Sad ending
9 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,208,486
  • WpVote
    Votes 88,610
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,507,004
  • WpVote
    Votes 133,288
  • WpPart
    Parts 74
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 2 "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA. Di sini kisah mereka bermula... "Saya akan bertanggungjawab." - Ian Perkahwinan yang terjadi atas rasa bertanggungjawab, menyatukan dua hati itu meskipun si lelaki sudah beristeri. Dia... Tuan Ian Al-Fattah. Seorang lelaki yang mencintai dua orang wanita di dalam satu masa yang sama. Bukan mudah untuk dia. Dan, bukan mudah untuk dua wanita itu. Disakiti dan tersakiti. Nawal yang tersakiti diduakan di dalam diam dan Luna yang disakiti dengan penyakit yang dihidapi. Alzheimer. Penyakit yang tiada ubatnya. "Jangan pernah lepaskan saya. Sampai saya mati, abang tetap suami saya. Tiada yang lain." - Nawal "A... awak suami saya? B... bila kita berkahwin?" - Luna "Asyhadu Al Lailaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." أَشْهَدُ ألا إله الا الله و أشْهَدُ ان مُحَمدا رَسُوْل الله "Tenang la di sana wahai bidadari-bidadariku." Bukan milik dia. Tetapi milik Allah. Hanya la pinjaman sementara, mengajar erti sebenar 'kesyukuran' kepadanya. start : 27 June 2021 end : 5 December 2021
C| Ramadan by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 10,916
  • WpVote
    Votes 863
  • WpPart
    Parts 16
Kata orang Ramadan tu indah. Kata orang Ramadan itu mulia. Kata orang Ramadan itu sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Tetapi kenapa Ramadan yang ini tidak seperti yang diperkatakan? Bahkan ada yang membencinya setulus hati. Apa kerana dia memang ditakdirkan menderita? Atau kerana ini ujian untuknya berlari di taman syurga? Dan ini kisahnya. Kisah penuh teladan. Kisah Muhammad Ramadan Mula: 23/04/2024 Tamat: 11/05/2024 ❗️Terdapat kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan plot hole
Sugar Love [C] by qeination
qeination
  • WpView
    Reads 404,692
  • WpVote
    Votes 20,398
  • WpPart
    Parts 61
↳ *𝐝𝐨𝐜𝐭𝐨𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐* ༉‧₊˚✧ [Spin-off Magnetic Love] Fadhil | Afia Selepas lima tahun menetap di New Zealand, akhirnya Afia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu harapan. Iaitu kebahagiaan. Hatinya pernah terluka tatkala lelaki yang dicintainya, Fadhil sudah menikahi wanita pilihan hatinya. Sekali gus menjadi punca dia membawa diri ke luar negara. Satu eksiden telah temukan dia dengan Fadhil yang kini sudah mempunyai seorang anak lelaki. "Eh, Afia... dah lama tak jumpa." - MUHAMMAD FADHIL Jantung asyik berdegup laju setiap kali bersua dengan lelaki itu. Perasaan seolah-olah berputik kembali. Semakin dia menidakkan, semakin kuat perasaan cintanya terhadap Fadhil. Afia sendiri buntu. Perkahwinan tanpa cinta itu buatkan Afia tidak pernah mengalah. Hati beku Fadhil sedaya upaya dicairkan. Malah, siapa sangka dalam diam Fadhil menyimpan seribu satu rahsia daripada Afia selama ketiadaan gadis itu di Malaysia. "apa reaksi kau kalau kau jumpa orang yang lepaskan tanggungjawab dia macam tu aje?" - MUHAMMAD FADHIL "Mungkin... saya akan kecewa..." - AFIA MAISARAH Hari demi hari Fadhil memikirkan penerimaan Afia tentang kisah silamnya. Nasibnya apatah lagi... tak lelah dia memikirkan. Kerana... semuanya berubah selepas kematian arwah isterinya. Dia hampir mengalah, namun dipaksa untuk terus berjuang. Banner : @tsweetesrain- Start : 4 December 2022 End : 8 June 2023
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,311,571
  • WpVote
    Votes 101,009
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
+10 more
QALBU RAMADHAN - C by Leykaa_
Leykaa_
  • WpView
    Reads 23,951
  • WpVote
    Votes 1,448
  • WpPart
    Parts 44
'Cinta kita terbina atas cinta-Nya' Ramadhan Hauzan, lulusan terbaik Mesir yang tampan dan dikejar para gadis. Dia tidak yakin pada istilah pernikahan di usia muda, namun dia juga yang menyatakan hasrat untuk berumah tangga. Semuanya kerana seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dengan segala kekurangan yang terzahir pada pandangan mata. Gadis itu, Qalbu Nur. Baginya masih jauh perjalanannya sebagai seorang gadis yang mendambakan kejayaan di dunia. Namun perancangan Allah itu indah dikala Dia menghadirkan seorang jejaka dalam hidup gadis itu sebagai bahasa rindu-Nya. "Sudikah awak menjadi serikandi mahligai syurga buat saya, Qalbu?" - Ramadhan Hauzan. "Boleh... tapi dengan satu syarat. Saya nak kita kahwin sebelum bulan Ramadhan." - Qalbu Nur. Ikatan tanpa paksaan, penuh dengan kerelaan dua hati yang menyatu. Namun tetap saja niat suci itu diuji tatkala hubungan mereka diungkap tidak sepadan, pasangan yang tidak sempurna. Saat wanita pemilik hatinya dihina dan direndahkan maruahnya, di situ Ramadhan berdiri teguh mempertahankan sekeping hati agar tidak terus dilukai. "Saya dah gagal kejar cita-cita saya... Saya dah gagal banggakan mama dengan abah... Saya tak nak gagal sebagai seorang isteri juga..." -Qalbu Nur "Qalbu, pandang abang. Awak tak pernah gagal, sayang. Tak pernah walau sekali. Sayang isteri terbaik abang selamanya selagi dengan izin Allah," -Ramadhan Hauzan Setiap yang bercinta itu punya hati. Dan bila hati telah tawar dari rasa, bagaikan pena kehausan tinta. "Ya Allah... berdosakah diri ini andai aku ingin dilepaskan dari dirinya. Biarkan aku terbang bebas selayaknya yang pernah aku dambakan." - Qalbu Nur Sejauh mana erti setia mampu teguh buat si cahaya hati? Perkahwinan tanpa cinta, benarkah ia mampu bahagia hingga hujung usia? Atau mungkin berganti hati, ternoktah kisah di dunia?
THE ONE [C] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 692,400
  • WpVote
    Votes 31,337
  • WpPart
    Parts 63
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Kena baca Eternity Love dulu baru faham jalan cerita ni nanti 😘 •Macam biasa, jangan letak expectation tinggi sebab plot cerita ni cliche sangat 🤭 Dari cinta monyet bertukar jadi cinta pertama. Dia percaya kalau cinta monyetnya itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuknya. Siapa sangka mereka akan bertemu kembali. Adelia mula menunaikan janjinya. " Hai Kekanda, miss me? " - Tengku Adelia Hannani Adelia mula merangka rancangan untuk mengikat kekanda yang dia tunggu selama ini. "Wa lā taqrabuz-zinā innahụ kāna fāḥisyah, wa sā'a sabīlā " - Nazeem Zulfaqar Tersentap? Tidak! Adelia, semakin dilarang semakin mendekat. Baginya, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Begitu juga dengan hati kekandanya itu. " Jangan tolak sangat kekanda, takut tersungkur ke hati adinda " - Tengku Adelia Hannani " Ni baju umur 5 tahun ke? Sendat macam nangka busuk. Sakit mata aku tengok. Badan tu kalau cantik nak tayang, tak apa juga " - Nazeem Zulfaqar Sakit mata? Tak ada masalah. Adelia boleh mengubah penampilannya demi kekandanya. " Cantik tak adinda? Elok tertutup dengan telekung ni. Memang confirm tak nampak apa dah. Semua dah tertutup demi kekanda " - Tengku Adelia Hannani Wanita itu, ada saja cara untuk counter balik sehingga Nazeem mati akal. Mampukah Nazeem pertahankan tembok yang dibina untuk menolak Adelia yang agresif mengejarnya itu?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,571,597
  • WpVote
    Votes 257,538
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Rumah Terakhir ✔️ by EvyanaKim
EvyanaKim
  • WpView
    Reads 218,546
  • WpVote
    Votes 16,331
  • WpPart
    Parts 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima orang baru dalam hidupnya. Dia fikir tindakannya itu akan membuatkan Izzar Naresh akan putus asa dan pergi tapi tidak! Lelaki itu tidak putus asa, malah sedaya upaya untuk tetap hadir dalam kehidupan Hifza Yelda. "Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" "Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." Sikap tidak putus asa Izzar Naresh akhirnya membuatkan dia semakin lama semakin rapat dengan Hifza Yelda, bahkan semakin lama dia kenal gadis itu. Dia melihat sisi gelap yang disembunyikan oleh gadis itu. Apa yang berlaku dengan kehidupan Hifza Yelda membuatkan dia tidak mahu menerima orang baru dalam kehidupannya? Apakah Izzar Naresh diberi peluang merebut hati gadis itu agar mencintai dirinya? Baca Rumah Terakhir, cerita yang diisi dengan Puisi dan Depresi. Start - 1 November 2021 End - 28 November 2021 Edit : 14 March 2022