ameerilham
1st BOOK: SAVIOR 001
"Feared by many, loved by one."
Thalia Eirmir Dhirwani, wartawan penyiasatan jenayah muda yang ditugaskan untuk menyiasat kehilangan misteri beberapa individu berprofil tinggi sebagai tugasan pertamanya yang rasmi. Sangkanya semua hanyalah konspirasi politik yang bakal berakhir dengan sebuah artikel di muka hadapan akhbar.
Ternyata, setiap petunjuk yang ditemuinya membawa kepada sesuatu yang jauh lebih mendalam. Pepatah bilang, yang keruh boleh dijernihkan, tetapi belum sempat Thalia menjernihkan semula kes lama, dia berselisih pula dengan satu nama yang sudah lama diabaikan oleh masyarakat.
SAVIOR.
Sebuah organisasi bayangan yang tidak pernah diiktiraf kewujudannya oleh mana-mana kerajaan. Organisasi yang bergerak di sebalik tirai kegelapan, menjatuhkan hukuman dan menegakkan keadilan mengikut tafsiran mereka sendiri.
Di dalam SAVIOR, identiti adalah satu kelemahan. Nama dilucutkan. Masa lalu dipadamkan. Yang tinggal hanyalah nombor sebagai tanda pengenalan mereka.
Jika manusia mati meninggalkan nama, SAVIOR pergi meninggalkan nombor untuk diingati. Dan nombor yang sentiasa meniti dari bibir ke bibir semestinya...
001.
Bagi sesetengah pihak, dia ialah pembunuh berdarah dingin. Bagi yang lain, dia merupakan penyelamat yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan mereka yang tidak lagi dilindungi oleh undang-undang.
"Saya nak bercakap dengan orang yang paling kuat!" -Thalia
"Kau sedang bercakap dengan dia." -001
Ketika Thalia hampir membawa pulang kebenaran, dia sedar bahawa ada rahsia yang memang seharusnya kekal sebagai rahsia. Kerana dalam dunia SAVIOR, kebenaran sentiasa datang menuntut harga.
Namun, apa yang lebih berbahaya daripada kebenaran itu sendiri ialah ketika hatinya mula terikat pada lelaki yang menjadi sebahagian daripada rahsia tersebut.
"Nama awak siapa?" -Thalia
"001" -M.T.R
"Saya tanya nama awak bukan nombor!" -Thalia
Start: 26/6/2026
End: