Cerpen still ongoing
200 kuwento
𝙏𝙪𝙣𝙠𝙪 𝘼𝙖𝙧𝙤𝙣 𝙃𝙖𝙣  ni nuhayse
nuhayse
  • WpView
    Reads 57,660
  • WpVote
    Mga Boto 207
  • WpPart
    Mga Parte 2
Tunku Aaron Han. Nama yang cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat. Tunku Aaron Han, anak kepada lelaki berpengaruh di negara juga pewaris empayar kekayaan yang tak terjangkau akal. Tetapi di sebalik wajah yang tenang dan sikap dingin itu, ada sesuatu yang telah lama mati di dalam dirinya. Dia tak percayakan perempuan dan dia tidak benarkan sesiapa pun mendekat pada dirinya. Hidupnya sunyi namun teratur dengan pelbagai rahsia. Sehinggalah satu masa, seorang gadis bernama Armell Irdhini muncul sebagai pembantu rumah di rumah agamnya menggantikan tempat kakaknya tanpa dia tahu apa yang bakal menanti dirinya di sana. Dhini tidak lembut dan tidak juga mudah untuk tunduk kepadanya. Dan yang paling menyakitkan bagi Aaron ialah Dhini tidak takut pada apa-apa yang ada di hadapannya. Setiap hari adalah perang kecil. Setiap pertemuan penuh dengan percikan. Namun tanpa dia sedar, kehadiran gadis itu mula menggugat tembok kebencian yang dibina bertahun lamanya. Masalahnya satu sahaja iaitu, Tunku Aaron Han bukan lelaki biasa dan keluarganya bukan keluarga yang mudah untuk dilawan. Dan apabila masa lalu mula menghantui dan rahsia mula mencari jalan keluar, Dhini perlu memilih untuk pergi sebelum terluka atau kekal dan menyelamatkan lelaki yang tak pernah tahu cara untuk diselamatkan. Dan apa sebenarnya yang cuba dilindungi oleh Aaron daripada dunia atau daripada dirinya sendiri? Jika cinta mula mengetuk hati yang telah lama terkunci, adakah ia mampu menyembuhkan? Atau Dhini hanya akan menjadi satu lagi alasan untuk Tunku Aaron Han membenci dirinya sendiri kembali?
Takdirku Bukan Kita | SU | ni _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 94,992
  • WpVote
    Mga Boto 4,151
  • WpPart
    Mga Parte 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Loveless Vows ni Nrazfahrin
Nrazfahrin
  • WpView
    Reads 2,807
  • WpVote
    Mga Boto 197
  • WpPart
    Mga Parte 22
Nuuha Aralyn telah mencintai kayf Maleeq dalam diam selama empat tahun.Setiap hari disekolah hatinya berdebar untuk berjumpa dengan Kayf tetapi dia hanya mampu berdiam kerana Kayf menyukai orang lain.Empat tahun berlalu dengan penuh rahsia yang tak pernah terluah ...hingga takdir memisahkan mereka apabila Nuuha terpaksa berpindah sekolah di Kuala Lumpur kerana Ayah mendapat tawaran kerja disana . Lapan Tahun kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di lampu isyarat .Kayf yang ketika itu sedang memandu kereta terpaku melihat seorang perempuan yang menaiki superbike .Pada waktu itu Hati mereka berdegup kencang . Namun satu trajedi yang tidak dijangka berlaku yang membuatkan mereka berkahwin. ''Ini semua rancangan kau kan ?''- Kayf Maleeq ''Aku ?Eh bila masa ?kau ingat aku desprate sangat ke ''-Nuuha Aralyn Adakah Kayf akan membuka hatinya untuk mencintai Nuuha ?Dan mampukah Nuuha bersabar menunggu lelaki yang pernah dia cintai dalam diam itu menyedari cintanya ?.
Kerana Memilih Dia  (OG) ni nd1naraa
nd1naraa
  • WpView
    Reads 1,188
  • WpVote
    Mga Boto 80
  • WpPart
    Mga Parte 30
Bagi Jasmin Aulia ,membuat pilhan bukanlah perkara yang mudah.Jasmin hanya mahu hidup tenang,tapi kehidupannya terasa bergolak bila hadirnya beberapa orang membawa erti yang berbeza. Jasmin terikat dengan kisah silam yang masih menghantui ,rasa takut untuk memilih ,bimbang tersilap langkah yang akan merobek hati sendiri dan melukai hati yang tak bersalah. Kerana memilih dia bukan sekadar tentang cinta.Ia pertaruhan masa depan.Antara pergorbanan,keikhlasan dan kesetiaan. SLOW UPDATE❗❗❗
ENTWINED DESTINY ni whosliyaaa_
whosliyaaa_
  • WpView
    Reads 1,908
  • WpVote
    Mga Boto 161
  • WpPart
    Mga Parte 44
"Perkahwinan mereka bermula dengan kontrak. Namun hati mereka tidak pernah mengikut syarat yang ditetapkan." Bagi Ian Lutfi, perkahwinan hanyalah satu persetujuan yang mempunyai tarikh tamat. Tiada cinta, tiada janji sehidup semati, dan tiada ruang untuk perasaan. Namun kehadiran Melur Nayla dalam hidupnya perlahan-lahan mengubah segala-galanya. Walaupun hubungan mereka hanya berlandaskan kontrak, layanan Ian terhadap Melur sering membuatkan ramai tertanya-tanya. Lelaki itu sentiasa memastikan setiap keperluan Melur dipenuhi, mengutamakan kebahagiaannya dan melindunginya tanpa pernah diminta. Di sebalik sikap dingin yang dipamerkan kepada orang lain, Ian mempunyai sisi yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia mungkin tidak pandai mengungkapkan kata-kata cinta, tetapi setiap tindakannya seolah-olah membuktikan sesuatu yang berbeza. Manakala Melur pula cuba menjaga batas hatinya. Dia sedar perkahwinan itu mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan sejak awal. Namun semakin hari berlalu, semakin sukar untuk dia membezakan antara tanggungjawab seorang suami dan perasaan yang sebenar. Apabila kontrak itu semakin hampir ke penghujungnya, satu persoalan mula menghantui mereka berdua. Adakah semua yang berlaku hanyalah sebahagian daripada perjanjian yang telah ditandatangani? Atau tanpa mereka sedari, cinta telah hadir jauh lebih awal daripada yang mereka sangkakan? Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tanpa perasaan, mampukah dua hati yang semakin rapat melepaskan satu sama lain apabila masa yang dijanjikan tiba?
MUTE ni SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 532,259
  • WpVote
    Mga Boto 9,067
  • WpPart
    Mga Parte 35
"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra
IVY ni ZACKISKIE
ZACKISKIE
  • WpView
    Reads 47,791
  • WpVote
    Mga Boto 2,338
  • WpPart
    Mga Parte 75
Book 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat huhu bye.." Tengku Aidan pandang pemergian budak berusia dua belas tahun itu menaiki basikal roda empat. "A person is like a novel you never know how they're going to end up until the very last page. Or else it wouldn't be worth reading "Aidan Ivy "We are not novel and let's create happy ending together" Laura Medina She has nightmare but she got a rainbow. She is kind She is lover She is light He has revenge but he got a peace He is villian He is hater He is dark "La Furia Notturna è tornata" Not copyright it's original zackie writting Enjoy ! ⚠️ Awas kata-kata kasar ⚠️ Yang baik ambil dijadikan pengajaran ⚠️ Typo itu pasti
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤𝐞𝐝 𝐆𝐢𝐫𝐥 (OG) ni fiya_sha
fiya_sha
  • WpView
    Reads 83,715
  • WpVote
    Mga Boto 5,402
  • WpPart
    Mga Parte 70
Semua orang tahu keluarga Tan Sri Dato' Redza Shah dan Puan Sri Rania Nazeera hanya mempunyai tujuh orang anak lelaki. Namun, ada satu nama yang disembunyikan. Seorang anak perempuan. Satu-satunya puteri. Dan dia bukan sekadar biasa. Di sekolah, dia hanyalah bayang yang dilalui. Tetapi di balik topeng... dia legenda yang dicari. Tak ada siapa pernah tahu, bahawa "The Masked Girl" itu ialah dirinya. Mereka menyangka dirinya sekadar bayang yang tidak terlihat. Namun di balik diamnya, sepasang mata itu sedang merakam setiap detik yang berlaku. Identitinya boleh disembunyikan... tetapi tidak untuk selamanya. Kerana setiap rahsia punya waktu untuk terbongkar. Dan apabila dunia tahu siapa dirinya yang sebenar, hidupnya tidak lagi seindah yang dibayangkan. Namun, jangan lupa tujuh abang itu sentiasa ada, menjadi benteng terakhir yang rela hancur demi melindunginya. Tujuh abang yang terkenal itu dipanggil 'Shah sibbling' antara mereka adalah Riyaz Shah, Zafran Shah, Rayyan Shah, Firash Shah, Mikael Shah, Emir Shah Dan Danial Shah. Tapi ingat... some secrets are closer than you think. "Nayreen... Nayreen... you think I could ever forget you, sayang? Setiap bayangan pun ada ceritanya dan aku tahu... akhirnya kau akan tetap pilih aku." Lelaki itu ketawa kecil. - Z.Q - "Nayreen...? So you remember... after all this time... even I'm wearing my mask?" - Sofea Nayreen - ⚠️ Perhatian! Kisah ini hanyalah imaginasi semata-mata daripada saya dan mungkin agak mengarut. Jika imaginasi ini tidak kena dengan cita rasa anda, maka jangan baca. Sekian, dan maaf andai ada persamaan dengan cerita lain itu mungkin tidak disengajakan. ada BAB yang terdouble (tak sengaja)korang buat tak nampak jelah okay? Welcome to my story ^^ Start: 20/7/2025 End: ???
Masihkah Hatiku?(og) ni moon_zuuuuu
moon_zuuuuu
  • WpView
    Reads 284
  • WpVote
    Mga Boto 9
  • WpPart
    Mga Parte 4
Arish Hareez × Aurora Helena "Aurora selalu mimpi yang Aurora ada suami ibu,Aurora dapat rasakan benda tu macam real bukan hanya sekadar mimipi"-Aurora Helena Kemalangan yang berlaku setahun lepas membuatkan Aurora Helena tidak sedarkan diri berbulan-bulan.Sebaik sahaja dia bangun dari komanya,dia langsung tidak mengingati apa yang telah terjadi kepadanya. " 'Helena' Aurora selalu mimpi orang tu panggil Aurora 'Helena' tapi Aurora tak ingat apa-apa"- Aurora Helena Aurora menjalani kehidupannya seperti biasa sehingga dia bertemu dengan seorang lelaki yang memanggilnya "Helena". "Saya rasa kita dekat sangat...awak buat saya rasa selesa dengan awak."-Aurora Helena "Awak sangat istimewa buat saya Aurora. Kali ini saya takkan lepaskan awak lagi,itu janji saya"-Arish Hareez Semakin hari dia semakin rapat dengan Arish. Dia dapat merasakan Arish ini orang yang sangat istimewa untuknya. Suatu hari Aurora dan Arish hampir kemalangan bersama. Ingatan Aurora turut semakin pulih ketika itu. "Aurora Helena,kau takkan dapat lari daripada aku!" "Arish,dia ada!dia masih ada,saya takut sangat..."-Aurora Helena. "Kali ni aku kena selamatkan isteri aku,aku takkan bagi dia menang untuk kali ini"-Arish Hareez Apa yang telah terjadi antara mereka? Adakah kemalangan setahun lepas terjadi kembali? Dapatkah Arish selamatkan Aurora kali ini?
Mr Mafia Cruel Husband | OG ni HAEYRAZN
HAEYRAZN
  • WpView
    Reads 2,326
  • WpVote
    Mga Boto 196
  • WpPart
    Mga Parte 11
STAND ALONE 1st| story MATTEO FERNANDEZ X NADIA HARZEYNA Matteo Fernandez-seorang jejaka yang berkacukan Italy dan Malay serta berjaya dalam bidang perniagaan, mempunyai syarikat yang megah di tengah kota serta mempunyai anak syarikat di setiap negara. Dia juga mempunyai wajah tampan namun tiada secalit senyuman di wajahnya. Dingin seperti ais kutub utara Matteo juga seorang mafia yang terkenal di dunia gelap, sesiapa yang membuat masalah dengannya pasti akan merasa akibat dan neraka buatannya. Nadia Harzeyna-gadis yang lemah lembut, sopan santun mempunyai raut wajah yang sangat cantik dan badan yang ramping serta mempunyai senyuman yang mampu menarik padangan para jejaka yang melihatnya. Satu kejutan dan pertemuan yang tidak disangka oleh nadia dimana selepas sahaja dirinya di jadikan tebusan pada hutang ibu tirinya hidupnya menjadi huru hara dan menjadi luka yang sangat mendalam apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Aku terima nikahnya Nadia Harzeyna dengan mas kahwinya sepuluh ribu ringgit tunai -Matteo Kenapa awak sanggup kahwin dengan saya setelah apa yang awak buat pada saya -Nadia Mana kau pergi sayang jangan tinggalkan abang -Matteo Kenapa perlu cari saya sampai ke sini? Tak cukup ke deraan dan hinaan yang awak bagi dekat saya selama ni -Nadia Kau nak bunuh anak aku ke!? -Matteo Saya tak gila lagi nak bunuh anak sendiri -Nadia Apakah yang akan berlaku di antara Matteo dan Nadia?mampukah mereka perbaiki hubungan yang sedang retak ini? Idea ini hasil daripada imaginasi saya sendiri. Dilarang keras untuk meniru idea daripada karya saya. ⚠️ PEMBACA MATANG‼️ ⚠️ 100% IDEA SAYA SENDIRI ⛔️ERROR GRAMMAR ⚠️BAD WORDS 🔞 ⚠️ NO COPYYING ALLOWED