Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
not yet
11 stories
Mungkir Bahagia (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 187,275
  • WpVote
    Votes 8,553
  • WpPart
    Parts 68
Lantang. Sinis. Keras hati. Itulah 3 ciri yang menggambarkan seorang Adra Mikayla. Dia adalah seorang wanita yang sangat tegas dalam berkata malah amat sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja termasuklah manusia yang bergelar lelaki. Namun dia jugalah yang menjadi pujaan hati Tengku Harez Firhan saat pertama kali bertentangan mata. "Saya amat pentingkan waktu peribadi, Tengku. Saya tidak suka berbincang soal kerja pada waktu peribadi." - ADRA MIKAYLA. Bekerja bersama Tengku Harez Firhan bukan satu keselesaan. Lelaki itu juga hebat berkata-kata hingga membuatkan Adra Mikayla bertambah keras membina tembok antara mereka. "Firasat seorang Tengku Harez Firhan tidak pernah salah apabila menilai seorang wanita. Saya juga tidak pernah bergurau mengenai soal pernikahan apatah lagi semasa mengucapkan lamaran. Saya serius melamar awak sebagai isteri saya, Adra Mikayla." - TENGKU HAREZ FIRHAN. "Saya percayakan cinta dan saya percayakan perkahwinan tapi saya tak percaya terhadap kata-kata seorang lelaki. Jadi, dengan ini... saya menolak lamaran Tengku Harez Firhan." - ADRA MIKAYLA. "Kebahagiaan yang sudah dimungkiri tidak akan bermakna lagi." - TENGKU HAREZ FIRHAN. Dia cuba memahami namun dia yang menjauh diri. MUNGKIR BAHAGIA
Sleeping Prince Love (✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,445,586
  • WpVote
    Votes 90,921
  • WpPart
    Parts 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, baginya itu takkan pernah menjadi realiti. Kisahnya tak seindah cerita Cinderella namun dia harap kesudahannya adalah bahagia. Tengku Fikh Fakhrullah- Lelaki yang dikelilingi cinta dan kasih sayang. Dia sempurna segalanya. Impiannya adalah mahu menjadi suami kepada tunangnya, Qurratun yang amat dicintainya. Namun, bukan semua orang ada kisah yang gembira. Penghujungnya, dia hilang satu-satunya perempuan yang dia cinta. Mereka berdua memiliki latar belakang yang berbeza namun siapa sangka mereka mampu membina takdir mereka bersama. Bila takdir itu memiliki, kisah mereka tercipta.Bila cerita Cinderella dan Sleeping Prince diriwayatkan dalam satu buku, penghujung cinta mereka mungkin berbeza.
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,687,506
  • WpVote
    Votes 106,267
  • WpPart
    Parts 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku.. Aku, Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim. Pertama kali mataku bersemuka dengan lelaki muka dingin itu, hatiku terus terdetik untuk mengetahui si empunya nama. Dan, dari situlah kisah Lauren Aqishah mengejar si duda terjadi.. Dia, Megat Naufal Zaharil adalah si duda yang aku targetkan untuk menjadi suami aku. Kenapa dia bukan yang lain? Kenapa lelaki yang sudah ada anak satu itu aku pilih? Hmm.. semuanya kerana satu sebab.. Bila hati kau dah mula sayang, boleh kau ubah untuk pilih yang lain?
Mawar Untuk Elhan  by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 313,087
  • WpVote
    Votes 8,298
  • WpPart
    Parts 39
Clarissa Humra, seorang wanita ceria. Namun keceriaan yang ditunjukannya hanyalah topeng semata-mata. Disebalik semua itu, dia hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Di usia remaja, dia diuji dengan ujian yang maha hebat. Namun di atas ujian yang dia terima, dia jalani dengan reda. Kerana dia yakin, di setiap ujian yang Allah titipkan kepadanya ia adalah satu bentuk kasih sayang Allah untuknya. Disaat dia hampir dilanggar kereta, dia diselamatkan oleh seseorang yang bakal mengubah hidupnya. Elhan Al-Maleeq, adalah seorang doktor yang sangat dihormati. Dia yang menyelamat Humra dari dilanggar kereta. Tragedi tidak disangka itu telah menjentik hati Humra untuk mengenali Elhan dengan lebih dalam. Saat bertentang mata, hatinya terpaut suka pada jejaka itu secara tidak sengaja. Tanpa segan, dia mengejar jejaka itu untuk berkenalan namun sayangnya, salam perkenalannya ditolak mentah-mentah oleh jejaka itu. Walaupun Elhan menjauhkan diri, Humra terus mengejarnya tanpa rasa lelah. "Awak, saya suka awak."-Clarissa Humra "Jangan suka aku."-Elhan Al-Maleeq "Awak gay ke?"-Clarissa Humra "Balik Mawar."-Elhan Al-Maleeq "Mawar? Kenapa awak panggil saya Mawar?"-Clarissa Humra Ketika Humra menghilang dari hidup Elhan, barulah dia menyedari perasaannya terhadap gadis itu. Setelah mencari-cari, mereka bertemu semula di hospital, di mana Humra seakan-akan kehilang arah apabila kemerosotan kesihatan ibunya yang menghidap kanser. Bila Humra tiada tempat bersandar, Elhan menawarkan perkahwinan yang tidak dijangka. "You suffered enough lady, it's time to let go what's hurting you."- Elhan Al-Maleeq "Marry me, Mawar. Biar aku jaga kau." Elhan Al-Maleeq Bila dua jiwa disatukan, hadir bahagia yang diidamkan oleh Humra. Namun kebahagian yang dirasainya tidak berpanjangan apabila kehilangan orang tersayang meranapkan kebahagian yang dibinanya bersama Elhan.
𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️ by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 139,096
  • WpVote
    Votes 5,470
  • WpPart
    Parts 26
𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish, jutawan muda yang terkenal dengan kejayaannya di dunia korporat, memiliki sikap yang agak sengal di luar pejabat. Ketika sebuah insiden perlanggaran di pusat membeli-belah mempertemukannya dengan Sharifah Airish Mikhayla, dia tidak dapat menahan rasa tertariknya pada gadis ini. Berbeza dengan wanita-wanita yang pernah dia temui, Airish memiliki sifat kasar dan kejung yang membuatkan Elman terpesona. Airish, yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi diajar untuk tidak sombong, adalah seorang gadis yang menutup aurat tetapi tidak mudah dilentur. Keadaan hidupnya yang penuh rahsia dan kisah hitam membuatkan dia menutup hati dan menolak segala bentuk kemesraan. Ketika Elman secara tidak sengaja menginap di rumahnya, suasana menjadi semakin tegang. Airish, yang tidak menginginkan kehadiran Elman, menghadapi situasi ini dengan kemarahan. "Semalam abang kau suruh aku tidur rumah kau sebab dah lewat sangat. Tak elok anak teruna balik lewat malam. Dah tepi aku nak minum menyemak aje kau ini"- Tengku Elman Farish Dalam dunia yang penuh dengan ketegangan dan pergeseran, adakah Elman akan berjaya menembusi tembok pertahanan Airish dan mendapatkan hati gadis yang tidak mudah ditakluk ini? Atau adakah pertemuan mereka akan berakhir dengan lebih banyak pertengkaran dan cabaran yang akan mengubah hidup mereka untuk selamanya? "I already told that you will always be mine"- Tengku Elman Farish
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C by RyeoInayla
RyeoInayla
  • WpView
    Reads 125,193
  • WpVote
    Votes 4,229
  • WpPart
    Parts 63
COMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki Red Flag
C || AMORE CERTAMEN: REVENGE  by Hayatimwriter
Hayatimwriter
  • WpView
    Reads 77,771
  • WpVote
    Votes 2,323
  • WpPart
    Parts 80
KARYA PERTAMA 🤍 Siapa sangka lelaki beku seperti Ferhat Aslan Lucas boleh jatuh cinta? Jatuh cinta pula pada cucu kepada musuh keluarganya. Keluarga yang membunuh orang tuanya. Ferhat tidak dapat mengenepikan perasaan cintanya terhadap gadis itu. Tapi dia juga tidak dapat mengenepikan perasan dendamnya terhadap keluarga itu. Keluarga itu telah meragu nyawa orang tuanya sekelip mata dihadapannya. Tembakan demi, tembakan yang terhasil masih segar diingatannya. Bunyi tembakan itu menguatkan semangatnua untuk membalas dendam "Leyla Shazlanbey wajah secantik nama. Kau Cantik, kau menggoda, kau menawan. Tapi sayangnya kau lahir dalam keluarga Shazlanbey. Murderer. Cruel." - Ferhat Aslan Lucas. _______________________________________________________ Ugutan demi ugutan diterima. Nyawa seorang demi seroang dihujung tanduk. Kenapa mereka di serang? Kenapa mereka dijadikan inciran? Bukankah semuanya sudah berdamai? Adakah ada sesuatu yang belum selesai? Adakah dendam lama belum terbalas? Semua nyawa menaruh harapan padanya. Hanya dia yang mampu melindungi keluarganya. KEHORMATAN. DARAH. DENDAM PENGKHIANAT. PEMBUNUHAN. Hanya itu saja petunjuk yang dia dapat. Siapakah dalang disebalik kejadian ini? "I will do anything to protect my family." LEYLA SHAZLANBEY. _______________________________________________________ Keadaan memaksanya untuk berkahwin dengan Leyla. Walaupun ditentang oleh keluarganya dia tetap akan mengahwini Leyla atas rasa cintanya pada Leyla. Tetapi dia tidak lupa juga satu perkara... REVENGE. Ini juga peluangnya untuk membalas dendam terhadap keluarganya itu. Perkahwinan ini membuka jalan yang luas baginya untuk membalas dendam bagi kematain arwah Orang tuanya. Membalas dendam atas kehormatan yang telah diragut. "Are you really love me?"- LEYLA SHAZLANBEY "I really love you but the honor of my parents is more important." - FERHAT ASLAN LUCAS "PENGKHIANAT!" - LEYLA SHAZLANBEY. "You family was a murderer. CRUEL. Traitor." - FERHAT ASLAN LUCA
ASHRAF ZAYDER by Lunessssssss
Lunessssssss
  • WpView
    Reads 168,464
  • WpVote
    Votes 4,950
  • WpPart
    Parts 81
Once you're mine, I'll hold you close forever. - Ashraf Zayder
Bidadara Dalam Hati© by haniswrite
haniswrite
  • WpView
    Reads 167,830
  • WpVote
    Votes 11,362
  • WpPart
    Parts 86
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u
LINGERING FEELINGS  by isabellamrlyn
isabellamrlyn
  • WpView
    Reads 2,150
  • WpVote
    Votes 152
  • WpPart
    Parts 13
⤷ SPORTS ROMANCE | EMBERS SERIES I [ slow update ] "Wherein every piece of me lingers around you, endlessly." Kael Micah Donovan ialah salah seorang ahli kelab bola sepak terkenal dan profesional yang bernama The Archeons. Jejaka itu kini berada di tahun ke-lapan dalam industri sukan. Di atas padang, namanya disanjung tinggi oleh para penggemar dan setiap gerak-gerinya diperhatikan. Namun tatkala diri menapak keluar dari kerjayanya walaupun seketika, dia hanyalah seorang jejaka yang lebih selesa dengan ruangnya sendiri. Dia tidak gemar akan tumpuan media, dan sering terasa terhimpit dengan dunia yang sentiasa menuntut sesuatu darinya. "Hi, sayang nyums nyums!" - VIVIENNE KAILEA "Jauh sikit, boleh tak? Rimas." - KAEL M. DONOVAN Vivienne Kailea pula seorang wartawan yang dikenali dengan sikapnya yang profesional dan cekap dalam dunia kewartawanan. Namun jauh dari dunia kewartawanan, personanya jauh lebih ceria dan mesra. Apabila ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Kael, yang merupakan seorang pemain bola sepak terkenal dengan sikap dingin terhadap media, dia hanya menggagap tugasan tersebut sebagai satu lagi tanggungjawab biasa dalam kerjayanya. Tanpa disedari, perasaan perlahan-lahan mula mekar dalam diri tanpa sebarang pengetahuan dan pengakuan yang tidak dapat ditutur dengan kata. Mampukah mereka mekar dari duri-duri yang terpasang untuk mereka?