MsFlowerAthiraH's Senarai Bacaan
2 stories
C | Mr. Bandar vs Miss Kampung by urssyn
urssyn
  • WpView
    Reads 45,247
  • WpVote
    Votes 1,582
  • WpPart
    Parts 74
Karya ketiga ✰ ------ Di sebalik kelembutan dan kecomelan gadis bernama 𝗘𝘀𝘁𝗲𝗿𝗹𝘆𝗮 𝗦𝘆𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗻𝗮, tersembunyi mulut yang lebih berbisa daripada gigitan ular. Mulut yang bila bercakap, langsung tidak memikirkan perasaan orang lain - termasuk perasaan jejaka bernama 𝗘𝗱𝗱𝗿𝘆𝗻 𝗔𝘇𝗿𝗮𝗲𝗹 𝗛𝗮𝗻. "Eh Miss Kampung, kalau bercakap tu tak boleh bertapis sikit ke? Dah macam kau sorang je ada perasaan," - 𝗘𝗱𝗱 "Eh Mr. Bandar, kau ingat aku kisah ke dengan perasaan kau?" - 𝗥𝗶𝗲𝗻𝗮 Namun perlahan-lahan, mulut berbisa itu mampu juga membuat hati keras Edd terpanah. Jejaka seangkuh Edd akhirnya cair kerana gadis sekecil Riena. Hubungan dua sejoli itu mula membaik. Namun kehadiran seorang gadis, telah menggoncang kepercayaan Riena, dia rasa tertipu. Apakah yang akan terjadi selepas kehancuran hubungan yang baru sahaja terjalin itu? Mampukah Edd memujuk kembali hati gadis kampung itu? Saksikan kisah 'Miss Kampung vs Mr. Bandar'! Edd × Riena Mr. Bandar × Miss Kampung
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,265,148
  • WpVote
    Votes 97,041
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."