nulxjzy24's Reading List
6 stories
MANJA LEILA : HIS HOME by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 97,844
  • WpVote
    Votes 7,537
  • WpPart
    Parts 27
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE PUBLISH DATE : 1/9/2025 - ??? ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya.
Psycho Crush [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 248,713
  • WpVote
    Votes 6,981
  • WpPart
    Parts 32
SYED FARHAN SHAH adalah seorang cikgu praktikal yang mengajar subjek ENGLISH dalam tempoh 4 bulan. Memandangkan dia harus menggantikan guru ENGLISH tetap sementara waktu. Akan tetapi, siapa sangka wajah kacak, putih gebu, tinggi lampai sebegitu ada sifat yang tersembunyi. Identiti sebenar disorok sehingga orang sekeliling menganggap dia adalah orang biasa yang tidak mempunyai apa apa misteri dalam dirinya. PUTRI ARIANA SUFIYYAH adalah seorang pelajar tingkatan 5 yang kurang pandai dalam subjek ENGLISH. Namun, dia juga berusaha untuk pandai dalam subjek tersebut. Siang malam dia mengulang kaji agar nanti dia dapat gred CEMERLANG dalam SPMnya nanti. Di samping itu, dia adalah seorang gadis yang baik, ceria dan suka menolong guru. Dia juga tidak ramai kawan, hanya seorang sahaja kawannya iaitu lelaki bernama MOHAMMAD YUNUS. Selain itu, dia juga anak yatim piatu dan sekarang dia hanya tinggal bersama nenek dan atoknya sahaja. Dia juga merupakan anak tunggal. Namun begitu, sejak SYED FARHAN SHAH bertembung mata dengan PUTRI ARIANA SUFIYYAH, dada SYED FARHAN SHAH bagaikan berdegup laju. Wajah mulus PUTRI ARIANA SUFIYYAH cukup membuatkan dirinya tidak tentu arah. "Sir, kenapa sir buat saya macam ni? Apa salah saya sir?" - PUTRI ARIANA SUFIYYAH "Kau tak salah apa apa cuma aku nak kau jadi milik aku." - SYED FARHAN SHAH -------- "Jangan buat kerja gila lah, Farhan!" - PUTRI ARIANA SUFIYYAH "ARGH! PEDULI APA AKU?! Ini saja jalan untuk aku dapatkan kau, ARIANA!" - SYED FARHAN SHAH -------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️MAAF JIKA ADA TYPO DAN KESALAHAN TATABAHASA. ⚠️NAK SERIUS? MAAF, CERITA INI BUKAN PILIHAN TERBAIK.
ALYA HUMAIRA [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 210,285
  • WpVote
    Votes 5,406
  • WpPart
    Parts 35
Siapa sangka gadis cantik molek bernama ALYA HUMAIRA dicurangi oleh tunangnya sendiri. Akan tetapi tunangnya itu tidak mahu melepaskan ALYA HUMAIRA, dia masih lagi sayang kepada ALYA HUMAIRA meskipun dia telah menghancurkan hati gadis itu. Serentak dengan itu, keluarga ALYA HUMAIRA terpaksa pindah ke rumah lamanya atas kerana DATO FARUK mengajak ayah ALYA HUMAIRA iaitu TUAN KAMIL terjebak dengan kerja haramnya. Dengan itu, segala rumah kecuali kereta diambil oleh DATO' FARUK semula. Beberapa hari kemudian, ALYA HUMAIRA membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan disana. Tetapi dia beruntung apabila ditakdirkan kawan yang baik iaitu MASYA QALISYA. Kebetulan tempat MASYA QALISYA ada tempat kerja kosong jadi dengan itu dia menyuruh gadis itu interview ke syarikat yang paling mewah di Kuala Lumpur itu. Secara tidak langsung jejaka pemilik syarikat iaitu TENGKU FYRAS FAIQ sudah mula jatuh cinta kepada ALYA HUMAIRA secara tiba tiba. "I started falling in love with you, Alya" - TENGKU FYRAS FAIQ "Err.. sa..saya.. bukan tak nak terima.. ta..tapi.. saya dah trauma dengan kejadian sebelum ni jadi dekat saya" - ALYA HUMAIRA "Tolong terima saya, Alya. Saya janji saya akan khawini awak.. kita halalkan hubungan kita.. saya tahu awak tak selesa bila saya buat macam ni dekat awak" - TENGKU FYRAS FAIQ "Ye. Sa..saya terima" - ALYA HUMAIRA ------------ "Aku akan daptkan Fyras balik walaubagimana cara sekali pun" - ELYRA SYAFIKA "Aku takkan lepaskan kau macam tu je, Alya. Kau tak boleh putuskan pertunangan antara kau dengan aku macam tu je" - RAFIQ AQASHAH ----------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI HANYA LA REKAAN SEMATA MATA. ⚠️DONT BE SERIOUS SERIOUS OKAY? ⚠️MAAF KALAU ADA KESALAHAN TATABAHASA DAN TYPO. KALAU ADA HARAP FAHAM, KALAU TAK, KOMEN JE. ____________________________________________
Bukan Cinta Pertama [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 68,420
  • WpVote
    Votes 2,272
  • WpPart
    Parts 25
Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsung, ibu Qaseh mengawini anak kawannya iaitu ARIEL ASYRAF dengan anaknya untuk menghilangkan rasa kemurungan pada diri Qaseh. Qaseh terpaksa menerima kerana kesian melihat ibunya bersungguh-sungguh untuk membuatnya tersenyum kembali. Adakah selepas berkahwin dengan lelaki yang Bukan Cinta Pertama akan sama seperti Cinta Pertama Qaseh Qaisarah? "Saya tak kisah kalau saya Bukan Cinta Pertama awak .. tapi boleh tak kalau saya jadi orang pertama di hati awak, Qaseh Qaisarah?" - ARIEL ASYRAF "Walaupun awak Bukan Cinta Pertama saya.. tapi saya akan jadikan awak cinta terakhir buat saya, Ariel Asyraf" - QASEH QAISARAH "Kau jangan berharap yang Ariel akan sayang kau macam mana dia sayang dekat aku dulu la, Qaseh Qaisarah"- EMYLIA ZAHRA --------------------------- KARYA PERTAMA 2023. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA ⚠️MAAF KALAU ADA TYPO DAN KESALAHAN TATABAHASA. HARAP FAHAM DAN ABAIKAN. KALAU TAK FAHAM KOMEN. --------------------------- Start : 17 Februari 2023. End : 15 March 2023
THE REVENGE BEGINS [OG] by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 310,563
  • WpVote
    Votes 12,768
  • WpPart
    Parts 68
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 470,281
  • WpVote
    Votes 25,206
  • WpPart
    Parts 62
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025