Fantasy
6 stories
KINGDOM : HARA ARALYN by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 53,539
  • WpVote
    Votes 4,099
  • WpPart
    Parts 72
[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Jatuh cinta dan rasa sakit luka tidak berdarah bakal dialami. Perkara tidak jelas menjadi punca mereka terpaksa menahan jiwa mereka daripada mencapai kebahagiaan. "Tuanku pernah berjanji tuanku akan melindungi patik dan percayakan patik. Namun mengapa keadaan jadi begini?" - Hara Aralyn "Sejak awal... beta sudah menduga kita pasti akan jadi seperti ini. Semua perkara yang berlaku seakan mengatakan kita tidak ditakdirkan bersama. Florensia dan Gynzells... mungkin tiada kata perdamaian lagi." - Rafiq Davrian Konflik tiada penghujung selagi dalang utamanya tidak memunculkan diri. Orang yang tidak bersalah, menerima tundingan jari dusta. Rumitnya kesalahfahaman menyebabkan musnahnya rasa percaya dan cinta. Mula: Khamis, 22 April 2021 Tamat: Isnin, 16 Mei 2022
𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐄𝐍𝐍𝐄 by puterisumire
puterisumire
  • WpView
    Reads 602
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 70
Cerita ini mengisahkan tentang Annelise(Anne), seorang gadis misterius dengan rambut putih emas dan kemampuan penyembuhan ajaib yang tinggal tersembunyi di hutan bersama neneknya, Odile. Kehidupannya yang tenang berubah selamanya ketika dia menyelamatkan Putera Adrian yang terluka, tanpa menyedari bahawa pertemuan itu akan membawanya ke dalam dunia bahaya dan rahsia yang tidak pernah dia bayangkan. Anne terpaksa meninggalkan kehidupan lamanya dan berpindah ke istana Adrian demi keselamatannya, di mana dia menemui cinta sejati bersama Adrian, sekaligus menghadapi ancaman dari penyihir jahat Morwenna. Perjalanan mereka membawa kepada penemuan identiti sebenar Anne sebagai Puteri Auralithen - sebuah kerajaan dongeng yang dipercayai hanya wujud dalam legenda. "Setiap cinta menyimpan sihirnya sendiri - tak terlihat, tapi terasa. Semoga setiap baris kisah ini membawa cahaya lembut di hatimu 💖 Selamat membaca, semoga terhibur di dunia kecil penuh keajaiban ini 🌷" Penulis : PuteriSumire®
Angel Of Sorrow by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 217,605
  • WpVote
    Votes 15,934
  • WpPart
    Parts 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar belakang. Apa identiti sebenar Eric? Pelajar-pelajar lain tertanya bagaimana dia dijemput walaupun tiada siapa pernah dijemput ke akademi elit itu. Aries, makhluk yang menyerang kerajaan-kerajaan menjadi satu ancaman. Apa yang akan terjadi?? #12 [28/12/2018] Start: 4 November End: -
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 480,354
  • WpVote
    Votes 65,970
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 167,111
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
53. Dragon's Angel by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 90,526
  • WpVote
    Votes 7,270
  • WpPart
    Parts 101
Fantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai anak didik oleh mentornya seawall 7 tahun. Sejak itu Aerin membesar dalam kalangan naga dan berakhir menjadi pendidik untuk naga-naga preteenager. Sampaikan ramai ibubapa naga pilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar bersama dengan Aerin kerana Teknik mengajarnya yang terkenal. Ryu Fury adalah manusia jelmaan naga yang sangat hebat dan terkenal. Kehebatannya dalam peperangan membuatkan lelaki itu sering di pandang tinggi oleh penduduk sejagat termasuk raja sendiri. Little did people know, Aerin Ofelia adalah nemesis sejak azali lagi buat Ryu Fury. Manusia dan naga ini adalah pasangan yang bertentangan karakter. Ibarat seorang air dan seorang api. Setiap kali bertemu hanya berbalik pada pertengkaran dan bertegang leher. Aerin ingatkan dia tidak akan lagi dapat bertemu dengan menace dia si Ryu Fury itu lagi, rupa-rupanya lipatan kisah fantasi Aerin tidak berakhir seperti yang dia inginkan....nak tahu apakah yang terjadi selanjutnya> Mari baca kisah tentang si naga baran dengan penjinak naga ini dalam Dragon's Angel. ************************************ Karya fantasi ke-4 dari Penulis Typo yang ditulis sendiri oleh TintaHitamTanpaArah. Nak baca? Tekan 'read' kemudian 'Add reading list' dulu. Kemudian? Skrol la sampai habis!Takkan la itu pun kena taknya. Tapi cerita apa ni? Lah....kalau nak tahu, Baca dulu baru tahu Mula 1/8/2023 Tamat1/8/2024