TR
16 stories
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 42,850
  • WpVote
    Votes 5,824
  • WpPart
    Parts 61
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
LunaNoah : BETWEEN LOVE AND SIN by BiesChapter
BiesChapter
  • WpView
    Reads 715
  • WpVote
    Votes 73
  • WpPart
    Parts 4
"Kerana setiap penyerahan, ada dosa yang mengikat." PERTEMUAN pertama mereka bukanlah sebuah takdir yang indah. Bagi Naura Aluna, mengenali Tengku Arsh Noah adalah satu kesilapan terbesar dalam hidupnya. NAURA ALUNA - Dia hanya seorang gadis biasa yang mendambakan ketenangan. Namun, sekelip mata hidupnya berubah menjadi neraka apabila dia terperangkap dalam sangkar bersama seorang lelaki yang tersangat dingin dan kejam. Setiap hari yang dilalui hanyalah tentang air mata, rahsia, dan maruah dirinya yang dipijak-pijak. TENGKU ARSH NOAH - CEO Ariston Group yang terkenal dengan gelaran 'pewaris sulung'. Angkuh, memiliki ego setinggi langit. Baginya, Aluna hanyalah sebahagian daripada permainannya. Dihempas keangkuhan seorang 'pewaris' yang serba kejam, Aluna diseret ke dalam sangkar perkahwinan yang dipenuhi paksaan dan air mata. Noah melayaninya tak ubah seperti seorang hamba yang layak dihukum bila-bila masa sahaja. Namun, saat ego setinggi langit Noah mula runtuh pada kelembutan Aluna, rasa itu buat Noah hampir gila. Dan musuh di dalam selimut pula mula bertindak. Maruah Aluna dicalit arang. Bila sedar cinta itu wujud, mampukah meruntuhkan sebuah keangkuhan yang di mulai dengan dosa? Dan apabila penyesalan itu datang, adakah masih ada ruang untuk sebuah cinta yang diredhai?
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 112,299
  • WpVote
    Votes 6,846
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
CHRISTY DHIANOVVA  by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 13,559
  • WpVote
    Votes 661
  • WpPart
    Parts 9
Eva Qristina nama secantik tuan badanya. Kulitnya putih, berambut blonde dan memiliki senyuman nipis. Terlahir sebagai anak ahli koprat tersohor di tanah air. Lagi tiga bulan dirinya akan menamatkan pengajiannya di Eropah. Perasaan gembira hancur apabila keluarganya disahkan muflis. "It's been almost 5 months since your family paid for tuition. You have to remember that in 3 months the final exam will start. If you pay the exam fee late, you will be banned from taking the exam"~~ PROF ERIQUE Sungguh dia terdesak sekarang ini, yuran yang sudah tertonggak hampir 5 bulan semakin menguburkan cita cita nya untuk menjadi pereka fesyen tersohor. "Kau pernah dengar Surrogate Mother?~JANE. ~Aku ada dengar yang kawan aku tengah cari orang yang sanggup tumpangkan rahim nya untuk melahirkan seorang Baby. 50 000 dollar kalau kau sanggup untuk lakukannya~ Demi menamatkan pengajiannya yang selama 4 tahun, Eva Qristina sanggup untuk menjadi ibu tumpang. CRISTOPEH DESEAN lelaki kacukan England Malay mempuyai segalanya, wang, harta, kerjaya semua dia miliki selaku pemilik hotel yang tersohor. Tetapi Dia merasakan jiwanya kosong. "Do you realize what you're saying? Hire a girl to take care of your child ?. Then after giving birth, did you will leave the girl behind ?. What kind of person are you? You used her then you threw her away."~ ROBERT. When did I say that I want to use her? I just asked her to have my child. There's no time for me to have sex with her. This call IVF, Robert. The doctor just injected my sperm into her womb".~DESEAN. 4 TAHUN KEMUDIAN. Eva menjejak kembali kakinya di bumi Eropah sebagai pereka Fesyen terkenal. Kedatangannya hanya untuk mencari dan merampas kembali anak yang pernah menumpang di rahimnya. "Saya nak anak saya balik, berapa pun saya sanggup untuk bayar" ~ Eva.
RETURN OF THE QUEEN by elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    Reads 417
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 5
RETURN OF THE QUEEN Enam tahun lalu, Ayyara Claire dan Deniz Altair pernah berkahwin secara rahsia ketika belajar di London. Namun sebuah tragedi memisahkan mereka, meninggalkan luka dan kebencian yang tidak pernah sembuh. Kini, takdir menemukan mereka semula dalam dunia korporat sebagai dua CEO berpengaruh. Deniz kembali dengan dendam dan hati yang masih terluka, manakala Ayyara pula menyimpan terlalu banyak rahsia yang tidak boleh diketahui lelaki itu. Semakin mereka cuba membenci satu sama lain, semakin kuat perasaan lama kembali menghantui. Kerana ada cinta yang tak pernah benar-benar berakhir.
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 355,456
  • WpVote
    Votes 28,711
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 536,522
  • WpVote
    Votes 32,320
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Whispered Love by amorealyn
amorealyn
  • WpView
    Reads 126,560
  • WpVote
    Votes 5,822
  • WpPart
    Parts 44
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Bukan kerana cinta, tapi kerana nama. Tapi dalam diam, perasaan mula berbisik. "Loving you was never the plan but losing you was never an option either." - Evan Hernandez Richard "You were the silence I waited to hear from, and the noise I couldn't escape." - Evangeline Aurora Sinclair In the quiet between lies and longing, love whispered loudest.They didn't need the words.Because every kiss, every lingering hug, every choice was whispered love. Start : 14 July 2025 Status : ongoing Language : English, Bahasa Melayu and Bahasa Indonesia amorealyn's first ever debut wattpad story ♡