tomuchsleep_'s Reading List
6 stories
ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (BAKAL TERBIT) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,230,413
  • WpVote
    Votes 37,720
  • WpPart
    Parts 81
FOURTH 💫 ZARILL X HARLEEN 💫 Bercinta dengan pujaan hati sekian lama namun dipaksa berkahwin dengan alasan agar dirinya lebih terkawal dan tidak liar. "Mama tak berkenan dengan Zuris,mama tak nak dia jadi menantu mama." -Datuk Zahira "Maa..Rill cintakan Ris.Mama tahu kan?Rill dengan Ris dah bercinta lama." - Zarill Perbalahan berlarutan selama beberapa tahun sehingga Datuk Zahira mendesak dan memaksa anaknya mengikut telunjuknya. Lalu di gertak gunakan harta dan kedudukan lelaki itu dalam syarikat. Zarill yang tersepit akhirnya menurut. Berkahwin dengan wanita yang langsung dia tak cinta cuma saling kenal bila Harleen Alana itu merupakan anak kepada pembantu rumah mamanya. Berkahwin dengan Harleen tetapi masih bercinta dengan Zuris. _________________________ "Aku kahwin dengan kau sebab mama aku,harta dan kedudukan.Tak payah berangan nak jadi isteri sangat,kau berdiri sebelah aku pun tak layak." -Zarill Amri "Saya tak pernah lupa diri...."-Harleen Alana "Kau cuma layak jadi orang gaji dia je." -Zuris Arwa MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca START :25 July 2024 END : 14 September 2024
⋆˚。⋆˚ 𝙱𝙴𝙽𝙲𝙸 𝚃𝙰𝙿𝙸 𝙽𝙸𝙺𝙰𝙷 ˚⋆。˚⋆ by Luna-think
Luna-think
  • WpView
    Reads 293,159
  • WpVote
    Votes 8,859
  • WpPart
    Parts 50
Kahwin dengan musuh? Siapa je yang sanggup?! Adra Aleeya dan Faiq Qalish-dua insan yang langsung tak sebulu. Bagi Adra, Faiq tak lebih dari lelaki menyakitkan hati yang pernah menghancurkan kepercayaannya dulu. Manakala bagi Faiq, Adra hanyalah gadis keras kepala yang seronok menentang dia dalam segala hal. Bagi Adra, perkahwinan adalah tentang pilihan dan cinta-bukan satu paksaan. Tapi hidup tak selalu ikut kehendaknya. Dalam sekelip mata, dia dijodohkan dengan Faiq Qalish, lelaki yang sejak dulu lagi dia tak pernah sebulu. Dari hari pertama, hidup mereka penuh dengan perang dingin, drama tarik tali, dan cubaan Adra untuk mengelak dari segala bentuk "suami isteri things." Tapi Faiq? Dia tak pernah penat mencuba. Dengan muka tak malu, ayat menggetarkan hati, dan godaan tanpa henti-dia nekad nak buat Adra panggil dia "abang." "Cuba panggil aku abang." - Faiq Qalish "Pergi mampus." - Adra Aleeya Tapi benci ke kalau setiap kali Faiq dekat, jantung Adra laju semacam? Dari perkahwinan yang penuh kejutan, drama makcik-makcik bawang, hingga ke bab cinta yang makin membara, mampukah mereka ubah benci jadi cinta? Atau Faiq bakal tersungkur dalam misi menawan hati isteri sendiri? Sebuah kisah perkahwinan paksa yang penuh gelora, kelakar, manis, dan pastinya buat jantung berdegup laju!
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 2,385,130
  • WpVote
    Votes 50,675
  • WpPart
    Parts 68
C O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle yang juga dikahwinkan atas kehendak keluarga. Namun, dia hanya bersahaja menerima lamaran keluarga bakal suaminya. Dirinya mungkin belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya. Tetapi dia mempunyai hati nurani yang tidak semua orang miliki. Kesabarannya untuk memikat sang suami dipupuk walaupun sudah banyak kali Nawaf dingin terhadapnya. Tidak pernah sekali dia berasa jemu untuk melayan suaminya dengan baik biarpun dia tahu suaminya sedang memadu kasih bersama teman rapatnya sendiri. Dapatkah kasih sejati lahir dari pasangan yang berkahwin tanpa cinta ini? Berjayakah Audyna menggoda Nawaf yang memang berhati batu itu? Teruskan membaca Saya Akan Goda Awak Encik Suami.
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,084,945
  • WpVote
    Votes 36,767
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
Hati Untuk Cikgu  by hanaakhairul
hanaakhairul
  • WpView
    Reads 332,987
  • WpVote
    Votes 10,570
  • WpPart
    Parts 48
>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelibas tak tentu pasal, lelaki itu sentiasa buat dunianya berhenti berputar. Lama menaruh harapan dalam diam sehinggalah satu kejadian mengeratkan hubungan mereka. "Saya nak mintak something boleh?" "Mintak apa tu?" "Mintak-mintaklah jodoh kita bersama" Dugaan demi dugaan berjaya ditempuhinya. Namun si dia yang iri hati dengan kebahagiaan Niaa Syafina sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan segalanya tanpa kenal erti putus asa, pada akhirnya dia berjaya. "Syafina awak dengar sini, saya sikit pun tak ada perasaan dekat awak. Hubungan kita selama ni sekadar pelajar dengan guru, tak pernah lebih daripada tu. Tolonglah cermin diri tu sikit, layak ke awak untuk saya? Sedar diri Syafina, you're nothing!" Kejadian hitam yang mengubah seluruh hidup mereka berdua itu berlaku dalam sekelip mata. Kebenaran terbongkar, bersusah payah lelaki itu mencari gadis yang sudah dipersiakan itu. Bertahun menghilang, namun dunia yang hanya sekecil zarah akhirnya pertemukan mereka semula. "Fina saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul cintakan awak Fina. Cakap je lah apa pun dan saya akan buat demi dapatkan cinta awak semula, saya merayu sangat maafkan saya" "Baliklah cikgu, tak ada apa dah untuk cikgu dekat sini. Cikgu jaga je lah Ayra dengan wife cikgu baik-baik, jangan jadi bodoh kerana kesalahan sendiri" Berjayakah Thaqief menagih semula cinta pelajarnya yang sudah dia buang sewaktu dahulu? Bagaimana pula Ayra yang dikenali sebagai anaknya? Masih adakah ruang untuk Thaqief di hati Syafina setelah ruang itu dipersia? Cinta; 50% Konflik; 50% Selamat membaca! 🌸 IDEA NI HASIL DARI KEPALA OTAK AKU SENDIRI, KAU CIPLAK IDEA ORANG ESOK JAMBAN RUMAH KAU TERBAKAR! STARTED: 20 July 2020 IN EDITING: 14 Sept 2021 COMPLETED: 1 Nov 2021
SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C] by Qaynyy
Qaynyy
  • WpView
    Reads 1,153,073
  • WpVote
    Votes 48,876
  • WpPart
    Parts 73
🏆 Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYAURA, pelajar yang 'sosial' suka melawan tapi baik. Aik, jadi jahat pun boleh kata baik ? Apa yang perkara baik yang dia buat ? Kehidupannya bertambah huru hara bila dia dikhawinkan dengan pensyarah satu kolej dengannya. Bertambah pening kepala Adelia Syaura apabila dia selalu dipanggil oleh pensyarahnya merangkap SUAMINYA. " Ura sayang..nanti jumpa saya dekat office yee.." Zayne Darris " Kenapa aku kena dengar cakap dia ? sebab suami ? ahh..kalau tak dengar nanti tak bau syurga.." Adelia Syaura ku " Awak..saya dah lama tunggu awak.." Mia " Adell kalaulah masa itu boleh putar aku akan tebus semua kesalahan aku kat kau..." Nadine Bila Adelia Syaura mula memainkan peranan untuk menyambut cinta suaminya datang masalah yang dia sendiri tidak sangka akan mengakibatkan hatinya terluka. Zayne yang penuh rahsia telah membuatkan Syaura melarikan diri jauh dari Zayne. Apa yang akan terjadi selepas Zayne dapat tahu Syaura meninggalkan dirinya. Mia dan Nadine masing-masing tidak mahu mengalah malah ingin meruntuhkan masjid yang dibina oleh Zayne dan Syaura. INFORMATION Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang lain..tiada sebarang copy paste berlaku ya anak-anak..sekiranya nampak macam sama, itu hanyalah kebetulan semata-mata.