Saya
4 stories
FARAWAY SUNSHINE (TERBIT) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 1,304
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
🌞Karya ini bakal diterbitkan di PBAKL 2025 Blurb: Dahlia Danisha dan Umar Luqman telah dijodohkan sejak kecil oleh keluarga masing-masing atas dasar persahabatan, mahu menyambung tali persaudaraan antara dua keluarga. "Dah tak ada perempuan lain kau nak jadikan isteri? Ke kau memang tak pernah bercinta, yelah hari-hari menghadap lembu, mesti tak ada masa dengan diri sendiri." -Dahlia Danisha "Baiklah, kau nak tahu sangat kan? Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak harta arwah Tok Ayah. Kalau aku nak jadi pewaris tunggal, aku kena tunaikan wasiat dia. Kita kena bersatu sebagai suami isteri!" - Umar Luqman Tidak mempunyai pilihan, kedua-duanya bersatu juga sebagai suami dan isteri. Umar tersepit antara wasiat manakala Dahlia mahu membuktikan dirinya bukan anak manja kepada Tan Sri Ghazali. Dahlia mengalami waktu yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung, bekerja di kandang lembu serta kebun sayur. Dahlia jauh daripada kemewahan yang dia rasakan sejak kecil. "Umar! Kenapa buruk sangat rumah ni! Macam nak runtuh aku tengok! Aku tak nak tinggal di sini. Aku nak duduk dengan umi, abah." -Dahlia Danisha "Ayah kau pesan kepada aku yang dia nak aku ajar kau berdikari. Jika kau buat masalah, bila-bila masa aku boleh mengadu kepada dia. Takkan hari pertama kau di kampung, kau dah nak buat perangai?" - Umar Luqman Rumah tangga mereka dihentam bertalu-talu. Status Dahlia sebagai isteri kepada Umar tidak pernah direstui oleh nenek Umar, Puan Bainun kerana wanita itu mempunyai calon lain yang dikatakan lebih baik. Umar pula bukan penternak kampung yang biasa. Lelaki itu ada bisanya sendiri sehingga ramai musuh yang cuba untuk menjatuhkannya. Mampukah Umar Dan Dahlia mempertahankan rumah tangga mereka? Dapatkah Umar merubah Dahlia yang tak boleh hidup tanpa kemewahan kepada seorang isteri lelaki kampung yang tidak memandang nilai mata wang. Dahlia pula, adakah ada cinta untuk Umar, yang dibenci sejak pertemuan pertama lagi. Bolehkah benci menjadi cinta?
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 217,550
  • WpVote
    Votes 10,267
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 221,095
  • WpVote
    Votes 11,591
  • WpPart
    Parts 48
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangam tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 159,372
  • WpVote
    Votes 8,720
  • WpPart
    Parts 56
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :