Fazira
69 stories
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING 🐌 by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 168,339
  • WpVote
    Votes 7,405
  • WpPart
    Parts 51
QISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang, jom teman Qiss main Tennis petang ni." - Qiss Medina "Tak nak aku. Semua tu buang masa tahu tak." - Zarif Adwa ZARIF ADWA adalah seorang doktor pakar bedah yang juga merupakan salah seorang ahli Cloud of Palace yang diketuai Tengku Aqieef Darweesy. Berjumpa dengan Qiss Medina kembali membuatkan hidupnya huru hara. "Kenapa abang suka reject Qiss?" - Qiss Medina "Aku tak suka troublemaker macam kau." - Zarif Adwa "Kahwin dengan anak aku. By hook or by crook." - Dato' Qhalil "Kenapa saya?" - Zarif Adwa "Sebab anak aku suka kau." - Dato' Qhalil "Kau jangan nak mengada tidur sekatil dengan aku." - Zarif Adwa "Kalau abang tak suka Qiss, cakap! Jangan seksa Qiss macam ni! Qiss pun manusia yang ada perasaan lah!" - Qiss Medina "Aku dah cakap awal-awal kahwin dulu. Aku tak cintakan kau Qiss Medina." - Zarif Adwa "Qiss benci abang!" - Qiss Medina "Kau nampak muka aku macam aku kisah ke?" - Zarif Adwa "Qiss, I tahu I salah sebab jatuh cinta pada you. But I want you to know that I really love you." - Mikael "Cinta tak seharusnya memiliki kan? Terima kasih." - Qiss Medina Betulkah tak ada sekelumit cinta Zarif Adwa pada Qiss Medina? Atau hanya ego semata-mata? Dan adakah Qiss akan terus bertahan dengan cintanya atau berpaling pada cinta suci yang dihulurkan Mikael? PUBLISHED: JULY 2024 COMPLETED: -
Coincidence Destiny  by thianaara
thianaara
  • WpView
    Reads 20,401
  • WpVote
    Votes 1,009
  • WpPart
    Parts 53
Pertemuan yang tidak dijangka antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan mulut setiap kali mereka bertembung. "Terima kasi-" "Awak!" Adakah pertemuan mereka dirancang oleh seseorang atau ianya benar sekadar kebetulan? "Sorry, aku tak sengaja." - Qays Riyadh "Awak gila ke minta maaf tengah panas ni, nak kena lempang ke apa!" - Aurora Medina Lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin dingin hanya disebabkan sesuatu yang berlaku dan mereka terpaksa bersatu demi suruhan keluarga mereka. Setuju ataupun tidak itu bukanlah penting kerana pada akhirnya mereka akan tetap bersatu walaupun dalam keadaan memaksa. Pada masa yang akan datang, bolehkah mereka menempuh segala masalah yang timbul? Adakah ikatan yang mereka bina akan terus menjadi kuat atau ianya sekadar dalam mimpi semata? Kalau dah dinamakan manusia, mereka akan mudah lemah dengan perubahan hati dalam setiap hubungan yang diikat dengan sempurna.
My Forever, My Tengku Aqzariel [OG] - Slow Update by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 1,741
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 27
Dua jiwa. Dua dunia yang tidak pernah sepatutnya bertemu. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
Suri Hati Tuan Nazriel by Nies02_
Nies02_
  • WpView
    Reads 11,782
  • WpVote
    Votes 594
  • WpPart
    Parts 35
Nazriel Al-Zayan, anggota elit Komando VAT 69, jatuh hati pada Elvina Sofea, seorang guru tabika yang penuh luka dan rendah diri. Dalam kekacauan tragedi tebusan, dia temui cahaya dalam kelembutan gadis itu. Tapi bila cinta diluah, Elvina menolak. "Kenapa lelaki sempurna seperti awak pilih wanita seperti saya?" -Elvina Sofea- Nazriel yakin perasaan mereka saling membalas, namun tembok trauma dan rasa tidak layak menjadi penghalang. Antara tekanan keluarga, rasa takut dan ujian kepercayaan, mampukah cinta mereka bertahan? "Suri Hati Tuan Nazriel" mengisahkan perjuangan dua jiwa yang ingin saling menyembuhkan dan membuktikan bahawa cinta sejati menerima seluruh kekurangan, bukan hanya keindahan. DILARANG UNTUK MENIRU HASIL KARYA SAYA KERANA PERKARA TERSEBUT TELAH MELANGGAR AKTA HAK CIPTA TERPELIHARA! © nies02_ (2023) 30/12/2023
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 181,727
  • WpVote
    Votes 17,587
  • WpPart
    Parts 42
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu perkara sebenar kepada ayah di dalam kandungannya, lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Masa tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Airis cuba untuk menerima Riyaz setelah pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki. Dia serik dalam percintaan setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN
HUZAIR'S [OG]  by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 795,464
  • WpVote
    Votes 31,900
  • WpPart
    Parts 58
"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma kesilapan dalam bertutur sahaja yang telah membuatkan Huzair tersalah sangka akan gadis itu. "Why? Tadi kata nak ukuran tubuh saya kan? Ukurlah.. apa awak fikir saya nak peluk ke? Boleh juga kalau nak.. meh." -Huzair Haq- Fikirnya pertemuan itu adalah satu kebetulan, namun tidak tahu pula pertemuan itu merupakan permulaan. Bermula dari pertemuan yang tak disangka itulah, Huzair dan Dahlia mula rapat dan mengenali antara satu sama lain. Namun.. rahsia demi rahsia tentang keluarga Dahlia terbongkar selepas Huzair mengenali ahli keluarga Dahlia dengan lebih terperinci. "Abang-abang benci Dahlia ke ibu?" -Dahlia Bashira- "Tak benci.. cuma Dahlia tak perlu la menyusahkan mereka.. Dahlia masuk hospital ni pun kira dah menyusahkan kami tahu sebab kena ulang-alik kesini?" -Puan Dheena- Toksik. Fikirnya abang-abang gadis itu sahaja yang toksik, rupa-rupanya seluruh keluarga itu menyiksa mental gadis itu sehingga Dahlia mempunyai tekanan hidup. "Dimana bapa dia sewaktu dia ingin meluah kesakitan?" "Dimanakah seorang ibu sewaktu si anak perlukan pelukan hangat?" "Dan dimanakah abang-abangnya sewaktu si adik memerlukan perlindungan?" -Huzair Haq- Hadirnya seorang lelaki yang bernama Huzair telah mengubah kehidupan Dahlia. Boleh dikatakan kehidupan gadis itu berubah 360 darjah kerana Huzair setia membantu dirinya setiap kali dia berada dalam kesusahan. Namun mampu ke mereka berdua bertahan jika hubungan mereka itu tidak direstui ahli keluarga? Sampai bila kebahagiaan mereka dapat bertahan jika ahli keluarga Dahlia masih bersikap licik pada gadis itu? Have some 18+ scene. Sexy storyline. NO CENSOR words and scene ⚠️ Don't plagiarism⚠️ Story ini 100% idea saya dan jangan plagiat hasil cerita ini. Thank you❤️
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 109,091
  • WpVote
    Votes 7,584
  • WpPart
    Parts 25
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
The Villain's Dream by liavinuever
liavinuever
  • WpView
    Reads 4,412
  • WpVote
    Votes 167
  • WpPart
    Parts 24
Mimpi bahagia. Bayangan gembira. Ini hanya hikayat yang tak akan mati. Semua orang mempunyai cinta hati, cinta mati. Melur Eliana. Seorang usahawan wanita yang berjaya. Mempunyai syarikat kosmetik. Tetapi, hatinya kosong. Merindui cinta lamanya yang tidak pernah dipandang. Iskandar Al-Furqan. Mempunyai sisi hitam. Seorang usahawan dan bangsawan muda. Mencari cinta mati, bersama hati yang mati. Dia tidak pernah melupakan kekasih lama yang telah pergi. "Saya cintakan awak dari dahulu Furqan. Tapi awak tak pernah pandang. Cinta saya hanyalah wayang untuk awak"- Melur Eliana. "Aku akan lindung kau sampai aku mati. Sampai akhir nafas aku."- Iskandar Al-Furqan. Mimpi hanya mimpi. Mainan lena. dia hanya berharap mereka akan bahagia, tetapi semuanya dusta. "Awak tak pernah cintakan saya ke Furqan?"- Melur Eliana. "Aku hanya sayangkan kau. Bukan cintakan kau. Maaf sebab khianati kau."- Iskandar Al-Furqan. Kadang, orang yang paling dipercayai adalah pengkhianat terbesar. Pembunuh yang menyorok disebalik khimar putih yang suci. Ada rahsia tersembunyi. Ada kebenaran belum tersingkap. Semuanya perlu dirungkai.
Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp] by the_anbalqss
the_anbalqss
  • WpView
    Reads 38,017
  • WpVote
    Votes 892
  • WpPart
    Parts 41
Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.