𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐥
10 stories
EMERALD (BUKAN YANG DIPINTA)  | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 644
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 16
[TERBIT] 5th story EMERALD - BUKAN YANG DIPINTA by hasyagrizelle Tentang cinta yang hadir tanpa diduga, kehilangan yang melukakan, dan rahsia yang mengubah segalanya. Seroja tak pernah menyangka pernikahannya dengan Zubair akan mengubah hidupnya sepenuhnya. Dalam masa enam bulan, cinta mereka bertaut kukuh, tetapi takdir tidak memberi ruang yang cukup untuk bahagia. Segalanya hancur apabila kemalangan tragis berlaku. Zubair hilang separuh jiwanya, meratapi kehilangan Seroja. Bertahun-tahun kemudian, sebuah rahsia yang disembunyikan rapi akhirnya terungkap. Kehilangan Seroja rupanya bukan takdir seperti yang disangka. "Kalau Allah dah tetapkan awak untuk saya, mana mungkin saya tak akan terima kekurangan awak, kan?" - Zubair Amzar Rahsia demi rahsia muncul, menguji cinta mereka yang pernah hilang. Mampukah Zubair dan Seroja melupakan luka lama untuk membina kebahagiaan semula? "Dan abanglah taman Seroja. Kerana di mana lagi tempat ternyaman buat si bunga jika bukan di taman yang sudah dianggap rumah buatnya?" - Seroja Hamelin Akankah Zubair dan Seroja menemukan kebahagiaan yang hilang? Terkadang, takdir terbaik datang tanpa kita pinta.
The King's Romance [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 883,103
  • WpVote
    Votes 26,572
  • WpPart
    Parts 37
Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat diraja yang tidak suka menyantuni rakyat dan lebih selesa hidup dalam dunia sendiri. Adriel juga dikenali dengan sikap dingin dan sombong yang menyebabkan dia sukar didampingi. Sesiapa yang cuba untuk mendekatinya, pasti makian yang akan diberi. Dia rimas dengan perhatian yang melampau terutamanya dari para gadis! Alara Sophia pula merupakan seorang selebriti terkenal yang berjaya menerpa nama bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Kecantikan dan bakat yang dimiliki Alara membuatkan dia dikelilingi dengan peminat fanatik. Pantang bertemu Alara, pasti semua akan menjerit gembira melihat Alara di depan mata! Tapi, tidak bagi Adriel. Insiden pertama yang berlaku antara dia dan Alara telah membuat hatinya bergelodak marah apabila Alara berani menghalau dirinya. Belum pernah ada rakyat yang bersikap kurang ajar seperti Alara. Wanita ini benar-benar mencabar kedudukannya. Takdir tiba-tiba berubah apabila Adriel dan Alara akhirnya berkahwin. Perkahwinan yang tanpa kerelaan itu membuatkan Adriel dan Alara tersepit dan terpaksa berpura-pura seperti perkahwinan mereka adalah paling bahagia. Semua mencemburui Alara kerana berjaya menjadi isteri kepada Adriel. Hakikatnya, cukuplah Alara yang tahu segalanya. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Jika terdapat persamaan, hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
My Role Model [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 1,381,832
  • WpVote
    Votes 18,218
  • WpPart
    Parts 20
Pertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh Nur Ayana "Aku pandang kau? Huh, tinggi juga level syok sendiri kau ni. Kau tu siapa untuk aku pandang? You're not my cup of tea." - Nick Ervan Namun, permintaan daripada pemilik butik terkenal untuk menyatukan mereka dalam satu projek keluaran produk fesyen terbaru membuatkan mereka tidak mampu menolak dan telah diminta untuk mendapatkan chemistry bagi menjayakan projek tersebut. "Kita tak perlu susah-susah nak dapatkan chemistry. Buat jer macam biasa, tapi... awak perlu pastikan awak dapat beri the best shot semasa shoot nanti. Saya tak suka nak re-shoot banyak kali." - Qaseh Nur Ayana Tengok muka masing-masing pun dah naik menyampah, inikan pula diminta untuk mendapatkan chemistry. Belum sempat chemistry itu datang, mereka sudah bertengkar bagai anjing dan kucing. "Kau tu yang patut remind diri kau. Kalau nak jadi partner aku, kau kena study cara high fashion poses. Aku tak nak nanti gambar nampak buruk bila kau berdiri sebelah aku. Buang masa aku aje kena re-shoot sebab kau." - Nick Ervan Apakah kesudahan hasil penggambaran tersebut? Adakah berjaya model muslimah tempatan featuring model lelaki antarabangsa disatukan dalam satu penggambaran tanpa rela? Atau, penggambaran tersebut gagal di tengah jalan?
CYPHER [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 19,407
  • WpVote
    Votes 1,685
  • WpPart
    Parts 18
QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
𝐒𝐔 | 𝐋𝐚 𝐌𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐥𝐚 : 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬  by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 262
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 15
GENRE: ROMANCE - Family Bonding, True Love, Arranged Marriages BAHASA: CAMPURAN - Italian, English PENULIS: QIRAAMOURÈ KISAH TENTANG: Syed Attar Benjamin Maleeq x Tengku Andrea Bianca Marogani [THIS STORY CONTAINS THEMES OF FLUFFY ROMANCE, WHOLESOME LOVE, SWEET GESTURES, GENTLE SOULS, AND TWO HEARTS LEARNING TO LOVE EACH OTHER IN THE SOFTEST WAY] ✈︎♓︎❒︎♋︎♋︎❍︎□︎◆︎❒︎➔︎ Syed Attar Benjamin Maleeq ialah seorang lelaki yang sangat tampan. Penampilan lelaki itu yang sangat kemas, segak dan bergaya membuatkan ramai gadis di luar sana tergila-gila akan dirinya. Dia juga dikenali sebagai seorang yang budiman, murah hati serta sentiasa menjaga tutur kata. Jejaka itu pernah mengajar di Segi University of Selangor sebagai pensyarah dalam bidang biologi, namun hanya untuk sementara waktu kerana menggantikan tempat adiknya selama beberapa bulan, sehingga para pelajar yang diajar akhirnya menamatkan pengajian dan bergraduasi. Namun, dia kemudian berhenti apabila mengambil alih syarikat keluarga serta menggantikan tempat bapanya sebagai CEO di ABM Airlines. Tengku Andrea Bianca Marogani merupakan seorang pelajar di Segi University. Gadis itu memiliki wajah yang sangat ayu dan jelita. Walaupun gadis itu mempunyai ramai kawan, dia lebih cenderung menjadi seorang yang pendiam dan gemar bersendirian berbanding bergaul dengan rakan-rakannya. Di luar, dia tampak ceria dan sentiasa mengukir senyuman, namun di sebalik senyuman itu tersimpan seribu rahsia yang hampir membuatkan dirinya hilang arah.
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐨𝐬𝐭 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐥 [𝐂] by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 3,537
  • WpVote
    Votes 235
  • WpPart
    Parts 20
Nayla Danisha Sofea ialah seorang gadis yang lemah lembut dan sentiasa menyembunyikan perasaannya sendiri. Sejak kecil, dia mengagumi sahabat baiknya, Rayyan Idris Zhafran, tetapi tidak pernah berani meluahkan perasaan itu. Segalanya berubah apabila Nayla mula menghidap Hanahaki, penyakit yang menandakan cinta tidak berbalas. Dia cuba menyembunyikannya daripada semua orang, namun semakin lama, semakin banyak kelopak bunga yang keluar sehingga menyeksa nafasnya sendiri. Dalam masa yang sama, serpihan kenangan yang tidak dikenalinya mula menghantui fikiran. Adakah ada sesuatu yang hilang dalam dirinya? Bagi Rayyan Idris Zhafran, Nayla hanyalah seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya. Namun apabila Nayla mula menjauh, dia mula sedar bahawa kehilangan gadis itu terasa lebih menyakitkan daripada yang disangkakan. Hanya selepas semuanya berubah, Rayyan akhirnya menyedari satu perkara. Mungkin Nayla bukan hanya sekadar seorang kawan. Tetapi... Lebih daripada itu Adakah dia sudah terlambat? Atau masih ada ruang untuk cinta itu tumbuh semula daripada kelopak-kelopak yang telah hilang?
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐈𝐥 𝐒𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭𝐨 𝐃𝐞𝐥 𝐐𝐮𝐚𝐝𝐫𝐮𝐩𝐥𝐞𝐭𝐭𝐨 𝐃𝐢 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬 by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 11,633
  • WpVote
    Votes 686
  • WpPart
    Parts 55
Selepas beberapa kali melahirkan zuriat buat suaminya yang tercinta, akhirnya Dean Louis dan Katie Rosella dikurniakan seorang bayi perempuan. Dellaa Amanda Rosie Louis. Diikuti dengan tiga orang kembarnya, Daaron Adrian Ryder Louis, Damienz Ayden Ryder Louis dan Daniell Adam Ryder Louis. Kini keluarga mereka sudah lengkap. Dengan hadirnya empat orang kembar ini dan salah seorang daripada mereka adalah perempuan, Dean serta anak - anak lelakinya yang lain akan menjaga satu - satunya puteri didalam keluarga mereka dengan teliti dan penuh kasih sayang. Tetap setiap kebahagian pasti ada kesedihan kan? Sejak daripada satu trajedi dimana mereka berempat diculik oleh musuh - musuh Louis Holy Blood's diusia enam tahun. Si kembar empat itu mula berubah! Pada mulanya Dean serta yang lain tidak perasan akan hal ini. Tetapi hari demi hari sehinggakan mereka berempat besar barulah Dean sekeluarga sedar akan sesuatu perkara. Sesuatu yang aneh! Apakah yang telah terjadi pada kembar empat itu? Adakah sesuatu yang buruk? Atau lebih daripada itu? | Lead Character's | Daaron Louis Damienz Louis Daniell Louis Dellaa Louis
𝐅𝐢𝐫𝐚𝐬𝐡'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 [𝐂] by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 118,242
  • WpVote
    Votes 3,351
  • WpPart
    Parts 70
Dellaa Amanda Rosie Louis merupakan seorang gadis yang membesar dikelilingi ramai abang. Dia satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Sejak kecil, Dellaa dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya dan abang-abangnya. Namun, di sebalik senyuman manis dan wajah suci itu, tersimpan seribu kesedihan serta trauma yang tidak pernah diketahui sesiapa. Muhammad Firash Calvin pula merupakan anak tunggal dan satu-satunya waris keluarganya. Jejaka itu dikenali sebagai seorang yang dingin dan sukar didekati. Walaupun usianya sudah menginjak dewasa, langsung tidak terlintas di fikirannya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Satu peristiwa yang berlaku pada masa lalu telah mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang anti terhadap perempuan. Baginya, hanya ada satu perkara yang penting. Kerja. Kerja. Dan kerja. Segalanya berubah apabila Firash kembali bertemu dengan Dellaa ketika dia berkunjung ke rumah gadis itu. Firash merupakan sahabat baik kepada abang-abang Dellaa, dan dari situlah perasaan yang selama ini dipendam serta cuba dipadamkan mula muncul semula. Obsessed. Perasaan yang disangka telah mati, rupa-rupanya masih hidup. Malah semakin sukar untuk dikawal. Apakah perangai obsesif Firash akan kembali menguasai dirinya? Apakah yang bakal terjadi kepada Dellaa? Adakah mereka akan disatukan dalam sebuah perkahwinan? Atau takdir telah merancang sesuatu yang jauh di luar jangkaan mereka berdua?
𝐍𝐚𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐚𝐝𝐨𝐰𝐬 : 𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐒𝐭𝐚𝐥𝐤𝐞𝐫 [𝐂] by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 2,982
  • WpVote
    Votes 472
  • WpPart
    Parts 50
Nathan Meadows seorang jejaka yang dingin, beku dan kejam. Jejaka itu langsung tidak pernah pandang mana - mana perempuan walaupun sesaat. Niatnya mahu membujang hingga tua. Tetapi segalanya berubah apabila dia terjatuh cinta dengan seorang gadis. Aslinya dia terhidu bau gadis itu. Semenjak dari kejadian itu dia sudah menjadi obses dengan si dia dan mula mengikori kemana sahaja gadis itu pergi. Davina Bostanica seorang gadis yang lembut, polos dan manja. Kehidupannya selama ini sungguh indah tetapi ianya berubah sebaik sahaja Zephyr Mikhael, seorang lelaki asing yang masuk ke dalam hidupnya. Gadis itu sering dipukul atau lebih teruk digunakan. Walaupun Zephyr kerap mengungkapkan rasa cinta terhadapanya, jejaka itu masih lagi akan memukulnya atas perasaan cemburu atau marah. Dapatkah Davina hidup bahagia semula? Adakah Nathan akan datang menyelamatkannya? Apa akan terjadi pada Zephyr? Hidup? Atau Mati?