dymnah
Nurul Imani percaya bahawa perkahwinannya dengan Adam Haris adalah permulaan kepada kebahagiaan yang diimpikan. Namun, bagi Adam, Imani hanyalah "pengganti" dan penghalang untuk dia bersama wanita yang benar-benar dicintainya, Lisa.
"Ibu nak minta sesuatu... satu permintaan terakhir"-Puan Sri Salwa
"Tapi ibu... Adam tak cintakan Imani. Adam benci Imani."-Nurul Imani
"Dengar sini, Nurul Imani.Kau mungkin isteri aku di atas kertas,
tapi dalam hati aku, hanya ada Lisa.
Kau boleh tinggal di rumah aku, kau boleh pakai duit aku, tapi jangan sesekali kau harap aku akan sentuh kau atau layan kau macam isteri."-Adam Haris
"Jangan mimpi, Imani. Adam tu milik I. Dia kahwin dengan you sebab terpaksa, dan I akan pastikan perpisahan you dengan dia akan jadi lebih cepat daripada yang you bayangkan. Enjoy your cleaning day, Cinderella!"-Lisa
"Pangkat dan harga baju tak menjamin kebahagiaan, Lisa. Saya di sini sebab tanggungjawab, bukan sebab nak menunjuk."-Nurul Imani
Demi melihat Adam bahagia dan menjaga maruah keluarga, Imani sanggup menelan segala cacian dan layanan dingin suaminya.
Dia menjadi lilin yang membakar diri memastikan "syurga" rumah tangga buat Adam tetap utuh, walaupun dia sendiri tenggelam dalam "derita" perasaan yang tidak berkesudahan.
Persoalannya, sejauh manakah sekeping hati mampu bertahan sebelum ia hancur berkecai?