Zubaidahsamsudin97's Reading List
200 stories
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐲𝐪𝐚𝐥 ∆ 𝐂 by thenrrasya
thenrrasya
  • WpView
    Reads 7,784
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 85
RAHSIA TERAKHIR RAYQAL Sebuah kisah cinta dalam dunia gelap yang tak pernah izinkan bahagia "Dia datang untuk melindungi aku. Tapi dia juga yang simpan rahsia yang paling sanggup menghancurkan aku. Luna Rayqal bukan lelaki biasa. Dia pembunuh upahan paling senyap dalam organisasi mafia bawah tanah, yang hidupnya hanya berputar sekitar satu perkara: misi. Tiada cinta, tiada simpati. Sampai dia ditugaskan menjaga seorang gadis bernama Luna Azman anak kepada sasaran seterusnya. Dalam dunia penuh peluru dan pengkhianatan, dia temui sesuatu yang tak pernah wujud dalam jiwanya: *rasa ingin hidup untuk seseorang Tapi cinta dalam dunia mafia adalah kelemahan. Dan kelemahan itu... dihukum dengan nyawa. Rayqal mula melanggar perintah, menipu bosnya, dan simpan satu rahsia besar - yang kalau Luna tahu, dia takkan pernah maafkan. Bila Luna hampir tahu kebenaran, Rayqal hanya ada dua pilihan: membunuh ayah Luna atau mengorbankan dirinya sendiri. Kalau aku tak wujud dalam dunia ni esok... jangan benci aku, Luna. Aku dah pilih jalan yang paling selamat - untuk kau, bukan untuk aku Dan surat terakhir yang dia tinggalkan... mendedahkan segalanya. Cinta paling ikhlas kadang datang dari jiwa yang paling gelap. Tapi dunia tak selalu beri peluang untuk cinta macam tu hidup lama... Karya ketiga saya 🌷 📌 dilarang tiru... 📌 dilarang copy
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,000,032
  • WpVote
    Votes 66,481
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Cinta Hati Qasrina [On-Going] by AIZIVORY
AIZIVORY
  • WpView
    Reads 241
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 12
Spin off Dahlia✨ Percintaan antara dua insan dari berbeza negara.✨ dan kali ini kisah percintaan antara Qasrina Naazneem x Eymen Iskender Mek Kelate dari Malaysia dengan Abe Mat Turki Setelah berpisah dengan Nadhir Muqaffa, Qasrina sambung belajar di sebuah universiti terkenal di London. Di sana pertemuan Qasrina Naazneem dengan Eymen Iskender selaku model bagi baju rekaannya dan di situ menjadi pertemuan pertama mereka dan terakhir. Sehinggalah, dua tahun kemudian Qasrina dipertemukan semula dengan Eymen namun situasi yang berbeza... Mix language Bahasa Malaysia | Turkish START : 10 May 2026 END :
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 23,132
  • WpVote
    Votes 1,819
  • WpPart
    Parts 42
SLOW UPDATE ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 382,616
  • WpVote
    Votes 34,975
  • WpPart
    Parts 68
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
𝑴𝑹𝑺 𝑰𝑨𝑵 𝒁𝑨𝑭𝑹𝑨𝑵 by xDeebunga
xDeebunga
  • WpView
    Reads 84,655
  • WpVote
    Votes 2,216
  • WpPart
    Parts 53
✿ 2nd story ✿ ____________ Ian Zafran. Jejaka yang dulu seorang periang bertukar menjadi dingin disebabkan kesalahan yang dia sendiri lakukan. Pertemuan semula dengan gadis itu membuatkan dia nekad untuk mendapatkan semula haknya, hak yang pernah dia miliki. "siapa jantan tadi Yara! don't make me repeat twice or you akan tahu akibatnya" "i ada seribu satu cara untuk dapatkan you balik, don't dare me. pretty sure you don't like it" Yara Evelynn. Nama secantik tuan empunya badan. Gadis cantik kacukan thailand yang merupakan seorang ceo muda. Bukan mudah untuk melupakan cinta pertama tapi bila teringat tentang khianat yang dilakukan kepadanya, dia nekad untuk melupakan sekaligus membuang nama lelaki itu didalam hatinya. "Senang kan jadi lelaki ni, bila nak kemain bersayang bagai. Bila dah taknak cenggithu je dia buang kita" "Tak perlu buktikan apa apa pun, sebab yang terbaik tidak akan merayu untuk peluang yang ke dua" "Sorry not interested at all, thank you. Next" -And you just need to fall for someone who is capable of falling for you- . Ian Zafran x Yara Evelynn . matured ⚠️ harsh words ⚠️ sexy storyline ⚠️ 🥇 FIRST RACKING IN #CERITACINTA 🥇 FIRST RACKING IN #SAYANG
pertemuan dua insan by arinasalsabilla1999
arinasalsabilla1999
  • WpView
    Reads 2,087
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 9
بسم الله الرحمن الرحيم، "Aku tidak tahu seseorang yang akan Allah takdirkan untukku di antara orang-orang yang silih berganti masuk kedalam kehidupanku dan membuatku hampir jatuh hati terlalu dalam kepada mereka, apakah mereka yang sekarang yang dekat denganku atau seseorang yang belum pernah menyentuh kehidupanku sama sekali. Wallahu a'lam skenario Allah jauh lebih baik daripada dugaanku. Siapapun yang ditakdirkan untukku nanti aku hanya berharap agar dia bisa menuntun dan membimbingku serta menjadi pelengkap kekuranganku (dalam hal iman, akhlak, dan ketakwaan), serta agar sang illahi mempertemukan kami kembali menuju jannah-Nya yang kekal abadi. "
TENTANG RASA (GxG) by Laureen_Gennesis00
Laureen_Gennesis00
  • WpView
    Reads 38,214
  • WpVote
    Votes 673
  • WpPart
    Parts 44
Mana-mana rancak berdosaaaa!! okey guys harap enjoy my first story and kalau ada salah silap mintak maaf bnyk² peace ✌️ #gl #jangansalahlapak Happy reading 💓
Mafia itu milikku by Mailahiiii
Mailahiiii
  • WpView
    Reads 288
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 27
Helo para pembaca nama sy Mai and yeah sy suka membuat cerita novel ini ialah novel pertama saya harap-harap korg semua enjoyy and Mai nak minta maaf kalau novel ni mcm tk seberapa ok atau tk logik i'm very sorry guys