𝐦𝐲 𝐬𝐭𝐚𝐫
6 stories
The Endgame by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 16,960
  • WpVote
    Votes 1,330
  • WpPart
    Parts 38
STAND-ALONE ⋆͛︎ Prequel & Spin-Off Zade Archer. Memiliki perwatakan yang bertentangan daripada sepupunya. Dianggap tidak berperasaan dan kurang mahir dalam menunjukkan emosi, dia merupakan seorang pemain bola sepak atau posisi yang lebih tepat, penjaga gawang gol. Layla Anasia. Kerana minat dan bidangnya, dia bersetuju menjadi seorang pelatih peribadi bagi pasukan bola sepak Selangor FC namun martabat dirinya sebagai seorang wanita diperlekehkan. "Be with me for one year. Stay with me. Aku janji aku akan jaga kau." Angkara perbuatan orang lain, Zade sanggup menggadai dirinya demi Layla. Sukar untuknya berpura-pura tidak peduli bila hatinya inginkan Layla seorang. Apa yang Zade lakukan, semuanya berlandaskan satu perasaan. Cinta. Perasaan yang belum pernah dia rasai selama ini. Layla yang mengajarnya erti menyayangi. Tidak mungkin Zade mampu melepaskan Layla pergi.
AIDAR by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 269,528
  • WpVote
    Votes 10,465
  • WpPart
    Parts 37
[EVERMORE SERIES #2] Greedy Love ⋆͛︎ Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hubungan mereka bergelar status suami isteri. Kerana satu salah faham, Ruby membawa dirinya pergi dari hidup Aidar. Dia menganggap perkahwinan mereka tamat di situ saja. Dia sangka dia tak akan berjumpa dengan Aidar lagi. Tapi kisah mereka belum tamat. "Kau memang tak malu kan?" "Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?" Siapa sangka Aidar berani mencarinya setelah empat tahun mereka berpisah? Dan lagi gila bila Ruby dapat tahu Aidar tak pernah lepaskan dia sebagai isterinya. "Kesayangan Aidar, jangan tinggalkan aku lagi." Dia ibarat permata. Permata yang paling bernilai dalam hidupnya. Aidar tak mahu kehilangan Ruby untuk kali kedua. Gadis itu, isterinya dan milik dia sampai bila-bila. Aidar akan berjuang untuk kembali berada di sisi Ruby.
Two Hearts by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 2,916
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 7
RACING: Into The Hearts Series ⋆͛︎ [EBOOK PREVIEW] Rupa paras yang anggun jelita semula jadi, pinggang yang ramping dan ketinggian yang setaraf dengan model-model antarabangsa. Berhijrah ke kota London, England. Serena Clare ialah seorang model yang datang daripada sebuah syarikat pemodelan dan berhasrat ingin meluaskan lagi pencapaiannya. Pada mulanya, Serena sukar hendak membiasakan diri di kota itu. Kota London sungguh jauh berbeza daripada negara asalnya. Bergandingan bersama model lain juga payah namun Serena tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. "This trick of yours is lame. I have encountered many of my fans that act as if they do not know who I am just to see me up close. What do you want now, lady? My autograph?" - ISIS LAVERON Tak menduga pertemuan yang secara tiba-tiba, Serena berhadapan dengan seorang pelumba. Isis Laveron, pelumba F1 yang pernah merangkul beberapa gelaran juara perlumbaan kereta. Kacak malah pakej yang serba mencukupi. Sayangnya, sombong! Harapan untuk tidak bertemu dengan Isis buat kali yang kedua meleset. Hanya kerana satu penggambaran, mereka disatukan untuk muka depan sebuah majalah dan Serena jatuh cinta tanpa sengaja. Hubungan istimewa di antara Serena dan Isis terjalin tanpa pengetahuan sesiapa. Demi menjaga kerjaya dan imej masing-masing, hubungan mereka dirahsiakan namun terbongkar apabila gambar mereka tersebar. "Let's make it easy. I want to break up, Isis." - SERENA CLARE Gosip. Tuduhan. Semua dicampak ke atas Isis dan Serena. Adakah cinta mereka benar-benar berbaloi untuk dipertahankan? Atau diakhiri dengan sebuah perpisahan yang bakal meninggalkan luka dalam. He wonders if love is worth fighting for but after loving her, he is ready for a war. A war to keep his salvation next to him.
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 967,685
  • WpVote
    Votes 41,982
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
MIKHAEL by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 355,191
  • WpVote
    Votes 15,086
  • WpPart
    Parts 49
[EVERMORE SERIES #1] Solace Love ⋆͛︎ Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you."
SHADOW by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 132,546
  • WpVote
    Votes 6,206
  • WpPart
    Parts 51
[EVERMORE SERIES #3] Sequel of AIDAR ⋆͛︎ Leftenan Madya Arden Hansel. Mengikut jejak ayahnya, dia menggalas tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara sebagai tentera di bawah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. "Sedia untuk berjuang, sedia untuk berkorban!" Beret ungu menjadi kebanggaan, gelaran komando umpama lencana diri. Senjata diangkat, nyawa dijadikan pertaruhan di dalam medan pertempuran untuk negara. Bertahun penantiannya, bertahun dia menyimpan rasa. Di bawah langit yang sama, dia berharap mereka akan bertemu kembali. Akhiri penantiannya yang penuh rindu. Elish Ivara. Disebabkan satu insiden, hidupnya seakan dihantui bayang-bayang hitam. Perih meneruskan hidup, sakit bila harus berpura-pura. Hilang kepercayaan pada diri sendiri. Apatah orang lain. Dia hanya mendambakan kebahagiaan. "Mungkin lelaki yang boleh bahagiakan awak selama ni ialah saya. Saya, Arden. Milik awak seorang dari dulu." Bila hati sudah tekad, mengalah bukan pilihannya. Arden mewarnai hidup Elish bagaikan sinar pelangi. Hadirnya dia bukan untuk sementara namun buat selamanya.