Skullxaaaaaaiii's Reading List
18 stories
CINTA GADIS LATTE || ✓ by aikadaisy
aikadaisy
  • WpView
    Reads 44,460
  • WpVote
    Votes 1,787
  • WpPart
    Parts 46
Nurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampailah suatu hari seorang jejaka muncul dalam hidupnya... "Awak nak apa ni ? Kalau nk main-main pergi balik !" - Nurul Alisa "Kalau taknak?" - Tengku Asyraf Kedatangan Seorang lelaki bernama Tengku Asyraf di dalam hidupnya membuatkan Alisa rasa rimas dan tidak selesa ada sahaja benda yang dia buat supaya lelaki itu benci dengannya tapi semuanya tidak berjaya . Tapi siapa sangka mereka menjadi rapat kerana satu kejadian . . . Pelangi yang muncul hanya sebentar sahaja. Kerana musuh Alisa, habis semuanya hancur . Rumah tangga yang dibina hampir hancur di sebabkan perempuan itu. Alisa terlalu mengikut egonya yang tinggi melangit. Kerana egonya. Tengku Asyraf membawa diri dan meninggalkannya sendiri. "I'm sorry, I won't bother you again after this" - Tengku Asyraf Kejadian yang berlaku dikafenya membuatkan Alisa semakin tidak percaya pada suaminya. Tetapi apabila dia sudah tahu kebenaran, Alisa merasa menyesal. Kerana hatinya yang sakit dengan kejadian di depan matanya ,dia tidak sengaja menyakitkan hati Tengku Asyraf. Dia sudah menuduh suaminya sehingga Tengku Asyraf kecewa dengan perangai NURUL ALISA. Adakah Nurul Alisa akan dapat diri Tengku Asyraf yang dahulu ?
DANISH HAIZIQ |✓ by aikadaisy
aikadaisy
  • WpView
    Reads 563,853
  • WpVote
    Votes 20,383
  • WpPart
    Parts 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jutawan! Wajahnya sentiasa dingin. Senyuman? Tiada! Hidupnya hanya ada kerja kerja dan kerja. Disebalik wajah kacak itu ada sisi gelapnya sendiri. Hauraina Arrien- Seorang gadis yang polos. Dia cantik tetapi naif. Dia bijak tetapi senang diperdaya. Selepas kehilangan ibu bapanya, dia dijaga oleh mak sedaranya. Ingatkan dia boleh dapat kasih sayang selepas ibu bapanya tiada. Rupa rupanya dia telah melangkah masuk ke dalam neraka ciptaan mak saudaranya. Hari-hari di seksa sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk lari dari neraka ciptaan mak sedaranya Itu! Dia berjumpa dengan seorang lelaki dingin. Lelaki itu yang menolongnya semasa dia dikacau di kawasan sunyi. "What are you doing here?"- Danish Haiziq "Saya tiada Hala tuju... Boleh awak bantu saya?" - Hauraina Arrien. Hidup Hauraina berubah 100% apabila bersama dengan Danish Haiziq. Walaupun layanan lelaki itu sangat dingin tetapi lelaki itu seorang yang caring. Lama kelamaan satu perasaan muncul di dalam hati mereka... Perasaan Apakah Itu? Cinta? "Aku taknak kau duduk sini sebagai pembantu rumah aku lagi" - Danish Haiziq "Maaf.. saya sedar saya hanya menumpang" -hauraina arrien "Aku nak kau jadi isteri aku Arrien" - Danish Haiziq. Perjalanan hidup mereka penuh dengan ujian. Apa lagi bila sesuatu yang di rahsiakan oleh Danish terbongkar. Adakah hubungan mereka bertahan?
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 [𝑆𝑈] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 103,244
  • WpVote
    Votes 5,867
  • WpPart
    Parts 20
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE  by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 242,614
  • WpVote
    Votes 10,920
  • WpPart
    Parts 63
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
[ C ] Mr Cold Bodyguard  by Xanderalqis
Xanderalqis
  • WpView
    Reads 31,936
  • WpVote
    Votes 2,728
  • WpPart
    Parts 40
Jatuh cinta dengan bodyguard sendiri? Betul, itu yang berlaku dalam hidup Halwa Liyana Dia telah jatuh cinta pada salah seorang bodyguard ayahnya sendiri iaitu Khalid Al-Fateh. Namun mampukah dia cairkan hati beku lelaki itu?
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 308,638
  • WpVote
    Votes 11,233
  • WpPart
    Parts 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 446,538
  • WpVote
    Votes 11,398
  • WpPart
    Parts 38
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]
Your Mikhaliev Edric [C] by _theonlydya
_theonlydya
  • WpView
    Reads 142,867
  • WpVote
    Votes 5,545
  • WpPart
    Parts 66
[ROMANCE ACTION] #1ST SERIES. Mikhaliev Edric, Master of Assasin Group, yang dikenali sebagai "Braccia Della Morte" kumpulan yang paling digeruni. Mikhaliev Edric, berkacukan darah Italy, dan usahawan muda pemilik syarikat Elite Transit Global yang diwariskan oleh ayahnya iaitu Dato Ezra bin Dato Mykel. Mikhaliev seorang yang dingin dan tidak percaya akan cinta pandang pertama. Bagi Mikhaliev Edric, cinta adalah sesuatu yang perlu dibina, bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Mawar Sephia, pemilik Butik Terkenal, telah membina kehidupan bahagia bersama keluarganya. Namun, segala-galanya hancur apabila kematian ibu kandungnya. Kehadiran ibu tiri dan abang tirinya hanya membawa dugaan, sehingga Mawar Sephia dibuang oleh bapa kandungnya sendiri, akibat fitnah yang disebarkan oleh ibu tiri dan abang tirinya. Namun, kehadiran Mikhaliev Edric dalam hidupnya mengubah segalanya untuk Mawar Sephia. Mawar Sephia- " You are my savior. You are the one who saved me when I thought I was beyond saving." Pertemuan yang tidak dirancang antara Mikhaliev Edric dan Mawar Sephia telah membuka mata Mikhaliev kepada sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Dalam sekelip mata, hatinya yang selama ini dingin mula terusik, seolah-olah takdir sudah lama merencana pertemuan mereka. Mikhaliev Edric - "I never believed in love, not until you came into my life. I may not have the right words to describe what I feel, but I know one thing, I want to protect you Mio Fiore. So, marry me Mawar Sephia. Let me be the one who stands by your side, through everything." Dendam lama yang belum terpadam mula menghantui, menggoncang hubungan yang mereka pertahankan dengan nyawa dan air mata. Mampukah Mawar Sephia dan Mikhaliev Edric terus kekal bahagia? Atau akan runtuh juga cinta mereka di tangan musuh dan masa silam yang belum reda? "Le Braccia della Morte non perdonano. Cancellano" "(The Arms of Death don't forgive. They erase)"
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 451,661
  • WpVote
    Votes 23,346
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
PULANG (C)  by Jnnahtul
Jnnahtul
  • WpView
    Reads 42,484
  • WpVote
    Votes 2,953
  • WpPart
    Parts 59
Lara Imani, gadis kampung yang baik, rajin dan penyabar. Hidupnya penuh luka kerana keluarganya tidak menyayanginya. Dia difitnah mempunyai skandal dengan tunang adiknya, menyebabkan seluruh kampung memandang rendah padanya. Walaupun dilayan buruk, Lara tetap bekerja setiap pagi menghantar donat ke gerai tepi pantai. Aidan Rayyan, seorang CEO muda yang dingin tetapi baik hati. Dia datang ke kampung itu kerana jemputan majlis keluarga kawan baiknya. Semasa berjalan di pantai, Aidan ternampak Lara yang sedang menghantar donat. Kawan baiknya memberitahu bahawa Lara sering difitnah dan melalui hidup yang berat. Pertemuan ringkas itu membuat Aidan mula memerhati kehidupan Lara dari jauh. Sedikit demi sedikit, Aidan melihat ketabahan Lara dan beban yang dia tanggung seorang diri. Cerita Pulang mengisahkan perjalanan dua insan yang terluka, masing-masing membawa kisah silam. Mereka tidak mencari cinta, tetapi takdir mempertemukan mereka dalam keadaan yang paling sunyi.