lalalya_'s Reading List
8 stories
Isteri Pilihan Syurga (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 75,393
  • WpVote
    Votes 3,304
  • WpPart
    Parts 44
Bella Yumna dan Taufiq Firdaus berkahwin kerana saling mencintai. Namun, setelah tiga tahun, rumah tangga mereka diancam penceraian. "Taufiq Firdaus, tolong lepaskan saya." - Bella Yumna Tindakan Puan Sri Sabrina, ibu kandung kepada Taufiq lagi mengeruhkan keadaan. Soal zuriat menjadi alasan untuk wanita itu menyakiti hati Bella. Bahkan, Puan Sri Sabrina telah memilih Wafa Hanan sebagai isteri kedua Taufiq. "Wafa... Kak Bella nak melamar Wafa sebagai isteri Abang Taufiq." - Bella Yumna "Kita jumpa di mahkamah selepas saya kahwin. Saya nak awak tetap jadi isteri saya dan tengok sendiri saya jadi suami perempuan lain." - Taufiq Firdaus Kerana permintaan Taufiq, Bella terus kuatkan hati dan melihat suami sendiri berkahwin. Kerana masih ada cinta, Taufiq belum berhenti memujuk supaya mereka berdua tak perlu berpisah. Setelah itu, Bella hilang begitu sahaja daripada Taufiq. Sepanjang menghilang, Bella membina hidupnya semula. Seorang lelaki juga hadir melafazkan cinta. "Awak tahu kan saya ikhlas cintakan awak. Tapi, saya tahu cinta saya itu tabu." - Ahmad Baihaqi Tidak sedar dua tahun masa berlalu, Taufiq, Wafa dan Bella bertemu semula di bumi Amsterdam. Mungkin, pertemuan kali ini bakal menoktahkan segalanya. Bella mahu menyelesaikan urusan yang tertunda. Taufiq juga merancang untuk tidak mengikat Bella lagi sehingga... "Abang, Kak Bella masih isteri abang yang sah. Wafa nak Kak Bella jadi isteri abang seperti dulu, sebelum Wafa muncul." - Wafa Hanan Bella dihimpit oleh Wafa. Antara Taufiq Firdaus dan Ahmad Baihaqi, dengan siapakah Bella akan bergelar isteri pilihan syurga?
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 272,335
  • WpVote
    Votes 12,315
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 99,417
  • WpVote
    Votes 8,423
  • WpPart
    Parts 33
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🀍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #4 Family #5 Sayang #9 Malay
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 982,826
  • WpVote
    Votes 46,370
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❀️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
π‡πˆπ’ ππ„π€π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ | π’π‹πŽπ– 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 4,187
  • WpVote
    Votes 161
  • WpPart
    Parts 6
π‡πˆπ’ ππ„π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ β‹†βΊβ‚Šβ‹† -π‚πŽπ‹π‹π€ππ€π‘π€π“πˆπŽπ 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 ππ„π‘π‘πˆππ€π‘π’ 𝐗 𝐋0π•πƒπ˜ππ β˜…β‚ŠβŠΉβ™‘ Di sebalik ketinggian langit yang menghamparkan kebebasan , Daneen terkurung dalam bayang-bayang masa silam . Dia seorang juruterbang dengan jiwa yang patah , dibenci oleh ayah kandung sendiri , dihantui luka lama yang tidak pernah sembuh . Dia terbiasa berdiri sendiri , tanpa sesiapa untuk berpaut . Danish , seorang pegawai polis yang baru pulang ke tanah air , tidak pernah menyangka pertemuan di lapangan terbang akan menautkan takdir mereka . Dia jatuh hati pada Daneen , seorang wanita yang terlalu kuat untuk mengaku bahawa dia lelah . Namun , hati Daneen bukan untuknya . Dia menutup segala ruang , menolak setiap langkah Danish . Tetapi hidup punya cara sendiri untuk mengikat mereka . Satu salah faham , satu tuduhan yang tidak berasas , dan mereka terpaksa disatukan dalam sebuah pernikahan yang tiada cinta . Bagi Daneen , itu adalah jeriji besi yang lebih menyesakkan . Bagi Danish , itu adalah peluang untuk merawat luka yang tidak pernah dilihat orang lain . Seiring waktu , dinding yang Daneen bina mula runtuh . Sedikit demi sedikit , dia melihat Danish bukan sekadar seorang lelaki yang dikahwininya tanpa rela , tetapi seseorang yang membuatnya ingin percaya bahawa cinta tidak semestinya menyakitkan . Namun , hidup tidak pernah adil pada mereka . Saat Daneen mula belajar mencintai , saat hatinya mula berbisik bahawa dia tidak mahu kehilangan itu , takdir meragutnya pergi . Danish pergi meninggalkannya tanpa sempat dia mengungkapkan , bahawa untuk pertama kalinya , dia sudah bersedia untuk mencintai semula . Dan buat pertama kalinya , langit terasa lebih sepi dari biasa . β€’ ⚠️ . β€’no copy allowed . β€’nak kecam just dm je . β€’hasil imaginasi penulis .