria bukan seperti penduduk kampung biasa. Wajahnya jelita, matanya menggoda, dan gerak gerinya membuatkan masa seakan-akan terhenti. Dia sering kelihatan dalam kebaya merah menyala, rambut diikat kemas dan langkahnya sentiasa penuh yakin. Setiap tutur katanya seolah-olah menyembunyikan sesuatu antara ramah dan amaran. Mereka menetap di rumah besar milik Maria yang terletak di hujung kampung, berhampiran dengan hutan yang dikatakan tidak boleh dimasuki selepas waktu Maghrib.
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 201,811
  • WpVote
    Votes 5,067
  • WpPart
    Parts 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.
[ C ] Nafsu Talia Amara by tiyfakhry
tiyfakhry
  • WpView
    Reads 48,855
  • WpVote
    Votes 986
  • WpPart
    Parts 40
Talia Amara, 29 tahun, punya segalanya - wajah cantik, tubuh yang menggoda, kerjaya stabil sebagai IT Executive. Tetapi dalam dirinya, ada satu lubang kosong yang tak pernah terisi: ketamakan dan nafsu yang tak pernah cukup. Ezriel Haidar, suaminya yang juga seorang Manager kafe popular, merupakan lelaki yang penyabar dan setia. Dia mencintai Talia lebih daripada dirinya sendiri, namun kesetiaannya hanya dibalas dengan penghinaan. Bagi Talia, Ezriel terlalu biasa, terlalu kedekut, terlalu membosankan. Apa gunanya cinta, kalau dia tidak dapat hidup mewah dan dilimpahi hadiah mahal? Di pejabat, Talia mula mendekatkan diri dengan Rafael Idris, IT Manager bergaya yang memandu kereta besar dan kaya harta. Rafael pula sudah lama sudah mengidam Talia, dan kini peluang itu terbuka luas. Dalam diam, Talia juga terpaut pada lelaki lain - Arden Zayne, seorang influencer kacak, penuh perhatian, dan... kawan baik Ezriel sendiri. Hari demi hari, Talia hanyut dalam permainan berbahaya. Dia memijak cinta suami, menari antara dua lelaki lain, dan semakin tenggelam dalam ketamakan serta keangkuhan. Namun Talia lupa satu perkara: setiap nafsu ada harga, dan setiap lelaki punya sisi gelap. Cantik itu senjata. Nafsu itu racun.
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,897,986
  • WpVote
    Votes 209,227
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
Jika Kau Yang Memiliki by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 63,384
  • WpVote
    Votes 3,604
  • WpPart
    Parts 53
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 3 Mac 2025 End:-