Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
novel islamik
11 stories
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 935,372
  • WpVote
    Votes 39,773
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
The Quiet Solace by ElvoriaBelle
ElvoriaBelle
  • WpView
    Reads 25
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
Delisha Amirra membesar sebatang kara di Rumah Bakti, tempat yang menjadi keluarganya sejak kecil. Kini, setiap kali cuti semester, dia dan sahabat yang paling setia , Rania Helena akan pulang ke sana - membantu Bonda Hayati, menemani anak-anak kecil, dan menghabiskan masa lapang mereka di sana.Hidupnya sederhana, tenang... dan penuh sunyi yang dia simpan sendirian. Fayyadh Firdaus pula datang sebagai sukarelawan baru bersama rakannya , Mikail Syahmi. Lelaki tenang yang kelihatan sempurna dari luar, tetapi menyembunyikan kesunyian yang tidak pernah dia akui. Pertemuan pertama mereka - hanya kerana sebuah kotak hampir terjatuh - menjadi titik kecil yang menukar arah hidup kedua-duanya. Dari renungan yang tidak sepatutnya membawa apa-apa, tumbuh rasa yang perlahan-lahan meruntuhkan tembok hati mereka. Namun semakin hubungan mereka mekar, semakin kuat dunia menguji: cemburu yang muncul tanpa dijangka, trauma lama yang menghantui, rahsia yang terbongkar, dan ketakutan kehilangan yang membuat mereka saling menjauh. Di tengah segala kekacauan itu, satu persoalan tidak pernah hilang: Adakah cinta yang bermula dengan begitu sederhana... mampu menyembuhkan dua hati yang pernah hancur? Inilah kisah tentang dua jiwa sunyi yang tidak pernah mencari cinta - tetapi akhirnya menemui rumah mereka dalam diri satu sama lain.
𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 173,730
  • WpVote
    Votes 6,482
  • WpPart
    Parts 46
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1 (UNEDITED) by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 2,370,890
  • WpVote
    Votes 114,129
  • WpPart
    Parts 73
Hidup yang dipenuhi dengan kerja. Tiada masa untuk bercinta mahupun berkenalan. "Saya ada buat salah ke dekat awak? Macam tak de je" - sindir Yusuf Numair dengan wajah berlagak. Pertemuan yang dipenuhi dengan perbalahan. "Pandai-pandai la bertanggungjawab. Dah buat orang sakit hati, pandai pula larikan diri" balas Umay Alisa. Dua hati yang cukup tegang namun bakal dilembutkan. Kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ragam. "Abang sayangkan Umay sampai nafas abang terhenti. Maafkan abang, Umay" Leftenan Yusuf Numair sanggup mengundur dirinya demi menjaga hati seorang perempuan iaitu Dr. Umay Alisa. "Start : 27 Februari 2023" "End : 1 May 2023 [Story Ke-8]
Humaira by Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 4,211
  • WpVote
    Votes 210
  • WpPart
    Parts 23
HAURA X HAROQS Dia tidak datang dengan kecantikan, tapi dengan ketenangan yang membuat setiap mata tunduk dan setiap hati ingin berubah. Dalam diamnya ada doa, dalam langkahnya ada makna. Dia adalah wanita yang dicintai Allah dan sesiapa yang ingin menemuinya, harus jatuh cinta kepada Allah terlebih dahulu.Namun, mampukah seorang lelaki yang baru belajar tentang cinta sejati itu bertahan, ketika perasaan dan keimanan diuji pada masa yang sama? Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bersamanya, tapi cukup aku mengenalnya bahawa mencintainya adalah satu hal terindah yang pernah aku lalui. ~ Haroqs Adhwa. Aku tidak ingin memilikinya, aku hanya ingin sejalan dalam doa yang sama. ~ Haura Humaira
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 10,396
  • WpVote
    Votes 2,194
  • WpPart
    Parts 16
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,037,218
  • WpVote
    Votes 287,502
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 83,417
  • WpVote
    Votes 3,764
  • WpPart
    Parts 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
RAZIA [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 867,274
  • WpVote
    Votes 6,972
  • WpPart
    Parts 11
[COMPLETE] REVAMP VERSION : 18 JAN 2025
PEMILIK HATI MR. MAFIA (OG - SU)  by nrlaniesah
nrlaniesah
  • WpView
    Reads 115,317
  • WpVote
    Votes 5,683
  • WpPart
    Parts 31
Dua personaliti yang berbeza... Dua dunia yang ditakuti ramai... Jejaka yang digilai ramai gadis di luar sana, rupa parasnya yang mampu membuatkan si gadis terpesona melihatnya... tapi mereka tidak tahu bahawa jejaka itu ada sisi gelapnya..... Mata yang sentiasa mengocakkan iman si gadis, matanya yang unik yang mampu mengaburi segala kekejaman yang tidak dapat dihidu mahupun dilihat... Dia adalah Kashaf Adamie Ryand, ketua mafia terkenal di dunia. Gadis yang elok bicaranya, sopan santun tidak dapat dipisahkan dengan dirinya... Budi pekerti yang sentiasa di sukai ramai, ilmu agama di dadanya tidak pernah terluak, sentiasa kekal di dalam hati dan ingatannya. Gadis muslimah yang sangat ayu bersama purdahnya,yang mampu mengetarkan hati anak adam yang melihatnya , keningnya yang terukir indah dan sepasang mata yg sangat cantik yang tidak mampu membuatkan orang percaya bahawa dia adalah seorang mafia yang ditakuti ramai... Gayanya yang sangat elok dipandang tidak dapat membuktikan bahawa dia adalah seorang mafia? Dia adalah Mikaeyla Humairah gadis pujaan si hati jejaka. konflik yang terjadi membuatkan mereka terpaksa masuk ke dalam dunia yang bahaya ini... Tapi apakah yang akan terjadi apabila mr mafia yang paling kejam bertemu dengan mrs mafia yang ditakuti ramai? Semuanya di Pemilik Hati Mr. Mafia Beautiful cover design from ace galeri 🌹 Information / warning *dalam novel akan ada perkatan perkatan yang tidak baik akan dituturkan jadi sebelum itu saya memohon maaf dahulu🙆 #romance #action #islamik This is my first novel so i hope you guyss enjoy to read my novel okey! salam perkenalan -nrlaniesah-