M
52 stories
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 30,540
  • WpVote
    Votes 2,099
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
Sehampar Langit Kasih [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 38,898
  • WpVote
    Votes 1,858
  • WpPart
    Parts 39
Muhd Shahreza yang dahulunya gagah, teguh berdiri sebagai lelaki penuh keyakinan, kini hanya tinggal bayang yang rapuh. Tragedi hitam itu merentap seluruh kehidupannya dan yang tinggal hanyalah luka dan penyesalan yang tidak pernah sembuh. Dunia yang pernah menjadi medan keberaniannya kini hanya terasa sunyi, dingin, dan penuh kehampaan. Disaat Reza mula menyerah pada takdir yang tertulis untuknya, dia hadir dalam hidupnya bukan dengan janji atau kata-kata, tetapi hadir dengan kesabaran dan keberanian untuk menyembuhkannya . Dalam diam, wanita itu menjadi pelindung dan penguatnya ketika dia rebah. Perlahan-lahan dia menggenggam takdir yang pernah dia percaya sudah hilang. "Teruskan jadi 'ubat' penenang untuk aku, Zarith Hanani. 'Ubat' yang boleh buat aku rasa tenang tanpa perlu rasa semua 'sakit' tu sendiri." - Muhd Shahreza "Aku akan jadi pelindung kau, walau apa pun yang terjadi." - Zarith Hanani Spin Off - Penakluk Sang Cahaya Rindu Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : July 2025 Publish : 31 August 2025 Complete : 24 September 2025
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 323,335
  • WpVote
    Votes 12,769
  • WpPart
    Parts 66
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
Code Name: Romeo [Bakal Terbit] by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 73,356
  • WpVote
    Votes 5,508
  • WpPart
    Parts 70
GENRE: ROMANTIC COMEDY Prinsip hidup Melati mudah saja. Dia cuma mahu fokus kepada bakeri dan kehidupannya. Namun, pertemuan semula dengan jiran sebelah rumahnya mengubah segalanya. Syed Ali. Seorang lelaki yang terkenal dengan perangai suka menyakat, bermulut manis dan juga menyandang gelaran 'Romeo Kampung.' Kepulangan Syed Ali mengucar-ngacirkan hidup Melati yang selama ini tenang-tenang saja. Tambahan pula, apabila si romeo tiba-tiba masuk meminangnya. Melati semakin tertanya-tanya. "Mau dak?" "Mau apa?" "Mau ka dak? Kahwin dengan orang?" "K-k-kahwin dengan sapa?" Apatah lagi apabila lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dia benar-benar serius. Sedangkan bagi Melati, Syed Ali tetap lelaki yang sama. Menyakitkan hati, suka mengusik dan langsung tidak boleh dipercayai. Mampukah Melati membuka pintu hatinya untuk Syed Ali? Atau mungkinkah di sebalik segala usikan dan gurauan lelaki itu, tersimpan sebuah keikhlasan yang selama ini tidak pernah disedari? Eleutheromania. Nami. 2026. ©️
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 277,774
  • WpVote
    Votes 14,633
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 1,049,543
  • WpVote
    Votes 44,518
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE β‹†Ν›οΈŽ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Si Bisu Pujaan Hati [βœ”] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 1,270,321
  • WpVote
    Votes 82,524
  • WpPart
    Parts 58
2023. "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." - TALIYA FARIHA Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu. Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu. "Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." - TALIYA FARIHA "Tiada maaf bagimu." - EZRUL ISTAFA Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali. Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri. "You don't know how to give up, do you?" - EZRUL ISTAFA "Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." - TALIYA FARIHA Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. Β©TIENQOWIY #1 in romcom - 10/10/23, 22/10/23 #1 in komedi - 11/12/23 #1 in romantik - 14/12/23, 19/12/23, 22/12/23, 14/3/24, 23/3/24, 31/3/24 #1 in romance - 22/12/23, 1/1/24 #1 in humor - 23/3/24, 2/4/24, 26/7/25 Start: 10/09/2023 End: 25/12/2023
Setulus JΓ€nji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 420,769
  • WpVote
    Votes 16,729
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 436,595
  • WpVote
    Votes 29,719
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 357,821
  • WpVote
    Votes 15,505
  • WpPart
    Parts 66
β—‹Bacaan ringan dan santaiβ—‹ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025