Rec 💮
8 stories
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 143,274
  • WpVote
    Votes 5,356
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
(C) HANYALAH DIRIMU  (Bakal Terbit)  by yunakarim
yunakarim
  • WpView
    Reads 96,078
  • WpVote
    Votes 3,101
  • WpPart
    Parts 16
Hanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira
THE HOUSE OF ABEL : ADAM [COMPLETE] by seaandland_
seaandland_
  • WpView
    Reads 605
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 14
[AKAN MENJADI EBOOK] ADAM ABEL x ALARA ANISA Siapa sahaja yang tidak inginkan suami yang begitu baik terhadap isterinya? Bagi Alara, Adam merupakan satu anugerah terindah yang pernah hadir dalam dirinya. Namun, sebaik-baik lelaki itu, masih ada rahsia yang dia simpan. "Aku Khai. Tuan asal badan ni." Mana mungkin Alara ingin percaya bahawa suaminya kini menghilang. Hilang dalam dirinya sendiri. Walaupun lelaki itu berkasar dengannya, Alara yakin bahawa Adam masih ada. Dan dia inginkan lelaki itu untuk kembali. Kembali mencintainya tanpa sebarang halangan. "Adam sebenarnya..." published : 1 september 2025 ended : 14 september 2025
Bawa Dia Kembali [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 174,905
  • WpVote
    Votes 3,633
  • WpPart
    Parts 7
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? "Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
SEMI;KOLON [BAKAL TERBIT] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 157,921
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 12
2023. TERBIT 2026 © QASS PUBLICATION Sesukar inikah untuk dicintai dan disayangi oleh darah daging sendiri? Zinnirah Alwie tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Lebih-lebih lagi sebagai 'Irish Twin' yang kehadirannya dianggap sebagai malang dan pembawa sial. Berbelas tahun membesar di bawah bumbung yang sama, tetapi kasih sayang yang sepatutnya menjadi hak seorang anak terasa seperti sesuatu yang sangat asing buat diri kerdil itu. Di saat Mustaqim Alwie sentiasa menjadi pelindung setia sedari kecil, mama dan baba pula semakin menjauh seolah-olah kewujudannya adalah beban yang tidak akan pernah selesai. Dalam ruang yang sunyi, Zinnirah belajar untuk ketawa. Belajar untuk berdikari. Belajar untuk memahami perasaan mama dan baba. Dan... belajar memendam luka yang tidak pernah diberi ruang untuk sembuh. Sehinggalah suatu hari, dia bertemu dengan Absyar Abid, seorang lelaki yang boleh mengesan perasaan sedihnya tanpa dipinta. Di sisi lelaki itu, suaranya didengar dengan tenang, dan lukanya tidak pernah dihakimi walaupun dia telah menyaksikan sisi gelap Zinnirah. "I'm deadly serious. Saya ialah bukti cinta Allah kepada awak." - Absyar Abid Namun, adakah dia mampu menyembuhkan luka yang ditoreh sejak lahir? Atau... adakah sesetengah luka memang ditakdirkan untuk berdarah selamanya? "Aku penat, Absyar... Aku terlalu penat... Tolonglah lepaskan aku pergi..." - Zinnirah 🚨 WARNING 🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (domestic violence, incurable disease, anxiety, self-harm, suicide attempt, sexual harassment, rape) EMOSI BERAT! 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you ©TIENQOWIY #2 in sliceoflife - 10/9/23 #1 in sad - 9/11/23, 13/11/23, 19/12/23 #1 in angst - 6/12/23, 26/7/25 Start: 01/05/2023 End: 26/08/2023
I'm Sorry [Completed] ✓ by fsweet955
fsweet955
  • WpView
    Reads 79,948
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 16
Perkahwinan yang dirancang oleh orang tua di turuti, kerana rasa hormat dan sayang kepada orang yang telah membesarkanya. Perkahwinan yang dirancang membuka naskah baru dalam diri Rosyaida. Atas kerana hormat kepada suami, dia cuba untuk menjadi isteri yang solehah walaupun garam yang perlu ditelan. Ugutan, seksaan yang diberi diketepi demi menjadi isteri yang solehah. Siapa sangka, berkat kesabarannya dia memenangi hati Amirul. Namun, sudah terlambat. Apakah kesudahan untuk episod yang memilukan? Tiada peluangkah untuk Rosyaida bahagia? Sorry guys...saya ubah discription sikit. Tapi masih jalan cerita dan watak yang sama. Untuk yang pertama kali membaca kisah ini...jangan lupa baca bahagian pertama di @orkid9 kerana ini adalah sambunganya💖...demi mengelakkan korang tidak faham Alhamdulillah complete😜 Moh la baca❤️ 🏅#sedih
MENDUA by missmisya
missmisya
  • WpView
    Reads 95,983
  • WpVote
    Votes 334
  • WpPart
    Parts 4
COMPLETE [IN EDITING] ☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipun berada jauh dari tanah air.Kehidupan yang dirasakan cukup sempurna ranap sekelip mata apabila anak anaknya menjadi korban dalam kemalangan.Luka yang parah,kian berdarah apabila dia diduakan dalam diam. "Being together won't make us happier." Perpisahan bukanlah sesuatu yang diinginkan.Saat hati ingin mencari ketenangan,Diana bertemu semula dengan cinta pertamanya "My Diandra..." AMYRA SOFEA-Sikap tegas dan berdikari dalam dirinya menjadi alasan untuk suami yang dinikahi berkahwin untuk kali kedua.Hati yang tulus mencintai dikhianati begitu sahaja dan belum tentu dapat membenci dalam masa yang singkat. "Kelemahan seorang ratu adalah rajanya." Amyra membawa diri untuk satu tempoh yang cukup lama.Dua identiti dalam tubuhnya juga membuatkan Amyra makin keliru.Tambah pula dengan kehadiran lelaki yang dianggap kawan baik. "Aku akan sentiasa ada untuk kau." "Janji?" Dapatkah Diana dan Amyra menemui titik noktah paling bahagia yang dicari cari? ⚠️grammar error,typo everywhere,cringe