Aqis_s
- Reads 404
- Votes 202
- Parts 32
-Sinopsis-
Ahmad Harith Kusyairi seorang pelajar nakal, popular, selamba, dan ketua ponteng kelas. Sifatnya menjengkelkan bagi seorang pengawas pusat sumber, Nur Erisa Batrisya. Walaupun satu kelas, mereka bagai dua dunia berbeza.
Erisa, murid contoh yang penuh disiplin, harapan sekolah, dan anak kepada tokoh korporat terkenal. Namun di sebalik sikap cool dan wajah tenangnya, dia menyimpan trauma yang tidak pernah dikongsi dengan sesiapa. Rumahnya bukan tempat pulang, tetapi medan tekanan yang sentiasa menghantui hidupnya.
Segalanya berubah apabila Harith, buat pertama kalinya, mengalahkan Erisa dalam ujian percubaan. Kejatuhan kecil itu membuka pintu kepada hubungan yang tidak pernah dijangka seperti, cemburu, gurauan, rahsia, dan perasaan yang mula tumbuh dalam diam.
Dari perpustakaan hingga ke hari terakhir SPM, perjalanan mereka dipenuhi gelak tawa, air mata, kecemburuan, kehangatan dan momen yang membuatkan pembaca turut berdebar. Hinggalah satu tamparan di hadapan orang ramai membuka pekung luka lama yang disembunyikan Erisa, dan buat Harith akhirnya sedar betapa dia sebenarnya tidak sanggup melihat Erisa terluka.
Inilah kisah dua jiwa yang belajar bahawa cinta bukan tiba-tiba, tetapi tumbuh perlahan daripada luka yang sama-sama mereka sembuhkan.