𝓥𝑒𝓁𝓋ℯ𝓉 𝒬𝓊𝒾𝓁𝓁𝓈 ✧
7 stories
Mio Per Sempre (2) | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 234
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 20
Aisy Qayser menerima lamaran daripada Dato' Darius, ayah kepada seorang model antarabangsa, meskipun perkhidmatannya di Fuchsia Qays belum mencecah lima tahun. Keputusan tergesa-gesa itu dibuat demi mengelakkan dirinya terus dijodohkan dengan rakan kongsi syarikat milik keluarganya sendiri. Dalam masa yang sama, Dzafina, atau lebih dikenali sebagai Zephina, seorang model antarabangsa yang berjaya, dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Salah faham dan pengkhianatan rakan menyebabkan Zephina menuduh Aisy Qayser curang. "I menyesal jatuh cinta dengan you. You curang!" - Dzafina. Namun, bantuan ikhlas Aisy Qayser membongkar kebenaran dan melenyapkan kebencian yang terbina. Saat kebenaran tersingkap, Zephina akhirnya memahami bahawa Aisy Qayser bukanlah pengkhianat seperti yang disangkakan. Dan dalam ketenangan yang baru tercipta, Aisy Qayser berjanji dalam diam. "I will make sure, you will be mine forever."
Seraphic (1) | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 385
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 25
Pada usia 13 tahun, hidup Ayden Qaysh musnah apabila kedua ibu bapanya maut dalam kemalangan misteri. Setahun kemudian, dia dipaksa memikul takhta Fuchsia Qays sebagai CEO termuda pada usia hanya 14 tahun. Tujuh belas tahun berlalu, namun naluri Ayden Qaysh terus berbisik bahawa tragedi itu bukan kemalangan biasa. Secara senyap, dia membuka semula penyiasatan, tanpa pengetahuan publik. Tyana hidup dalam penderitaan selepas perceraian ibu bapanya. Tinggal bersama keluarga tiri yang kejam, dia akhirnya dijerat untuk dijual oleh adik tirinya, Shila. Tyana sempat melarikan diri, dan takdir menemukan dia dengan Ayden Qaysh, lelaki yang 'membeli' dirinya bukan untuk memiliki, tetapi untuk melindungi. Dia kemudian menghantar Tyana pulang ke ayah kandungnya. Beberapa bulan kemudian, ayah Tyana muncul dengan satu permintaan besar, Ayden Qaysh perlu mengahwini Tyana, demi menjaga maruah gadis itu. Ayden Qaysh tidak pernah merancang soal perkahwinan, hidupnya hanya untuk keluarga, syarikat, dan membongkar kebenaran kematian orang tuanya. Namun demi tanggungjawab yang sukar dijelaskan, dia akhirnya bersetuju. "I can't love you, Tyana... but I will try." - Ayden Qaysh Tyana tekad untuk mencari ruang di hati lelaki itu. Namun, mampukah dia membuat Ayden Qaysh akhirnya jatuh cinta? Disclaimer: Bab 1 hingga Bab 19 hanya memaparkan beberapa interaksi ringkas antara Ayden Qaysh dan Tyana, dengan tumpuan utama diberikan kepada perjalanan hidup dan konflik peribadi Ayden Qaysh. Mulai Bab 20 dan seterusnya, barulah interaksi mereka mula berkembang dan memainkan peranan penting dalam cerita.
Mafia: The Devil's Favorite | OG / SLOW UPDATE by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 118
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 6
Caspian Moretti ialah seorang mafia yang hidupnya hanya berputar pada kuasa, darah, dan dendam. Dunia gelap yang membesarkannya menjadikan dia lelaki dingin, kejam, dan mustahil untuk disentuh oleh sesiapa-terutamanya wanita. Namun kemunculan Serafina Bellini mengubah segalanya. Anak bongsu dan satu-satunya puteri kepada Alessandro Bellini itu dibesarkan dalam keluarga mafia, tetapi jiwanya tetap lembut dan penuh cahaya, seolah-olah dunia kotor di sekelilingnya tidak pernah berjaya menyentuhnya. Serafina hadir seperti gangguan dalam hidup Caspian-gangguan yang perlahan-lahan menghancurkan segala tembok yang dibinanya selama bertahun-tahun. Buat pertama kali, lelaki yang tidak pernah tunduk pada sesiapa mula berubah hanya kerana seorang gadis. Walaupun perbezaan usia mereka hampir dua dekad, Serafina tidak pernah gentar untuk mengejar hati lelaki yang digelar monster oleh seluruh dunia bawah tanah. Dan bagi Caspian... Serafina bukan sekadar perempuan yang dicintainya. Dia ialah miliknya. Satu-satunya cahaya yang sanggup dia lindungi walaupun seluruh dunia perlu dibakar demi mempertahankannya. Disclaimer: Cerita ini berlatarbelakangkan Itali dan Eropah, jadi akan ada penggunaan bahasa Itali dan Sepanyol dalam beberapa dialog untuk mengekalkan vibe dan suasana cerita. Kandungan novel ini berada pada tahap PG-13 (mature ringan) yang merangkumi tema seperti konflik keluarga, dunia mafia elit, tekanan emosi dan situasi serius - namun tiada adegan seksual eksplisit atau kandungan 18+. Harap pembaca dapat menikmati kisah ini dengan tenang dan mengikut tahap keselesaan masing-masing 🌹
Peony | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 999
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 38
Bagi Hayder Rian, cinta hanyalah satu penipuan dan kepalsuan. Luka masa lalu membuatkannya tidak lagi percaya pada cinta,apatah lagi pada perempuan. Hidupnya kini hanya berputar sekitar kerjaya, keluarga dan sahabat. Cinta? Bukan dalam kamus hidupnya. Namun segalanya berubah dengan kehadiran Izyan Arysaa, gadis yang penuh kasih dan percaya bahawa cinta mampu menyembuhkan segalanya. Dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, Izyan Arysaa yakin cinta sejati itu wujud, dan hatinya telah lama tertaut pada Hayder Rian, sahabat abang-abangnya sendiri. "Izyan sukakan abang." Pengakuan berani itu ditolak mentah-mentah di depan keluarga mereka sendiri. Tapi Izyan Arysaa bukan gadis yang mudah mengalah, dia berpegang pada prinsip: Tiga kali meluahkan, jika masih ditolak, dia akan berundur selamanya. Dua kali cinta ditolak, dua kali hatinya remuk. Kali ketiga, Izyan Arysaa memilih untuk melepaskan. Namun ketika dia sudah berhenti berharap, Hayder Rian pula datang, ingin menebus segalanya dengan ikatan perkahwinan. Saat bahagia mula mekar, masa silam Hayder Rian datang semula menghantui mereka. Rahsia yang cuba dilupakan kini mengancam segalanya. Mampukah mereka mempertahankan cinta ini? Atau adakah bunga peony yang mereka tanam bersama akan layu sebelum sempat mekar menjadi bahagia? 01/12/2025 ~ 07/01/2026
Jasmin Amira | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 3,348
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 32
Jasmin Amira, seorang gadis yang sopan dan penuh kasih sayang, terpaksa menjalani kehidupan yang penuh cabaran apabila dia dipaksa berkahwin dengan Iskandar, pensyarah di sebuah universiti terkemuka tempat dia belajar. Walaupun Iskandar sudah mempunyai kekasih, permintaan Tok Wan untuk menjadikan Jasmin sebagai cucu menantunya memaksa Iskandar menerima perkahwinan itu. Perkahwinan yang dimulakan tanpa cinta ini menjadi sebuah perjuangan berat bagi Jasmin, apabila sikap dingin dan egoistik Iskandar mula menguji kesabaran dan ketabahan hatinya. Jasmin menerima segala penderitaan, walaupun dia terus berusaha untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, walaupun Iskandar tidak pernah menunjukkan rasa sayang atau perhatian. Iskandar mempergunakan Jasmin dengan menjebaknya dalam satu perangkap yang membuatkan Jasmin merasa terhina, lalu menceraikan gadis itu. Tetapi, kejahatan Dahlia yang tersembunyi mula terdedah, menyebabkan Iskandar akhirnya menyedari betapa banyaknya kesilapan yang telah dia lakukan, dan bagaimana Jasmin sentiasa berada di sisi tanpa meminta apa-apa. Apakah yang akan terjadi setelah Iskandar membuka mata tentang kesilapannya? Akankah dia menebus kesalahannya, atau adakah Jasmin akhirnya berhak untuk kebahagiaan yang sebenar?
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 109,057
  • WpVote
    Votes 2,090
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025