Yaya yes
4 stories
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,900,695
  • WpVote
    Votes 19,349
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Meant To Be by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 137,853
  • WpVote
    Votes 16,431
  • WpPart
    Parts 31
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,459,046
  • WpVote
    Votes 221,354
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 942,122
  • WpVote
    Votes 65,313
  • WpPart
    Parts 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)