ROMANCE
7 stories
My Husband Mr. Coffee [SHORT STORY] by mysderra
mysderra
  • WpView
    Reads 7,615
  • WpVote
    Votes 2,141
  • WpPart
    Parts 10
[ 𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓫𝓸𝓸𝓴 ˖ ݁𖥔 ݁˖ 𐙚 ˖ ݁ ] ❝ ɴᴏᴠᴇʟ ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇᴍᴇsᴛɪɴʏᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ʀᴏᴍᴀɴᴄᴇ ᴀɴᴅ sᴀᴅ ʀᴏᴍᴀɴᴄᴇ ᴋᴀᴅᴀɴɢ-ᴋᴀᴅᴀɴɢ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍᴇʀʟᴜᴋᴀɴ ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢʜɪʟᴀɴɢᴋᴀɴ sᴛʀᴇs ❞ -𝓶𝔂𝓼𝓭𝓮𝓻𝓻𝓪 ∘₊✧──────✧₊∘ ᴛᴇɴɢᴋᴜ ʀᴀʏᴢɪ ᴅᴀɴɪᴇʟʟ x ɴᴜʀ ʙᴜɴɢᴀ ᴅᴀʜʟɪᴀ 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖𝙣𝙮𝙖 bermula dengan satu kesilapan sebuah kereta yang dipandu merempuh sebuah kafe kecil milik si gadis. "Sabar.. Sabar.. Saya tahu awak awak marah tapi kita boleh bincang" - ᴛᴇɴɢᴋᴜ ʀᴀʏᴢɪ ᴅᴀɴɪᴇʟʟ "Marah la! Sape tak marah kedai dah kena rempuh dengan kereta buruk ni" - ɴᴜʀ ʙᴜɴɢᴀ ᴅᴀʜʟɪᴀ Di situlah Tengku Rayzi Daniell dan Nur Bunga Dahlia pertama kali bertentang mata, dengan ego tinggi dan mulut pedas sebagai salam perkenalan. Rayzi, lelaki yang yakin dan tidak suka dipersoalkan, sering hadir ke kafe itu dengan alasan urusan. Bunga pula, pemilik kafe yang tegas dan teliti, tidak pernah menyangka hidupnya akan kerap diganggu oleh seorang lelaki yang sangat annoying. Setiap pertemuan dipenuhi sindiran dan pertengkaran kecil, namun tanpa disedari, keselesaan mula menyelinap di celah kebencian. Dari benci yang pura-pura, hadir perhatian yang tidak diundang, dan rasa yang sukar dinafikan. Takdir mempertemukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dirancang perkahwinan yang bermula tanpa cinta, tetapi perlahan-lahan mengajar mereka tentang kepercayaan, penerimaan dan makna rumah. Dalam kehidupan berumah tangga yang penuh gelak tawa, cinta belajar untuk tumbuh dengan cara yang paling sederhana. Apabila benci bertukar menjadi rindu, dan musuh menjadi pasangan hidup, mampukah Rayzi dan Bunga menerima cinta mereka?
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,989,111
  • WpVote
    Votes 418,824
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
BUNGA GIBRAN: Our Blooming Love by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 1,276
  • WpVote
    Votes 532
  • WpPart
    Parts 16
BUNGA WARDAH x KASYAF GIBRAN Menjadi saksi perpisahan ibu dan ayahnya pada usia yang masih mentah membuatkan Bunga Wardah membesar menjadi seorang yang tak percayakan cinta. Baginya, cinta tak lebih daripada satu perasaan yang akan menyakitkan seseorang pada kemudian hari. Oleh itu, dia tekad untuk tidak terjerumus dengan rasa itu. Namun, pendiriannya mula goyah bila seorang lelaki muncul dalam hidupnya. Kasyaf Gibran, seorang doktor yang kononnya tak pedulikan soal wanita merangkap senior Wardah di hospital, berjaya membuatkan perasaan Wardah kacau bilau! Lagi haru, bila Kasyaf dengan berani menyatakan hasrat hatinya. "Come on, Wardah. Aku tahu kau ada perasaan yang sama dengan aku." - Kasyaf Gibran. Tapi disebabkan teringat segala penderitaan yang ibunya lalui kerana cinta, Wardah kaburkan perasaannya. "Jangan nak mengarut, Kasyaf. Sampai bila-bila pun aku tak akan balas perasaan kau!" - Bunga Wardah. Sejak itu, Wardah mula menjauhkan diri daripada Kasyaf. Tapi keadaan menjadi lebih rumit dengan adanya campur tangan Widad. Adiknya mula mengugut untuk gunakan kuasa walinya, mahu menjodohkan Wardah dengan lelaki lain jika dia berkeras tak mahu menerima Kasyaf. Dengan semua yang terjadi, apakah keputusan Wardah? Adakah Wardah tetap berdegil dengan tekadnya? Atau, dia ambil keputusan untuk melupakan tragedi yang menimpa ibu dan biarkan rasa hatinya menang?
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 49,490
  • WpVote
    Votes 3,561
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
CYPHER [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 18,811
  • WpVote
    Votes 1,656
  • WpPart
    Parts 18
QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
EIJAZ RAFAEL: HIS DOMINANT LOVE ( TERBIT ) by elyshakaman
elyshakaman
  • WpView
    Reads 20,392
  • WpVote
    Votes 1,423
  • WpPart
    Parts 8
Muhammad Eijaz Rafael - Sebagai anggota komando, jiwanya keras. Hati batunya susah tergugat. Tapi, kerana satu tragedi, dia terpaksa menerima Adara sebagai isteri. "Sampai bila kita akan macam ni?"- ADARA MEDINA. "Sampai aku tahu siapa yang perangkap kita." - MUHAMAD EIJAZ RAFAEL Walau bergelar suami isteri, hidup mereka bagaikan orang asing. Membawa haluan masing-masing. "Kau bukan main tengok Adara tu? Dah jatuh cinta?" - ELENA "Aku tak ada jatuh cinta dengan sesiapa dan tak akan." - MUHAMAD EIJAZ RAFAEL "Kau jangan, aku takut kata-kata kau ni makan diri. - ELENA Ya, betul kata kakaknya, Eijaz akhirnya terpaksa telan kata-kata sendiri. Jatuh cinta pada Adara perkara terindah pernah terjadi dalam hidupnya. Pun begitu, bahagia mereka tak lama apabila nyawa Adara diragut kejam oleh musuh Eijaz sendiri. Hampir hilang arah dengan kehilangan isteri tercinta tapi demi tugasnya, Eijaz harus kuat. Apatah lagi bila dia ditugaskan menjaga seorang anak VVIP, jiwa dan kesabarannya teruji. "Papa kau dah arahkan aku untuk jaga kau. Mahu atau tidak, kau kena ikut cakap aku." - MUHMMAD EIJAZ RAFAEL "Dia boyfriend I and you no one. You tak ada hak untuk kawal I. Kaki control!" - BUNGA ATHALIA. Macam kucing dengan anjing, itu permulaan cerita mereka. Tapi lama-kelamaan, Bunga cuba menyelami hati keras seorang Eijaz. Dia yakin ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan. "I rasa I dah jatuh cinta.."- BUNGA ATHALIA "Dengan siapa?"- MUHMMAD EIJAZ RAFAEL Tanpa Bunga sedari, dia menjadi target musuh Eijaz seterusnya. Tapi bagi Eijaz, dia sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini, dia tak akan cuai lagi. "Aku sayang kau, flower." - MUHAMMAD EIJAZ RAFAEL Apakah yang akan terjadi pada Bunga Athalia? Adakah Eijaz akan mengahwini Bunga itu hanya kerana mahu menjadi pelindung, bukan kerana cinta?