Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
dilaila27's Senarai Bacaan
90 stories
His Angel: Kayra Humayra by thearlynn
thearlynn
  • WpView
    Reads 163
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 4
Kayra Humayra, seorang gadis yang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Psikologi dan Tingkah Laku Manusia (Human Psychology and Behaviour). Sejak kecil, dirinya sering diuji dengan pelbagai dugaan yang akhirnya mematangkan dirinya melebihi usia sebenar. Namun, pada tahun terakhir pengajiannya, kehadiran seorang pensyarah muda yang mengajarnya sering membuatkan Kayra tertanya-tanya tentang tempatnya dalam hidup jejaka itu. Adry Zyqry, seorang jejaka rupawan yang murah dengan senyuman, telah menjadi pensyarah pada usia 28 tahun-sesuatu yang membuatkan ramai gadis dan wanita meminatinya. Senyuman manisnya tidak pernah lekang dari bibir, menjadikan lebih ramai pelajar, terutamanya pelajar wanita, jatuh hati kepadanya. Namun begitu, dalam prinsip hidup Adry Zyqry, dia masih mencari seorang gadis yang benar-benar ikhlas mencintainya, bukan kerana rupa mahupun kedudukannya. Kehadiran Kayra Humayra dalam hidup Adry Zyqry telah mengubah segalanya. Adry tertarik dengan sikap Kayra yang acuh tak acuh dalam bersosial, membuatkan keinginannya untuk mendekati gadis itu semakin membuak-buak. Namun, setelah mengenali diri Kayra yang sebenar, timbul satu perasaan dalam diri Adry untuk melindungi gadis itu. Tetapi, mampukah segalanya kekal baik setelah Adry mengetahui kisah hitam yang tersimpan dalam hidup Kayra?
CHANTEQ AESHLYN: BOUND BEYOND YOU (OG) by mrs_nsa
mrs_nsa
  • WpView
    Reads 1,716
  • WpVote
    Votes 115
  • WpPart
    Parts 35
Pertemuan mereka bermula dengan cabaran tetapi berakhir dengan perasaan yang tak mampu diungkapkan. Engku Chanteq Aeshlyn Khan seorang wanita berdikari dan penuh prinsip tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah saat bertemu Caiden Althaf lelaki yang datang dengan niat tersembunyi. Apa yang bermula sebagai permainan berubah menjadi cinta sebenar. Namun cinta itu tidak datang tanpa luka. Ujian demi ujian... kesakitan demi kesakitan... mengubah segalanya. Masih adakah peluang kedua untuk cinta mereka? Atau adakah takdir telah memilih jalan yang tidak boleh berpatah balik?
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 22,590
  • WpVote
    Votes 2,062
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
Extra I love hate you! by terishost
terishost
  • WpView
    Reads 433
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 10
MIRSYAD ADHA x NAWWAR ZULAYKHA "Extra hate. Extra love." "Kau sehari tak kacau hidup aku memang tak sah, ya?" - Mirsyad "One day, kalau kita dah tak kacau kau lagi, kau rindu tak?" - Nawwar "Huh... orang gila saja rindu dengan perangai kau." - Mirsyad "Mirsyad... apa kau buat kat sini?" - Nawwar Start: 01. 12. 2025 End: ?
𝐇𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 : 🅞︎🅖︎ by CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Reads 4,196
  • WpVote
    Votes 388
  • WpPart
    Parts 12
Raja Iris Harleen, seorang gadis yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mama dan papanya. Hidupnya seperti ditatang bagai minyak yang penuh. Seumur hidupnya, tiada satu saat pun dia hidup susah. Ahli keluarga Raja Iris boleh tahan terkenal. Mama dan papanya seorang dato' dan datin manakala abang sulungnya seorang polis dan abang keduanya bekerja di syarikat sendiri dan seorang model. Sepupu-sepupunya ada juga yang menjadi artis. Dan Raja Iris? Dia seorang penyampai berita. Hidupnya hanya tentang kerja sahaja. Tetapi siapa sangka, seorang gadis yang tidak pernah berfikir untuk bercinta akhirnya menyukai seorang lelaki. Dia terjatuh cinta kepada seorang doktor. Selepas sahaja mereka bertunang, pelbagai ujian yang datang kepada Raja Iris dan yang paling teruk, tunangnya kantoi curang dengan sepupu dia sendiri. Hampir sebulan Raja Iris mengasingkan diri daripada keluarganya sehinggalah dia menghadiri sebuah majlis dan disitulah dia bertemu dengan anak saudara pembantu rumahnya. Lelaki itu seorang pensyarah di universiti sepupunya. Pintu hati yang sudah lama tertutup, kini kembali terbuka. Raja Iris sedar bahawa dia sudah terjatuh cinta kepada lelaki itu. Dan misinya adalah untuk memikat lelaki itu. "Saya suka awak!" -Raja Iris Harleen "Aku tak suka kau." -Eiden Qalish Mampukah Raja Iris bertahan? Adakah cinta Raja Iris hanya bertepuk sebelah tangan?
HER  HOME : TENGKU RAQIEF KHAN by yngjwnmine
yngjwnmine
  • WpView
    Reads 586
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 10
**PROLOG** " berapa kalj saya nak cakap duit yang awak bagi tu tak cukup untuk sara hidup kita " seorang wanita bercakap " saya kerja siang,petang,malam.Awak pulak goyang kaki tak jaga nabila .Susu saya beli pampers saya beli beras pun saya beli tau!" balas seorang lelaki.Irein Nabila seorang kanak- kanak yang hidup dalam kesusahan berbeza dengan Tengku Raqief Khan yang hidup dalam kebahagian,kekayaan dan pangkat yang tinggi my first write please dont judge
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,703,116
  • WpVote
    Votes 61,714
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 555,185
  • WpVote
    Votes 28,045
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 15,574
  • WpVote
    Votes 402
  • WpPart
    Parts 3
[4th romance] Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?